{"id":10950,"date":"2026-05-27T15:13:40","date_gmt":"2026-05-27T15:13:40","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=10950"},"modified":"2026-05-27T15:13:40","modified_gmt":"2026-05-27T15:13:40","slug":"wong-chen-ditamatkan-khidmat-sebagai-pengerusi-mdv-hujung-mei-ini","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/wong-chen-ditamatkan-khidmat-sebagai-pengerusi-mdv-hujung-mei-ini\/","title":{"rendered":"Wong Chen ditamatkan khidmat sebagai Pengerusi MDV hujung Mei ini"},"content":{"rendered":"<p>Wong Chen mendedahkan tempoh perkhidmatannya sebagai Pengerusi bukan eksekutif Malaysia Debt Ventures Berhad (MDV) akan ditamatkan berkuat kuasa 31 Mei ini selepas menerima notis daripada Kementerian Kewangan.<\/p>\n<p>Menurut Ahli Parlimen Subang itu, penamatan tersebut dimaklumkan pihak pengurusan MDV sebelum mesyuarat lembaga pengarah berlangsung semalam selepas syarikat terbabit menerima surat rasmi daripada kementerian berkenaan.<\/p>\n<p>Chen menyifatkan penamatan itu sebagai sesuatu yang mengejutkan kerana beliau tidak menerima sebarang surat atau penjelasan secara terus daripada pihak kementerian.<\/p>\n<p>\u201cSaya tidak menerima surat itu secara langsung. Tiada panggilan telefon atau penjelasan mengapa perkhidmatan saya ditamatkan,\u201d katanya menerusi hantaran di Facebook.<\/p>\n<p>Beliau berkata, ketika dilantik mengetuai MDV pada Mei 2023, institusi kewangan itu berada dalam keadaan mencabar dengan kerugian yang semakin meningkat, selain berdepan masalah moral kakitangan dan kadar keluar masuk pekerja yang tinggi.<\/p>\n<p>MDV merupakan agensi pembiayaan teknologi di bawah Kementerian Kewangan yang berperanan menyediakan pembiayaan kepada syarikat teknologi serta sektor inovasi tempatan.<\/p>\n<p>Namun, syarikat itu sebelum ini dikaitkan dengan pelbagai isu pengurusan dan prestasi kewangan yang lemah.<\/p>\n<p>Chen berkata pada awalnya enggan menerima pelantikan tersebut kerana berpendapat ahli Parlimen tidak sepatutnya memegang jawatan dalam syarikat berkaitan kerajaan (GLC).<\/p>\n<p>Bagaimanapun, beliau mendakwa diminta oleh Perdana Menteri Anwar Ibrahim untuk membantu memulihkan keadaan syarikat itu.<\/p>\n<p>\u201cSaya tidak meminta jawatan itu, tetapi diarahkan untuk melapor diri dan membersihkan keadaan,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Menurut beliau, fokus utama sepanjang menerajui MDV adalah memperkukuh tadbir urus korporat serta mengekang campur tangan pihak berkepentingan dan pengaruh politik dalam urusan syarikat.<\/p>\n<p>\u201cSaya tidak melayan panggilan telefon atau mesej daripada individu berpengaruh. Jika ada permintaan, saya minta ia dibuat secara rasmi melalui surat. Selepas enam bulan, gangguan seperti itu terus berhenti,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Beliau turut mendakwa langkah penstrukturan semula dan penambahbaikan tadbir urus berjaya membantu MDV kembali mencatat keuntungan pada 2024 selepas mengalami kerugian besar pada tahun-tahun sebelumnya.<\/p>\n<p>Katanya, prestasi syarikat terus menunjukkan peningkatan bagi tahun kewangan 2025 dengan keuntungan lebih dua kali ganda berbanding tahun sebelumnya, walaupun angka rasmi belum boleh diumumkan sehingga laporan tahunan diterbitkan.<\/p>\n<p>Dalam pada itu, Chen berkata beliau tetap berbangga dengan pencapaian dicapai bersama warga MDV sepanjang tempoh dua tahun menerajui syarikat berkenaan.<\/p>\n<p>\u201cPemulihan MDV membuktikan bahawa dengan tadbir urus yang baik, GLC dan syarikat pelaburan berkaitan kerajaan mampu bangkit semula,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Beliau turut merakamkan penghargaan kepada seluruh kakitangan MDV atas kerjasama dan komitmen yang diberikan sepanjang tempoh perkhidmatannya.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Wong Chen mendedahkan tempoh perkhidmatannya sebagai Pengerusi bukan eksekutif Malaysia Debt Ventures Berhad (MDV) akan ditamatkan berkuat kuasa 31 Mei ini selepas menerima notis daripada Kementerian Kewangan. Menurut Ahli Parlimen Subang itu, penamatan tersebut dimaklumkan pihak pengurusan MDV sebelum mesyuarat lembaga pengarah berlangsung semalam selepas syarikat terbabit menerima surat rasmi daripada kementerian berkenaan. Chen menyifatkan [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":1993,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[2],"tags":[107,3908,1726,9,8,3217,1128],"authors":[],"class_list":["post-10950","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-politik","tag-ahli-parlimen","tag-glc","tag-kem","tag-pkr","tag-rafizi","tag-subang","tag-wong-chen"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/10950","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=10950"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/10950\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":10951,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/10950\/revisions\/10951"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/1993"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=10950"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=10950"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=10950"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=10950"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}