{"id":10970,"date":"2026-05-28T06:07:03","date_gmt":"2026-05-28T06:07:03","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=10970"},"modified":"2026-05-28T06:07:03","modified_gmt":"2026-05-28T06:07:03","slug":"skandal-1mdb-pihak-berkuasa-as-rampas-kondominium-mewah-di-new-york","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/skandal-1mdb-pihak-berkuasa-as-rampas-kondominium-mewah-di-new-york\/","title":{"rendered":"Skandal 1MDB: Pihak berkuasa AS rampas kondominium mewah di New York"},"content":{"rendered":"<p>Pihak berkuasa Amerika Syarikat (AS) memperoleh perintah mahkamah untuk menyita sebuah kondominium mewah di New York yang dipercayai dibeli menggunakan dana yang diseleweng daripada 1Malaysia Development Berhad (1MDB).<\/p>\n<p>Jabatan Kehakiman AS (DOJ) dalam kenyataan memaklumkan, tindakan itu turut melibatkan pelucuthakan hasil sewaan hartanah berkenaan sekali gus menamatkan kes pelucuthakan sivil yang difailkan di Mahkamah Daerah AS bagi Daerah Tengah California.<\/p>\n<p>Menurut DOJ, aset yang dirampas itu bernilai lebih AS$6 juta (kira-kira RM28 juta) dan dikaitkan dengan konspirasi pengubahan wang haram antarabangsa membabitkan dana 1MDB.<\/p>\n<p>\u201cPerintah pelucuthakan itu melibatkan sebuah unit kondominium mewah di New York serta hasil sewaan yang dipegang oleh Catherine Tan May Ling,\u201d menurut kenyataan itu.<\/p>\n<p>DOJ berkata, kondominium berkenaan didakwa dibeli menggunakan wang yang diseleweng daripada 1MDB bagi manfaat Catherine Tan yang merupakan pembantu peribadi ahli perniagaan dalam buruan, Low Taek Jho atau Jho Low.<\/p>\n<p>Siasatan mendapati berbilion dolar dana milik 1MDB telah diseleweng antara tahun 2009 hingga 2015 oleh beberapa pegawai kanan dana pelaburan strategik negara itu bersama sekutu mereka menerusi skim jenayah melibatkan pecah amanah dan pengubahan wang haram antarabangsa.<\/p>\n<p>Kes 1MDB sebelum ini dianggap antara skandal kewangan terbesar dunia apabila dana yang sepatutnya digunakan untuk pembangunan dan pelaburan negara didakwa disalurkan ke akaun peribadi, pembelian hartanah mewah, karya seni, kapal layar serta membiayai gaya hidup mewah individu tertentu.<\/p>\n<p>Jho Low yang didakwa menjadi dalang utama skandal itu masih diburu pihak berkuasa Malaysia dan AS.<\/p>\n<p>Sehingga kini, keberadaannya masih belum dapat dipastikan walaupun beberapa negara bekerjasama dalam usaha mengesannya.<\/p>\n<p>DOJ memaklumkan, kes pelucuthakan terbaru itu dikendalikan oleh Bahagian Pengubahan Wang Haram, Narkotik dan Pelucuthakan jabatan berkenaan dengan bantuan Perkhidmatan Marshal AS serta Biro Siasatan Persekutuan (FBI).<\/p>\n<p>\u201cJabatan Kehakiman AS menghargai bantuan dan kerjasama pihak berkuasa dari Malaysia, United Kingdom, Singapura, Switzerland, Luxembourg, Indonesia, Latvia dan Perancis dalam membantu siasatan kes ini,\u201d menurut kenyataan itu lagi.<\/p>\n<p>Sejak siasatan skandal 1MDB bermula, pihak berkuasa AS dilaporkan berjaya menyita dan mendapatkan semula pelbagai aset bernilai ratusan juta dolar yang dikaitkan dengan dana berkenaan di beberapa negara.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Pihak berkuasa Amerika Syarikat (AS) memperoleh perintah mahkamah untuk menyita sebuah kondominium mewah di New York yang dipercayai dibeli menggunakan dana yang diseleweng daripada 1Malaysia Development Berhad (1MDB). Jabatan Kehakiman AS (DOJ) dalam kenyataan memaklumkan, tindakan itu turut melibatkan pelucuthakan hasil sewaan hartanah berkenaan sekali gus menamatkan kes pelucuthakan sivil yang difailkan di Mahkamah Daerah [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":5962,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[3],"tags":[123,4030,2753,287,1825,2323,230],"authors":[],"class_list":["post-10970","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-isu-semasa","tag-1mdb","tag-apartment","tag-doj","tag-kewangan","tag-mewah","tag-rampas","tag-skandal"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/10970","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=10970"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/10970\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":10971,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/10970\/revisions\/10971"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/5962"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=10970"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=10970"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=10970"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=10970"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}