{"id":11029,"date":"2026-05-31T03:41:49","date_gmt":"2026-05-31T03:41:49","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=11029"},"modified":"2026-05-31T03:41:49","modified_gmt":"2026-05-31T03:41:49","slug":"ada-wakil-rakyat-ph-dan-umno-berminat-sertai-bersama-nik-nazmi","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/ada-wakil-rakyat-ph-dan-umno-berminat-sertai-bersama-nik-nazmi\/","title":{"rendered":"Ada wakil rakyat PH dan UMNO berminat sertai Bersama: Nik Nazmi"},"content":{"rendered":"<p>Parti Bersama mendakwa menerima minat daripada beberapa wakil rakyat Pakatan Harapan (PH) dan UMNO yang dikatakan mahu menyertai perjuangan parti itu bersama Rafizi Ramli dan Nik Nazmi Nik Ahmad.<\/p>\n<p>Nik Nazmi berkata, pihaknya memang menerima \u201crisikan\u201d daripada beberapa ahli Parlimen yang bertanyakan mengenai hala tuju dan perjuangan Bersama, namun mereka dinasihatkan supaya tidak terburu-buru membuat keputusan ketika ini.<\/p>\n<p>\u201cKita ada terima pertanyaan daripada wakil rakyat PH dan parti lain yang menyatakan minat untuk bersama BERSAMA, tetapi buat masa ini kita minta mereka kekal dahulu,\u201d katanya dipetik laporan media.<\/p>\n<p>Menurut beliau, soal masa dan kestabilan politik kerajaan perlu dipertimbangkan sebelum sebarang langkah besar diambil.<\/p>\n<p>\u201cBanyak perkara perlu difikirkan termasuk aspek kestabilan kerajaan. Bukan hanya beberapa ahli Parlimen PKR sahaja, malah ada juga daripada PH dan parti lain yang bertanya,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Bersama kembali menjadi perhatian selepas Rafizi dan Nik Nazmi mengambil alih kepimpinan parti itu pada 17 Mei lalu.<\/p>\n<p>Langkah itu mengejutkan landskap politik negara apabila kedua-dua pemimpin berkenaan mengumumkan pengosongan kerusi Parlimen masing-masing sehari kemudian.<\/p>\n<p>Ketika pengumuman pengambilalihan parti dibuat, lima ahli Parlimen PKR turut hadir memberikan sokongan iaitu Muhammad Bakhtiar Wan Chik, Wong Chen, Rodziah Ismail, M Kesavan dan Zahir Hassan.<\/p>\n<p>Kehadiran mereka mencetuskan spekulasi mengenai kemungkinan berlaku perubahan sokongan dalam kalangan wakil rakyat PKR.<\/p>\n<p>Nik Nazmi berkata, beliau dan Rafizi memilih untuk bergerak lebih awal bagi membina kekuatan parti sebagai persediaan menghadapi pilihan raya akan datang walaupun terpaksa mengorbankan kedudukan masing-masing di Parlimen.<\/p>\n<p>Dalam perkembangan sama, beliau mendakwa Bersama menerima sambutan memberangsangkan sejak perubahan kepimpinan parti itu diumumkan.<\/p>\n<p>Katanya, daripada kira-kira 20,000 ahli baharu yang menyertai Bersama, sebanyak 46 peratus terdiri daripada pengundi atas pagar atau mereka yang pertama kali menyertai parti politik.<\/p>\n<p>\u201cIni menunjukkan ramai rakyat sedang mencari pilihan baharu kerana mereka sudah tidak lagi melihat parti sedia ada mampu mewakili aspirasi mereka,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Beliau berkata, sebanyak 29 peratus ahli baharu datang daripada PKR, manakala selebihnya terdiri daripada bekas ahli UMNO, PAS, Amanah, Bersatu, MUDA dan DAP.<\/p>\n<p>Dari segi komposisi kaum pula, katanya, majoriti keahlian baharu adalah Melayu dengan 62 peratus, diikuti India sebanyak 16 peratus dan Cina 15 peratus.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Parti Bersama mendakwa menerima minat daripada beberapa wakil rakyat Pakatan Harapan (PH) dan UMNO yang dikatakan mahu menyertai perjuangan parti itu bersama Rafizi Ramli dan Nik Nazmi Nik Ahmad. Nik Nazmi berkata, pihaknya memang menerima \u201crisikan\u201d daripada beberapa ahli Parlimen yang bertanyakan mengenai hala tuju dan perjuangan Bersama, namun mereka dinasihatkan supaya tidak terburu-buru membuat [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":10510,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[2],"tags":[3978,208,727,9,209,2879],"authors":[],"class_list":["post-11029","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-politik","tag-bersama","tag-nik-nazmi","tag-pakatan-harapan","tag-pkr","tag-rafizi-ramli","tag-wakil-rakyat"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/11029","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=11029"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/11029\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":11030,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/11029\/revisions\/11030"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/10510"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=11029"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=11029"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=11029"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=11029"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}