{"id":11015,"date":"2026-05-30T06:01:13","date_gmt":"2026-05-30T06:01:13","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=11015"},"modified":"2026-05-30T06:01:13","modified_gmt":"2026-05-30T06:01:13","slug":"anwar-umum-kenaikkan-geran-interim-kepada-sabah-rm1-5-bilion","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/anwar-umum-kenaikkan-geran-interim-kepada-sabah-rm1-5-bilion\/","title":{"rendered":"Anwar umum kenaikkan Geran Interim kepada Sabah RM1.5 Bilion"},"content":{"rendered":"<p>Kerajaan Persekutuan bersetuju menaikkan geran khas interim kepada Sabah sebanyak RM1.5 bilion berbanding RM600 juta sebelum ini sementara menunggu mekanisme penuh tuntutan 40 peratus hasil negeri dimuktamadkan.<\/p>\n<p>Perdana Menteri Anwar Ibrahim berkata, jumlah itu merupakan penyelesaian sementara selaras dengan komitmen kerajaan terhadap pelaksanaan hak Sabah seperti termaktub dalam Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).<\/p>\n<p>Menurut beliau, rundingan mengenai jumlah sebenar pembayaran masih diteruskan antara kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri kerana ia melibatkan kaedah pelaksanaan serta implikasi kewangan yang perlu diperincikan.<\/p>\n<p>\u201cSoal 40 peratus hasil Sabah ini, bagi saya kita perlu tutup ruang pertikaian dan laksanakan janji yang telah dibuat. Sama ada pembayaran dibuat pada Jun atau Disember, ia perlu diputuskan bersama melalui jawatankuasa berkaitan sebelum dimuktamadkan antara kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri,\u201d katanya ketika merasmikan Pesta Kaamatan Sabah 2026 di Hongkod Koisaan, Persatuan Kebudayaan Kadazandusun (KDCA), di Penampang hari ini.<\/p>\n<p>Turut hadir Ketua Menteri Sabah, Hajiji Noor, Timbalan Ketua Menteri I, Dr Joachim Gunsalam dan Presiden KDCA, Joseph Pairin Kitingan.<\/p>\n<p>Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata, komitmen berkaitan tuntutan hasil 40 peratus itu telah dibawa ke Jemaah Menteri dan diumumkan secara rasmi di Parlimen, namun cabaran utama ketika ini adalah menentukan formula pelaksanaan yang dipersetujui kedua-dua pihak.<\/p>\n<p>Beliau turut mengarahkan Menteri Kewangan II, Amir Hamzah Azizan dan Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Johan Mahmood Merican untuk memperincikan rundingan bersama kerajaan negeri Sabah.<\/p>\n<p>\u201cKeputusan ini berkait rapat dengan MA63. Setiap keputusan yang dibuat perlu diteliti secara mendalam kerana ia turut memberi kesan kepada Sabah, Sarawak dan negeri-negeri lain.<\/p>\n<p>\u201cProses ini mengambil sedikit masa, tetapi kerajaan tidak akan menolak hak Sabah untuk menerima dana tersebut,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Isu tuntutan 40 peratus hasil bersih Persekutuan di Sabah merupakan antara perkara utama yang sering dibangkitkan kerajaan negeri sejak sekian lama.<\/p>\n<p>Ia merujuk kepada hak Sabah di bawah Perkara 112C dan 112D Perlembagaan Persekutuan yang dikaitkan dengan MA63, namun pelaksanaannya tertangguh selama beberapa dekad.<\/p>\n<p>Sebelum ini, kerajaan Persekutuan memperkenalkan geran khas interim sebanyak RM125.6 juta setahun pada 2022 sebelum dinaikkan kepada RM300 juta dan kemudian RM600 juta.<\/p>\n<p>Pengumuman terbaru ini menjadikan jumlah interim yang diterima Sabah meningkat secara ketara sementara formula penuh pembayaran dimuktamadkan.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Kerajaan Persekutuan bersetuju menaikkan geran khas interim kepada Sabah sebanyak RM1.5 bilion berbanding RM600 juta sebelum ini sementara menunggu mekanisme penuh tuntutan 40 peratus hasil negeri dimuktamadkan. Perdana Menteri Anwar Ibrahim berkata, jumlah itu merupakan penyelesaian sementara selaras dengan komitmen kerajaan terhadap pelaksanaan hak Sabah seperti termaktub dalam Perjanjian Malaysia 1963 (MA63). Menurut beliau, rundingan [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":11016,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[3],"tags":[2456,13,4044,2635,102],"authors":[],"class_list":["post-11015","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-isu-semasa","tag-40-peratus-hasil","tag-anwar","tag-geran-interim","tag-perjanjian-malaysia-1963","tag-sabah"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/11015","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=11015"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/11015\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":11017,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/11015\/revisions\/11017"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/11016"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=11015"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=11015"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=11015"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=11015"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}