{"id":11083,"date":"2026-06-01T14:16:05","date_gmt":"2026-06-01T14:16:05","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=11083"},"modified":"2026-06-01T14:16:05","modified_gmt":"2026-06-01T14:16:05","slug":"ketua-umno-beruas-nafi-dakwaan-tampar-cucu-nik-aziz","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/ketua-umno-beruas-nafi-dakwaan-tampar-cucu-nik-aziz\/","title":{"rendered":"Ketua UMNO Beruas nafi dakwaan tampar cucu Nik Aziz"},"content":{"rendered":"<p>Ketua UMNO Bahagian Beruas, Azhar Ahmad menafikan dakwaan menampar cucu kepada bekas Menteri Besar Kelantan, Allahyarham Nik Abdul Aziz Nik Mat, dalam satu program di Pahang baru-baru ini.<\/p>\n<p>Azhar menyifatkan tuduhan yang tular di media sosial itu sebagai satu fitnah jahat dan menegaskan tidak mempunyai sebab untuk bertindak sedemikian terhadap Nik Alif Aiman Abdul Ariffahmi, 23.<\/p>\n<p>\u201cAnak ini sangat mesra dengan saya. Apa sebab saya nak tampar dia? Puluhan saksi ada dalam dewan itu dan saya layan dia seperti anak sendiri.<\/p>\n<p>\u201cMemang sangat jahanam ayat \u2018menampar\u2019 itu,\u201d katanya dipetik laporan media.<\/p>\n<p>Menurut Azhar, kejadian yang didakwa berlaku semasa program anjuran Universiti Teknologi MARA (UiTM) di Institut Latihan Memperkasa Ummah, Janda Baik, Bentong pada 20 Mei lalu itu boleh disemak sendiri dengan pihak universiti bagi mendapatkan gambaran sebenar.<\/p>\n<p>Azhar yang juga bekas senator berkata dia turut membuat laporan polis berhubung dakwaan tersebut dan akan memantau perkembangan kes itu.<\/p>\n<p>\u201cSaya akan memerhati gerak laku mereka dan apa agenda sebenar mereka,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Terdahulu, Nik Alif Aiman mendakwa dia ditampar oleh seorang bekas senator selepas memperkenalkan dirinya sebagai cucu kepada Allahyarham Nik Abdul Aziz ketika sesi bergambar selepas program berkenaan.<\/p>\n<p>Menurutnya, selepas memperkenalkan diri, berlaku perbualan berkaitan politik dan PAS sebelum individu terbabit didakwa mengeluarkan kenyataan mengkritik parti itu.<\/p>\n<p>\u201cTidak lama kemudian, secara tiba-tiba beliau menampar pipi kiri saya menggunakan tangan kanannya,\u201d dakwanya.<\/p>\n<p>Nik Alif mendakwa tamparan itu tidak menyebabkan kecederaan fizikal, namun cukup kuat sehingga menyebabkan kepalanya bergerak ke sebelah kanan akibat impak tersebut.<\/p>\n<p>Dia turut mendakwa kejadian berlaku di hadapan kira-kira 10 hingga 15 individu termasuk pegawai UiTM serta pimpinan pelajar universiti terbabit.<\/p>\n<p>Susulan kejadian itu, Nik Alif membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Bharu pada 30 Mei lalu bagi membolehkan siasatan dijalankan serta saksi dipanggil memberi keterangan.<\/p>\n<p>Ketua Polis Daerah Kota Bharu, ACP Mohd Azmir Damiri mengesahkan pihaknya menerima laporan tersebut dan memaklumkan kes itu akan disiasat oleh Ibu Pejabat Polis Daerah Bentong.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Ketua UMNO Bahagian Beruas, Azhar Ahmad menafikan dakwaan menampar cucu kepada bekas Menteri Besar Kelantan, Allahyarham Nik Abdul Aziz Nik Mat, dalam satu program di Pahang baru-baru ini. Azhar menyifatkan tuduhan yang tular di media sosial itu sebagai satu fitnah jahat dan menegaskan tidak mempunyai sebab untuk bertindak sedemikian terhadap Nik Alif Aiman Abdul Ariffahmi, [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":11084,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[2],"tags":[4061,4060,3075,1270,4063,4064,4062,146],"authors":[],"class_list":["post-11083","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-politik","tag-azhar-ahmad","tag-beruas","tag-cucu","tag-laporan-polis","tag-nik-abdul-aziz-nik-mat","tag-nik-alif-aiman-abdul-ariffahmi","tag-tampar","tag-umno"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/11083","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=11083"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/11083\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":11085,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/11083\/revisions\/11085"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/11084"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=11083"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=11083"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=11083"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=11083"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}