{"id":11012,"date":"2026-05-30T05:51:02","date_gmt":"2026-05-30T05:51:02","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=11012"},"modified":"2026-05-30T05:51:02","modified_gmt":"2026-05-30T05:51:02","slug":"rakyat-sudah-nilai-prestasi-rafizi-yang-tidak-menyakinkan-amk","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/rakyat-sudah-nilai-prestasi-rafizi-yang-tidak-menyakinkan-amk\/","title":{"rendered":"Rakyat sudah nilai prestasi Rafizi yang tidak menyakinkan: AMK"},"content":{"rendered":"<p>Angkatan Muda Keadilan (AMK) menyifatkan Parti Bersama yang diumumkan Rafizi Ramli akan berdepan kesukaran untuk mendapat tempat dalam kalangan rakyat menjelang Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU-16).<\/p>\n<p>Exco AMK, Dzul Himli Zainol berkata parti itu dilihat terlalu bergantung kepada pengaruh bekas menteri ekonomi itu semata-mata tanpa menawarkan hala tuju yang jelas atau pasukan kepimpinan yang benar-benar diyakini rakyat.<\/p>\n<p>Menurut beliau, rakyat kini semakin matang dalam menilai corak politik dan tidak lagi mudah terpengaruh dengan retorik atau slogan yang dianggap sekadar gimik politik.<\/p>\n<p>\u201cRakyat sudah melihat sendiri jurang besar antara formula dan janji yang pernah dibawa Rafizi ketika menjadi pembangkang berbanding pencapaiannya sewaktu memegang jawatan Menteri Ekonomi,\u201d katanya dalam kenyataan hari ini.<\/p>\n<p>Beliau berkata, pengalaman Rafizi berada dalam kerajaan sebelum ini menjadi ukuran utama rakyat untuk menilai kemampuan sebenar beliau dalam mentadbir negara dan menyelesaikan masalah rakyat.<\/p>\n<p>\u201cPolitik bukan sekadar pandai mengkritik atau menghasilkan formula yang menarik perhatian. Politik memerlukan keupayaan membuat keputusan dan membawa hasil yang benar-benar dirasai rakyat,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Parti Bersama mula menjadi perhatian selepas Rafizi dan beberapa pemimpin lain mengumumkan hala tuju politik baharu mereka baru-baru ini.<\/p>\n<p>Parti itu dikatakan mahu membawa pendekatan politik lebih segar dan memberi pilihan alternatif kepada rakyat, khususnya golongan muda.<\/p>\n<p>Bagaimanapun, Dzul Himli mendakwa parti berasaskan pengaruh individu sukar untuk bertahan dalam landskap politik negara jika gagal menawarkan agenda yang lebih meyakinkan.<\/p>\n<p>Beliau turut membandingkan situasi itu dengan nasib Parti Pejuang Tanah Air yang gagal memberikan impak besar dalam pilihan raya umum lalu walaupun diasaskan tokoh politik terkenal.<\/p>\n<p>\u201cSejarah politik Malaysia telah menunjukkan bahawa parti yang dibina atas pengaruh individu semata-mata sukar bertahan apabila gagal meyakinkan rakyat tentang agenda dan penyelesaian yang lebih baik,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Tambah beliau, rakyat akhirnya akan membuat penilaian berdasarkan rekod pentadbiran dan pencapaian sebenar, bukannya persepsi atau populariti semata-mata.<\/p>\n<p>\u201cSaya tidak yakin parti yang mengangkat perjuangan individu seperti ini akan diterima rakyat pada PRU-16. Jika tiada hala tuju yang jelas dan rekod yang meyakinkan, parti ini mungkin menerima nasib sama seperti Pejuang,\u201d katanya.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Angkatan Muda Keadilan (AMK) menyifatkan Parti Bersama yang diumumkan Rafizi Ramli akan berdepan kesukaran untuk mendapat tempat dalam kalangan rakyat menjelang Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU-16). Exco AMK, Dzul Himli Zainol berkata parti itu dilihat terlalu bergantung kepada pengaruh bekas menteri ekonomi itu semata-mata tanpa menawarkan hala tuju yang jelas atau pasukan kepimpinan yang benar-benar [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":11013,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[2],"tags":[2604,4043,4042,4023,9,8],"authors":[],"class_list":["post-11012","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-politik","tag-bekas-menteri-ekonomi","tag-dzul-himli-zainol","tag-exco-amk","tag-parti-bersama","tag-pkr","tag-rafizi"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/11012","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=11012"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/11012\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":11014,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/11012\/revisions\/11014"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/11013"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=11012"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=11012"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=11012"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=11012"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}