{"id":1095,"date":"2025-06-27T03:58:22","date_gmt":"2025-06-27T03:58:22","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=1095"},"modified":"2025-06-27T03:58:22","modified_gmt":"2025-06-27T03:58:22","slug":"jangan-hidupkan-permusuhan-atas-nama-kaum-atau-agama-titah-agong","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/jangan-hidupkan-permusuhan-atas-nama-kaum-atau-agama-titah-agong\/","title":{"rendered":"Jangan hidupkan permusuhan atas nama kaum atau agama, titah Agong"},"content":{"rendered":"<p>Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim bertitah agar tidak menghidupkan permusuhan menggunakan kaum dan agama sehingga boleh memecahkan keharmonian serta keamanan negara.<\/p>\n<p>Baginda bertitah menggesa agar memelihara Perlembagaan Persekutuan yang menggariskan nilai-nilai bersama seperti keadilan kuasa tanggungjawab dan muafakat.<\/p>\n<p>\u201cSuka saya ingatkan kepada para pemimpin masyarakat supaya tidak mempolitikkan agama Islam untuk kepentingan peribadi, tetapi mengislamkan politik demi kepentingan negara.<\/p>\n<p>\u201cIni bermaksud urus tadbir kerajaan mesti mengikut landasan syariat Islam bukannya mengikut fahaman sekular atau liberal,\u201d titah baginda sempena Sambutan Maal Hijrah Peringkat Kebangsaan 2025 di Pusat Perdagangan dan Pameran Antarabangsa Malaysia (MITEC) hari ini.<\/p>\n<p>Majlis itu turut dihadiri Tunku Temenggong Johor, Tunku Idris Iskandar Sultan Ibrahim; Perdana Menteri, Anwar Ibrahim; Timbalan Perdana Menteri, Ahmad Zahid Hamidi dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Dr Mohd Na\u2019im Mokhtar.<\/p>\n<p>Sultan Ibrahim bertitah, Islam adalah agama yang lengkap dan sempurna mencukupi seluruh aspek kehidupan.<\/p>\n<p>Justeru baginda bertitah, jangan ada pihak yang menunggang agama, untuk kepentingan parti politik mereka atau menyebarkan fitnah kebencian yang akan memecah belahkan masyarakat.<\/p>\n<p>\u201cSejak dulu saya sentiasa tegaskan pentas dakwah dan medan pengajaran agama Islam tidak wajar dijadikan tempat untuk agenda parti politik.<\/p>\n<p>\u201cMarilah kita menjaga kesucian agama Islam dan membentuk penyatuan ummah yang harmoni, kerana Islam adalah agama persaudaraan dan perdamaian,\u201d titah baginda.<\/p>\n<p>Terdahulu baginda bertitah, peristiwa hijrah, Nabi Muhammad SAW dari Kota Mekah ke Madinah adalah sejarah permulaan tamadun Islam yang sangat besar maknanya.<\/p>\n<p>Titah baginda, Rasulullah SAW telah memberikan contoh dan cara pemerintahan Islam yang sebenar sehingga berjaya menyatukan masyarakat Madinah berbeza suku kaum dan agama.<\/p>\n<p>\u201cOleh itu saya meyeru kepada semua umat Islam supaya memahami tanggungjawab untuk membina tamadun berteraskan nilai-niali Islam bukan sekadar pembangunan fizikal sahaja,\u201d titah baginda.<\/p>\n<p>&nbsp;<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim bertitah agar tidak menghidupkan permusuhan menggunakan kaum dan agama sehingga boleh memecahkan keharmonian serta keamanan negara. Baginda bertitah menggesa agar memelihara Perlembagaan Persekutuan yang menggariskan nilai-nilai bersama seperti keadilan kuasa tanggungjawab dan muafakat. \u201cSuka saya ingatkan kepada para pemimpin masyarakat supaya tidak mempolitikkan agama Islam untuk kepentingan peribadi, tetapi mengislamkan [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":529,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[3],"tags":[265,423,702,90],"authors":[],"class_list":["post-1095","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-isu-semasa","tag-agong","tag-perlembagaan","tag-sambutan-maal-hijrah","tag-sultan-ibrahim"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/1095","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=1095"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/1095\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":1096,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/1095\/revisions\/1096"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/529"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=1095"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=1095"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=1095"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=1095"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}