{"id":11040,"date":"2026-05-31T15:03:26","date_gmt":"2026-05-31T15:03:26","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=11040"},"modified":"2026-05-31T15:03:26","modified_gmt":"2026-05-31T15:03:26","slug":"tun-faisal-jelaskan-isu-pekak-bukan-ditujukan-kepada-pas","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/tun-faisal-jelaskan-isu-pekak-bukan-ditujukan-kepada-pas\/","title":{"rendered":"Tun Faisal jelaskan isu \u2018pekak\u2019 bukan ditujukan kepada PAS"},"content":{"rendered":"<p>Ketua Penerangan Parti Bersatu, Tun Faisal Ismail Aziz menjelaskan label \u201cpekak\u201d yang dibuat oleh Mohamed Azmin Ali baru-baru ini bukan ditujukan kepada PAS seperti yang didakwa sesetengah pihak.<\/p>\n<p>Menurut beliau, kenyataan Setiausaha Agung Bersatu itu sebenarnya merujuk kepada individu tertentu yang masih mempertikaikan kekuatan jentera pilihan raya Bersatu walaupun penjelasan sudah diberikan berkali-kali oleh pimpinan parti.<\/p>\n<p>\u201cSaya tak fikir ia ditujukan kepada PAS, mungkin kepada individu tertentu yang sengaja tidak mahu mendengar penjelasan pemimpin Bersatu,\u201d katanya menerusi hantaran di Facebook pada Ahad.<\/p>\n<p>Tun Faisal berkata, istilah tersebut juga mungkin merujuk kepada pihak yang gagal menyampaikan maklumat tepat mengenai keputusan yang dipersetujui secara konsensus dalam Majlis Tertinggi Perikatan Nasional (PN).<\/p>\n<p>Katanya, terdapat juga pihak yang didakwa menuduh dan memfitnah Bersatu selain menggunakan bahasa tidak sopan terhadap parti itu.<\/p>\n<p>\u201c(Individu) yang gagal menyampaikan maklumat tepat mengenai keputusan dibuat dalam MT PN, yang menuduh dan memfitnah Bersatu dengan tuduhan berat.<\/p>\n<p>\u201cYang menggunakan perkataan tidak sopan seperti \u2018berambus\u2019 dan yang tidak amanah dalam melaksanakan janji. Tapi ia bukannya mengenai PAS,\u201d katanya lagi.<\/p>\n<p>Kenyataan Tun Faisal itu dibuat susulan reaksi Ketua Penerangan PAS, Ahmad Fadhli Shaari yang mencadangkan supaya PAS bergerak secara berasingan daripada Bersatu bagi menghadapi siri pilihan raya akan datang.<\/p>\n<p>Fadhli dipercayai merujuk kepada video tular ceramah Azmin di Melaka baru-baru ini yang menyindir pihak mendakwa Bersatu tidak mempunyai jentera pilihan raya sambil melabel mereka sebagai \u201cpekak\u201d.<\/p>\n<p>Isu berkenaan tercetus selepas Presiden PAS, Abdul Hadi Awang sebelum ini mendakwa Bersatu hanya banyak menuntut kerusi bagi pilihan raya kecil dan pilihan raya negeri, namun tidak mempunyai kekuatan jentera yang mencukupi untuk membantu kempen.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Ketua Penerangan Parti Bersatu, Tun Faisal Ismail Aziz menjelaskan label \u201cpekak\u201d yang dibuat oleh Mohamed Azmin Ali baru-baru ini bukan ditujukan kepada PAS seperti yang didakwa sesetengah pihak. Menurut beliau, kenyataan Setiausaha Agung Bersatu itu sebenarnya merujuk kepada individu tertentu yang masih mempertikaikan kekuatan jentera pilihan raya Bersatu walaupun penjelasan sudah diberikan berkali-kali oleh pimpinan [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":3080,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[2],"tags":[901,73,1288,126,4051,2999],"authors":[],"class_list":["post-11040","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-politik","tag-abdul-hadi-awang","tag-bersatu","tag-isu","tag-pas","tag-pekak","tag-tun-faisal-ismail-aziz"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/11040","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=11040"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/11040\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":11041,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/11040\/revisions\/11041"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/3080"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=11040"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=11040"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=11040"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=11040"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}