{"id":10999,"date":"2026-05-29T08:40:03","date_gmt":"2026-05-29T08:40:03","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=10999"},"modified":"2026-05-29T08:40:03","modified_gmt":"2026-05-29T08:40:03","slug":"anwar-mahu-kementerian-berjimat-hadapi-tekanan-ekonomi-global","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/anwar-mahu-kementerian-berjimat-hadapi-tekanan-ekonomi-global\/","title":{"rendered":"Anwar mahu kementerian berjimat hadapi tekanan ekonomi global"},"content":{"rendered":"<p>Kerajaan dijangka memperkenalkan lebih banyak langkah penjimatan dalam Belanjawan 2027 susulan tekanan ekonomi global yang semakin mencabar, termasuk kesan konflik melibatkan Amerika Syarikat (AS), Israel dan Iran.<\/p>\n<p>Perdana Menteri Anwar Ibrahim berkata, ketegangan geopolitik di Timur Tengah memberi kesan langsung kepada ekonomi dunia dan turut menjejaskan kedudukan ekonomi negara, justeru semua kementerian perlu mula mengambil langkah berjimat cermat.<\/p>\n<p>Menurut beliau, setiap kementerian diminta memperincikan pengurangan perbelanjaan dan mengelakkan budaya kerja secara silo supaya pengurusan kewangan kerajaan dapat dilaksanakan dengan lebih berkesan.<\/p>\n<p>\u201cSerangan ini menyebabkan masalah ekonomi dan kita juga terjejas. Jadi jangan ambil sikap sambil lewa atau remeh,\u201d katanya ketika berucap merasmikan Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) hari ini.<\/p>\n<p>Beliau berkata, kerajaan sebelum ini sudah meminta beberapa kementerian termasuk Kementerian Pendidikan dan Kementerian Pendidikan Tinggi meneliti semula perbelanjaan masing-masing bagi mengenal pasti ruang penjimatan.<\/p>\n<p>\u201cRayulah bagaimanapun mesti ada pengurangan belanjawan kerana mustahil tidak boleh berlaku penjimatan dalam RM20 bilion. Banyak bidang boleh dijimatkan,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Anwar bagaimanapun memberi jaminan langkah penjimatan itu tidak akan menjejaskan pembangunan sektor pendidikan, termasuk pengembangan buku, mutu pembelajaran dan kemudahan asas pendidikan negara.<\/p>\n<p>Menurutnya, penjawat awam dan pengurusan tertinggi kementerian perlu lebih bijak menetapkan keutamaan dalam perbelanjaan kerajaan selaras dengan keadaan ekonomi semasa.<\/p>\n<p>\u201cSekarang semua harus waras dan bijak tahu masalah, perbaiki dan ambil kesempatan dalam lompongan kelemahan. Dalam fikah pun disebut fiqh aulawiyat, iaitu ada keutamaannya,\u201d katanya lagi.<\/p>\n<p>Ketegangan di Timur Tengah kembali memuncak selepas siri serangan ketenteraan melibatkan AS dan Israel terhadap Iran yang mencetuskan kebimbangan terhadap kestabilan ekonomi global, termasuk kenaikan harga minyak dan gangguan perdagangan antarabangsa.<\/p>\n<p>Pakar ekonomi sebelum ini turut memberi amaran konflik berpanjangan di rantau itu boleh memberi tekanan kepada inflasi dan pertumbuhan ekonomi negara-negara membangun termasuk Malaysia.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Kerajaan dijangka memperkenalkan lebih banyak langkah penjimatan dalam Belanjawan 2027 susulan tekanan ekonomi global yang semakin mencabar, termasuk kesan konflik melibatkan Amerika Syarikat (AS), Israel dan Iran. Perdana Menteri Anwar Ibrahim berkata, ketegangan geopolitik di Timur Tengah memberi kesan langsung kepada ekonomi dunia dan turut menjejaskan kedudukan ekonomi negara, justeru semua kementerian perlu mula mengambil [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":11000,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[3],"tags":[821,13,582,370,2740,18],"authors":[],"class_list":["post-10999","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-isu-semasa","tag-amerika-syarikat","tag-anwar","tag-iran","tag-pbakl","tag-penjimatan","tag-pmx"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/10999","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=10999"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/10999\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":11001,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/10999\/revisions\/11001"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/11000"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=10999"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=10999"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=10999"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=10999"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}