{"id":10988,"date":"2026-05-29T08:15:54","date_gmt":"2026-05-29T08:15:54","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=10988"},"modified":"2026-05-29T08:16:00","modified_gmt":"2026-05-29T08:16:00","slug":"baucar-buku-rm100-diteruskan-untuk-pelajar-bagi-galakkan-budaya-membaca-pmx","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/baucar-buku-rm100-diteruskan-untuk-pelajar-bagi-galakkan-budaya-membaca-pmx\/","title":{"rendered":"Baucar buku RM100 diteruskan untuk pelajar bagi galakkan budaya membaca: PMX"},"content":{"rendered":"<p>Kerajaan meneruskan pemberian baucar buku RM100 kepada pelajar sekolah menengah di bawah Kementerian Pendidikan serta penuntut Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) tahun ini sebagai usaha memperkukuh budaya membaca dalam kalangan generasi muda.<\/p>\n<p>Perdana Menteri Anwar Ibrahim berkata, bantuan itu boleh digunakan sepanjang Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) 2026 yang berlangsung selama 10 hari bermula hari ini hingga 7 Jun di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL).<\/p>\n<p>Menurut beliau, pemberian baucar berkenaan yang diperkenalkan sejak beberapa tahun lalu kini disalurkan secara terus kepada penerima bagi memudahkan urusan pembelian buku.<\/p>\n<p>\u201cBantuan RM100 yang diberikan sejak beberapa tahun lepas, kini disalurkan secara terus. Jadi, apabila anda membeli buku, anda akan menikmati diskaun tersebut,\u201d katanya ketika merasmikan PBAKL 2026 hari ini.<\/p>\n<p>Anwar turut mengingatkan ibu bapa supaya memastikan baucar tersebut digunakan sepenuhnya bagi membeli bahan bacaan yang bermanfaat untuk anak-anak.<\/p>\n<p>Beliau berkata, penganjuran PBAKL bukan sekadar acara tahunan industri buku, sebaliknya platform penting untuk menyemai budaya membaca dalam masyarakat, khususnya golongan muda yang semakin terdedah kepada dunia digital.<\/p>\n<p>Menurutnya, kecenderungan masyarakat hari ini yang terlalu bergantung kepada media sosial untuk mendapatkan jawapan kepada isu kompleks turut memberi kesan terhadap minat membaca dan budaya mendalami ilmu.<\/p>\n<p>\u201cKalau masyarakat hanya bergantung kepada media sosial untuk memahami sesuatu isu, akhirnya budaya membaca dan memahami ilmu secara mendalam akan semakin terhakis,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Dalam pada itu, beliau menggesa warga pendidik memberi penekanan terhadap usaha memperluas penguasaan ilmu dalam pelbagai bidang termasuk agama, sains dan kecerdasan buatan (AI), selain meningkatkan tahap literasi digital pelajar.<\/p>\n<p>Anwar turut memberi jaminan sektor pendidikan dan pembangunan budaya ilmu akan terus menjadi keutamaan kerajaan walaupun langkah penjimatan sedang dilaksanakan dalam beberapa sektor bagi memastikan kedudukan kewangan negara kekal stabil.<\/p>\n<p>Katanya, semua kementerian dan agensi kerajaan telah diminta mengurangkan perbelanjaan tidak perlu supaya ekonomi negara dapat diperkukuh tanpa menjejaskan aspek penting seperti pendidikan.<\/p>\n<p>\u201cSemua kementerian penting, semua fokus penting, tetapi dalam keadaan sekarang semua harus waras dan bijak. Kita kena tahu masalah, perbaiki kelemahan, kurangkan kos yang perlu dan pada masa sama menetapkan keutamaan,\u201d katanya.<\/p>\n<p>PBAKL merupakan acara tahunan terbesar industri buku negara yang menghimpunkan penerbit, penulis dan pencinta buku dari dalam serta luar negara.<\/p>\n<p>Program itu turut dilihat sebagai antara inisiatif utama kerajaan dan pemain industri dalam menggalakkan minat membaca di tengah-tengah perkembangan pesat teknologi digital dan media sosial.<\/p>\n<p>&nbsp;<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Kerajaan meneruskan pemberian baucar buku RM100 kepada pelajar sekolah menengah di bawah Kementerian Pendidikan serta penuntut Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) tahun ini sebagai usaha memperkukuh budaya membaca dalam kalangan generasi muda. Perdana Menteri Anwar Ibrahim berkata, bantuan itu boleh digunakan sepanjang Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) 2026 yang berlangsung selama 10 hari bermula [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":3756,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[3],"tags":[13,371,372,370,773,4036,18],"authors":[],"class_list":["post-10988","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-isu-semasa","tag-anwar","tag-baucar","tag-buku","tag-pbakl","tag-pelajar","tag-pesta-buku-antarabangsa-kuala-lumpur","tag-pmx"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/10988","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=10988"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/10988\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":10989,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/10988\/revisions\/10989"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/3756"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=10988"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=10988"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=10988"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=10988"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}