{"id":10937,"date":"2026-05-27T14:13:47","date_gmt":"2026-05-27T14:13:47","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=10937"},"modified":"2026-05-27T14:13:47","modified_gmt":"2026-05-27T14:13:47","slug":"amk-bidas-pas-kritik-program-korban-pm-sebagai-tak-matang","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/amk-bidas-pas-kritik-program-korban-pm-sebagai-tak-matang\/","title":{"rendered":"AMK bidas PAS kritik program korban PM sebagai tak matang"},"content":{"rendered":"<p>Angkatan Muda Keadilan (AMK) menyifatkan tindakan Ahli Parlimen Pasir Mas, Fadhli Shaari yang menyindir program korban dan bantuan asnaf anjuran Perdana Menteri, Anwar Ibrahim sempena Aidiladha sebagai tidak matang dan tidak wajar dipolitikkan.<\/p>\n<p>Ketua AMK, Muhammad Kamil Abdul Munim berkata, kenyataan sinis berhubung sumbangan lembu korban itu hanya mewujudkan persepsi negatif terhadap usaha kebajikan yang memberi manfaat terus kepada rakyat.<\/p>\n<p>Menurut beliau, lebih 700 ekor lembu korban diagihkan di seluruh negara sempena sambutan Aidiladha tahun ini menerusi peruntukan dan sumbangan yang diselaraskan atas kapasiti Perdana Menteri bagi membantu golongan memerlukan.<\/p>\n<p>Katanya, pelaksanaan program tersebut turut diselaraskan oleh AMK Malaysia dengan kerjasama pelbagai yayasan, pertubuhan, persatuan dan rakan strategik lain bagi memastikan agihan sampai kepada penerima sasaran.<\/p>\n<p>\u201cProgram Majlis Qurban Kasih Madani dilaksanakan di pelbagai kawasan parlimen seluruh negara dengan penglibatan belia tempatan, masjid, surau, rumah anak yatim, institusi tahfiz serta komuniti setempat tanpa mengira fahaman politik,\u201d katanya dalam kenyataan pada Rabu.<\/p>\n<p>Beliau berkata, antara kawasan yang menerima manfaat besar ialah Parlimen Padang Rengas apabila hampir 50 ekor lembu korban diagihkan kepada masjid, surau, rumah anak yatim, pusat tahfiz dan penduduk setempat.<\/p>\n<p>Selain itu, Program Korban Perdana Madani di Kampung Ribu turut melibatkan 10 ekor lembu korban yang memberi manfaat kepada lebih 2,000 penerima.<\/p>\n<p>Kamil menegaskan program berkenaan bukan bertujuan meraih sokongan politik, sebaliknya merupakan usaha kebajikan berskala besar bagi membantu rakyat terutama golongan asnaf.<\/p>\n<p>\u201cWalaupun Perdana Menteri tidak mengambil gaji, beliau tetap melaksanakan amanah sebagai ketua kerajaan dan Menteri Kewangan dengan memastikan bantuan rakyat disalurkan secara adil ke seluruh negara termasuk negeri pembangkang,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Beliau turut mendakwa rakyat di Kelantan termasuk di Parlimen Pasir Mas tidak pernah dipinggirkan daripada menerima pelbagai bantuan di bawah Kerajaan Madani.<\/p>\n<p>\u201cAhli Parlimen Pasir Mas sewajarnya bertanya kepada Menteri Besar Kelantan sama ada Perdana Menteri pernah berlaku zalim terhadap rakyat negeri itu ataupun sebaliknya,\u201d katanya lagi.<\/p>\n<p>Kontroversi itu tercetus selepas Fadhli menerusi hantaran di Facebook secara sinis memuji Anwar yang menyumbangkan 80 ekor lembu korban untuk golongan asnaf di Permatang Pauh walaupun tidak mengambil gaji sebagai Perdana Menteri.<\/p>\n<p>Isu berkenaan menjadi perhatian apabila program korban dan bantuan rakyat sering dijadikan bahan pertikaian politik antara kerajaan dan pembangkang terutama menjelang sambutan Aidiladha.<\/p>\n<p>Namun bagi AMK, semangat pengorbanan dan kebersamaan dalam membantu rakyat sewajarnya diutamakan berbanding polemik politik.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Angkatan Muda Keadilan (AMK) menyifatkan tindakan Ahli Parlimen Pasir Mas, Fadhli Shaari yang menyindir program korban dan bantuan asnaf anjuran Perdana Menteri, Anwar Ibrahim sempena Aidiladha sebagai tidak matang dan tidak wajar dipolitikkan. Ketua AMK, Muhammad Kamil Abdul Munim berkata, kenyataan sinis berhubung sumbangan lembu korban itu hanya mewujudkan persepsi negatif terhadap usaha kebajikan yang [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":1418,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[2],"tags":[724,164,13,960,126,2258,18],"authors":[],"class_list":["post-10937","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-politik","tag-ahmad-fadhli-shaari","tag-amk","tag-anwar","tag-muhammad-kamil-abdul-munim","tag-pas","tag-pasir-mas","tag-pmx"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/10937","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=10937"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/10937\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":10938,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/10937\/revisions\/10938"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/1418"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=10937"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=10937"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=10937"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=10937"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}