{"id":11066,"date":"2026-06-01T05:50:54","date_gmt":"2026-06-01T05:50:54","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=11066"},"modified":"2026-06-01T05:50:54","modified_gmt":"2026-06-01T05:50:54","slug":"jangan-tabur-fitnah-di-media-sosial-elak-penularan-kandungan-palsu-agong","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/jangan-tabur-fitnah-di-media-sosial-elak-penularan-kandungan-palsu-agong\/","title":{"rendered":"Jangan tabur fitnah di media sosial, elak penularan kandungan palsu: Agong"},"content":{"rendered":"<p>Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim bertitah kebebasan bersuara di media sosial tidak seharusnya disalahgunakan untuk menyebarkan fitnah dan kebencian sehingga boleh menjejaskan keharmonian rakyat serta kestabilan negara.<\/p>\n<p>Baginda bertitah, penyebaran maklumat palsu dan kandungan tidak benar kini semakin membimbangkan, lebih-lebih lagi dengan perkembangan teknologi kecerdasan buatan (AI) yang digunakan untuk menghasilkan video serta suara tiruan atau deepfake bagi mengelirukan masyarakat.<\/p>\n<p>\u201cSaya juga ingin mengingatkan bahawa kebebasan bersuara di media sosial bukan medan untuk menabur fitnah dan kebencian dalam kalangan rakyat,\u201d titah baginda.<\/p>\n<p>Sehubungan itu, Sultan Ibrahim menyeru pihak berkuasa supaya mempertingkat pemantauan serta mengambil tindakan tegas terhadap pihak yang menyalahgunakan platform digital untuk menyebarkan kandungan palsu.<\/p>\n<p>\u201cJusteru saya menyeru pihak berkuasa untuk terus meningkatkan pemantauan dan mengambil tindakan bagi membendung perkara tersebut,\u201d titah baginda semasa Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Yang di-Pertuan Agong di Istana Negara, hari ini.<\/p>\n<p>Menurut baginda, keadaan menjadi semakin rumit apabila teknologi AI digunakan secara tidak bertanggungjawab untuk menghasilkan berita palsu menggunakan gambar dan suara individu tertentu.<\/p>\n<p>\u201cMalah gambar saya juga turut digunakan dalam video dan kandungan palsu untuk mengelirukan orang ramai,\u201d titah baginda lagi.<\/p>\n<p>Isu penyebaran berita palsu dan kandungan berunsur fitnah di media sosial semakin mendapat perhatian sejak kebelakangan ini susulan peningkatan penggunaan teknologi AI generatif yang mampu menghasilkan gambar, audio dan video menyerupai individu sebenar.<\/p>\n<p>Teknologi deepfake dilihat antara cabaran baharu yang dihadapi pihak berkuasa kerana kandungan sedemikian boleh mempengaruhi persepsi masyarakat serta mencetuskan kekeliruan.<\/p>\n<p>Selain itu, Sultan Ibrahim turut mengucapkan tahniah kepada semua penerima darjah kebesaran dan pingat Persekutuan tahun ini.<\/p>\n<p>Baginda menegaskan anugerah yang diterima bukan untuk dibanggakan, sebaliknya perlu dijadikan dorongan untuk terus berkhidmat dengan ikhlas kepada agama, bangsa dan negara.<\/p>\n<p>Sultan Ibrahim turut merakamkan penghargaan kepada semua pihak yang menjayakan sambutan ulang tahun keputeraan rasmi baginda serta menzahirkan terima kasih atas doa dan sokongan rakyat sepanjang baginda memikul amanah sebagai Ketua Negara.<\/p>\n<p>\u201cMarilah kita berdoa semoga negara kita, Malaysia, sentiasa dilimpahi rahmat, keamanan dan kemakmuran serta rakyatnya terus hidup harmoni, sejahtera dan bersatu padu,\u201d titah baginda.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim bertitah kebebasan bersuara di media sosial tidak seharusnya disalahgunakan untuk menyebarkan fitnah dan kebencian sehingga boleh menjejaskan keharmonian rakyat serta kestabilan negara. Baginda bertitah, penyebaran maklumat palsu dan kandungan tidak benar kini semakin membimbangkan, lebih-lebih lagi dengan perkembangan teknologi kecerdasan buatan (AI) yang digunakan untuk menghasilkan video serta suara tiruan [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":4336,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[3],"tags":[265,250,291,3146,405,90],"authors":[],"class_list":["post-11066","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-isu-semasa","tag-agong","tag-ai","tag-fitnah","tag-kebebasan-bersuara","tag-media-sosial","tag-sultan-ibrahim"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/11066","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=11066"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/11066\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":11067,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/11066\/revisions\/11067"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/4336"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=11066"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=11066"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=11066"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=11066"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}