{"id":11022,"date":"2026-05-31T03:21:25","date_gmt":"2026-05-31T03:21:25","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=11022"},"modified":"2026-05-31T03:21:25","modified_gmt":"2026-05-31T03:21:25","slug":"mukhriz-nafi-hamzah-sertai-pejuang","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/mukhriz-nafi-hamzah-sertai-pejuang\/","title":{"rendered":"Mukhriz nafi Hamzah sertai Pejuang"},"content":{"rendered":"<p>Presiden Parti Pejuang, Mukhriz Mahathir menafikan dakwaan bekas Timbalan Presiden Bersatu, Hamzah Zainudin, bakal menyertai parti itu pada masa terdekat.<\/p>\n<p>Mukhriz turut menyangkal wujud sebarang rundingan politik antara kedua-dua pihak seperti yang diperkatakan sebelum ini.<\/p>\n<p>\u201cItu tidak benar,\u201d katanya dipetik laporan BH ketika diminta mengulas dakwaan bahawa Hamzah sedang berunding untuk menyertai Pejuang sebagai platform politik baharu.<\/p>\n<p>Spekulasi mengenai hala tuju politik Hamzah semakin hangat sejak beliau dipecat daripada BERSATU pada 13 Februari lalu atas dakwaan melanggar perlembagaan parti.<\/p>\n<p>Sejak itu, Ahli Parlimen Larut berkenaan dikaitkan dengan beberapa usaha membentuk gerakan politik baharu bersama beberapa bekas pemimpin Bersatu lain yang turut disingkirkan daripada parti tersebut.<\/p>\n<p>Antara nama yang sering dikaitkan dalam kumpulan dikenali sebagai \u2018Team Reset\u2019 ialah Ahli Parlimen Indera Mahkota, Saifuddin Abdullah; Ahli Parlimen Machang, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal dan Ahli Parlimen Tasek Gelugor, Wan Saiful Wan Jan.<\/p>\n<p>Dalam perkembangan sama, Hamzah juga dilaporkan sedang mengadakan perbincangan dengan beberapa parti kecil termasuk Berjasa bagi membuka ruang kepada pembentukan wadah politik baharu menjelang landskap politik pasca-Bersatu.<\/p>\n<p>Pejuang yang diasaskan bekas Perdana Menteri, Mahathir Mohamad pada 2020 sebelum ini pernah menjadi sebahagian daripada Gerakan Tanah Air (GTA) dalam Pilihan Raya Umum Ke-15, namun gagal memenangi sebarang kerusi Parlimen.<\/p>\n<p>Parti itu kini dilihat cuba menyusun semula pengaruhnya dalam arena politik nasional selepas beberapa kekalahan besar dalam pilihan raya lalu.<\/p>\n<p>Sementara itu, Hamzah masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi mengenai hala tuju politiknya atau dakwaan sedang merancang pengambilalihan sebuah parti politik baharu.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Presiden Parti Pejuang, Mukhriz Mahathir menafikan dakwaan bekas Timbalan Presiden Bersatu, Hamzah Zainudin, bakal menyertai parti itu pada masa terdekat. Mukhriz turut menyangkal wujud sebarang rundingan politik antara kedua-dua pihak seperti yang diperkatakan sebelum ini. \u201cItu tidak benar,\u201d katanya dipetik laporan BH ketika diminta mengulas dakwaan bahawa Hamzah sedang berunding untuk menyertai Pejuang sebagai platform [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":11023,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[2],"tags":[73,3623,4046,4047,276,951],"authors":[],"class_list":["post-11022","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-politik","tag-bersatu","tag-hamzah-zainudin","tag-mukhriz-mahathir","tag-parti-pejuang","tag-pecat","tag-pn"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/11022","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=11022"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/11022\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":11024,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/11022\/revisions\/11024"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/11023"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=11022"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=11022"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=11022"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=11022"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}