{"id":10985,"date":"2026-05-29T08:13:18","date_gmt":"2026-05-29T08:13:18","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=10985"},"modified":"2026-05-29T08:13:18","modified_gmt":"2026-05-29T08:13:18","slug":"pelajar-di-melaka-ditahan-kes-vape-mushroom-libatkan-remaja-perempuan","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/pelajar-di-melaka-ditahan-kes-vape-mushroom-libatkan-remaja-perempuan\/","title":{"rendered":"Pelajar di Melaka ditahan kes vape mushroom libatkan remaja perempuan"},"content":{"rendered":"<p>Seorang pelajar lelaki Tingkatan Empat ditahan polis selepas dipercayai membekalkan vape mengandungi bahan dikenali sebagai \u2018mushroom\u2019 kepada teman wanitanya yang berusia 14 tahun.<\/p>\n<p>Ketua Polis Melaka, Dzulkhairi Mukhtar berkata remaja berusia 17 tahun itu ditahan semalam sebelum dibawa ke mahkamah dan direman selama lima hari bagi membantu siasatan.<\/p>\n<p>Menurut beliau, polis kini sedang mengesan sumber bekalan vape terbabit yang dipercayai diperoleh suspek sebelum diberikan kepada mangsa.<\/p>\n<p>\u201cSetakat ini siasatan masih dijalankan termasuk mengenal pasti dari mana suspek mendapatkan bekalan vape mushroom tersebut. Hasil ujian saringan air kencing mendapati suspek negatif dadah,\u201d katanya dipetik laporan media.<\/p>\n<p>Kes itu disiasat di bawah Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 kerana dipercayai melibatkan unsur pengabaian terhadap kanak-kanak, selain turut disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan.<\/p>\n<p>Sebelum ini, media melaporkan seorang remaja perempuan dipercayai berada di bawah pengaruh vape jenis \u2018mushroom\u2019 bertindak mencederakan dirinya selepas dihalang ibu angkat daripada bertemu teman lelakinya.<\/p>\n<p>Dalam kejadian kira-kira jam 10.33 malam Ahad lalu di sebuah rumah di kawasan Jonker Walk, mangsa dikatakan menggelar leher dan pergelangan tangannya kerana berang dengan tindakan ibu angkatnya.<\/p>\n<p>Remaja terbabit kemudian dihantar ke Hospital Melaka untuk mendapatkan rawatan dan dilaporkan berada dalam keadaan stabil.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Seorang pelajar lelaki Tingkatan Empat ditahan polis selepas dipercayai membekalkan vape mengandungi bahan dikenali sebagai \u2018mushroom\u2019 kepada teman wanitanya yang berusia 14 tahun. Ketua Polis Melaka, Dzulkhairi Mukhtar berkata remaja berusia 17 tahun itu ditahan semalam sebelum dibawa ke mahkamah dan direman selama lima hari bagi membantu siasatan. Menurut beliau, polis kini sedang mengesan sumber [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":394,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[3],"tags":[314,192,4035,773,94,591],"authors":[],"class_list":["post-10985","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-isu-semasa","tag-kes","tag-melaka","tag-mushroom","tag-pelajar","tag-polis","tag-vape"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/10985","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=10985"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/10985\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":10986,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/10985\/revisions\/10986"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/394"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=10985"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=10985"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=10985"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=10985"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}