{"id":10973,"date":"2026-05-28T13:32:26","date_gmt":"2026-05-28T13:32:26","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=10973"},"modified":"2026-05-28T13:32:26","modified_gmt":"2026-05-28T13:32:26","slug":"akmal-tempelak-dapsy-desak-bubar-parlimen-bagi-buat-pru-awal","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/akmal-tempelak-dapsy-desak-bubar-parlimen-bagi-buat-pru-awal\/","title":{"rendered":"Akmal tempelak DAPSY desak bubar Parlimen bagi buat PRU awal"},"content":{"rendered":"<p>Dr Mohamad Akmal Saleh menyelar kenyataan Pemuda DAP Sosialis (DAPSY) yang menggesa Parlimen dibubarkan susulan cadangan UMNO Johor untuk bergerak solo pada Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang.<\/p>\n<p>Menurut Ketua Pemuda UMNO itu, DAPSY tidak sepatutnya mempersoalkan pendirian UMNO kerana pembentukan Kerajaan Perpaduan selepas Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) juga bergantung kepada sokongan Barisan Nasional (BN).<\/p>\n<p>\u201cDAPSY mungkin terlupa tanpa sokongan BN belum tentu mereka mampu membentuk kerajaan hari ini.<\/p>\n<p>\u201cJadi jangan sembang soal \u2018kacang lupakan kulit\u2019 kerana semua pihak tahu siapa yang membantu memastikan kestabilan politik selepas PRU lalu,\u201d katanya menerusi kenyataan di Facebook hari ini.<\/p>\n<p>Terdahulu, DAPSY dilaporkan meminta Perdana Menteri Anwar Ibrahim mempertimbangkan pembubaran Parlimen sekiranya UMNO Johor benar-benar mahu bertanding secara solo pada pilihan raya akan datang.<\/p>\n<p>Sayap pemuda DAP itu turut mendakwa ada pemimpin UMNO yang bersikap \u201ckacang lupakan kulit\u201d kerana melupakan kerjasama dalam Kerajaan Perpaduan yang dibentuk selepas PRU-15.<\/p>\n<p>Untuk rekod, Kerajaan Perpaduan dibentuk pada November 2022 selepas tiada gabungan politik memperoleh majoriti mudah untuk membentuk kerajaan.<\/p>\n<p>Susulan itu, Yang di-Pertuan Agong ketika itu menitahkan parti-parti politik bekerjasama demi memastikan kestabilan politik negara.<\/p>\n<p>Mengulas lanjut, Akmal berkata UMNO tidak pernah terikat dengan sebarang perjanjian untuk terus bekerjasama dengan Pakatan Harapan (PH) dalam setiap pilihan raya.<\/p>\n<p>\u201cTak perlulah meroyan bila UMNO Johor bercakap soal bergerak solo. Sejak awal tidak pernah wujud sebarang perjanjian bahawa BN wajib menghadapi PRN atau PRU bersama PH,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Merlimau turut mencabar DAP supaya menarik sokongan daripada kerajaan negeri yang dibentuk bersama BN jika benar-benar mahu menguji kekuatan politik masing-masing.<\/p>\n<p>\u201cTarik sokongan di Perak, tarik sokongan di Pahang. Kita lawan secara gentleman dan serah kembali mandat kepada rakyat,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Akmal turut mendakwa cadangan supaya UMNO bergerak solo sudah lama dibangkitkan oleh Pemuda UMNO dan kini mula diterjemahkan di Johor.<\/p>\n<p>Dalam nada sinis, beliau turut mempersoalkan sama ada pimpinan DAP mendengar pandangan DAPSY berhubung cadangan pembubaran Parlimen.<\/p>\n<p>\u201cDAPSY pun jangan cakap sahaja di media sosial, buktikan syor itu disambut pemimpin kalian,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Pada masa sama, Akmal turut mencabar DAP keluar daripada kerajaan negeri Melaka sekiranya benar-benar mahu menguji sokongan rakyat terhadap kedua-dua parti.<\/p>\n<p>\u201cKalau benar mahu menguji kekuatan kita buka gelanggang. Bring it on,\u201d katanya.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Dr Mohamad Akmal Saleh menyelar kenyataan Pemuda DAP Sosialis (DAPSY) yang menggesa Parlimen dibubarkan susulan cadangan UMNO Johor untuk bergerak solo pada Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang. Menurut Ketua Pemuda UMNO itu, DAPSY tidak sepatutnya mempersoalkan pendirian UMNO kerana pembentukan Kerajaan Perpaduan selepas Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) juga bergantung kepada sokongan Barisan Nasional [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":203,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[2],"tags":[549,1181,3031,309,548,146],"authors":[],"class_list":["post-10973","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-politik","tag-bubar","tag-dapsy","tag-dr-muhamad-akmal-saleh","tag-parlimen","tag-pru","tag-umno"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/10973","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=10973"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/10973\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":10974,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/10973\/revisions\/10974"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/203"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=10973"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=10973"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=10973"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=10973"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}