{"id":11103,"date":"2026-06-02T07:37:55","date_gmt":"2026-06-02T07:37:55","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=11103"},"modified":"2026-06-02T07:37:55","modified_gmt":"2026-06-02T07:37:55","slug":"amk-cabar-parti-rafizi-masuk-bertanding-prn-johor","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/amk-cabar-parti-rafizi-masuk-bertanding-prn-johor\/","title":{"rendered":"AMK cabar parti Rafizi masuk bertanding PRN Johor"},"content":{"rendered":"<p>Angkatan Muda Keadilan (AMK) mencabar Rafizi Ramli supaya membawa Parti Bersama yang ditubuhkannya bertanding Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor sekiranya benar parti baharu itu mendapat sokongan rakyat seperti didakwa.<\/p>\n<p>Exco AMK, Dzul Hilmi Zainol berkata PRN Johor menjadi medan terbaik untuk Rafizi menguji sendiri sejauh mana penerimaan rakyat terhadap gagasan politik baharu yang sering dibawanya sejak kebelakangan ini.<\/p>\n<p>Menurut beliau, Rafizi tidak seharusnya hanya lantang menyuarakan idea perubahan politik di pentas ceramah dan media sosial tanpa berani menghadapinya dalam pertandingan sebenar.<\/p>\n<p>\u201cJika benar Parti Kancil mendapat sambutan luar biasa seperti yang didakwa, inilah masanya untuk membuktikan kekuatan itu secara demokratik, bukan sekadar bermain persepsi di media sosial,\u201d katanya dalam satu kenyataan hari ini.<\/p>\n<p>Beliau turut menegaskan rakyat Johor bukan tempat untuk menjadikan eksperimen politik sebagai bahan ujian semata-mata.<\/p>\n<p>\u201cKalau berani bercakap soal reformasi dan perubahan, beranilah juga berdepan dengan penghakiman rakyat. Jangan jadi jaguh di sidang media tetapi hilang keberanian apabila tiba masa untuk mendapatkan mandat rakyat,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Kenyataan itu dibuat susulan spekulasi mengenai kemungkinan Parti Bersama yang dikaitkan dengan Rafizi akan menyertai PRN Johor selepas Dewan Undangan Negeri (DUN) dibubarkan baru-baru ini.<\/p>\n<p>Sebelum ini, Rafizi yang pernah menjadi antara tokoh penting dalam PKR dilaporkan meninggalkan parti tersebut dan menyertai Parti Bersama.<\/p>\n<p>Langkah itu mencetuskan pelbagai reaksi dalam kalangan penyokong reformasi serta pemerhati politik yang melihat tindakan berkenaan mampu mengubah landskap politik pembangkang.<\/p>\n<p>Dzul Hilmi berkata, Rafizi sejak sekian lama membina imej sebagai pemimpin yang mempunyai formula dan penyelesaian terhadap pelbagai isu negara, namun kini tiba masanya untuk beliau membuktikan sama ada pengaruh itu benar-benar diterjemahkan kepada sokongan rakyat.<\/p>\n<p>\u201cKini DUN Johor sudah terbubar. Masuk gelanggang dan bertanding. Buktikan kepada rakyat bahawa Parti Kancil bukan sekadar cerita dongeng, tetapi benar-benar mempunyai taring politik,\u201d katanya.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Angkatan Muda Keadilan (AMK) mencabar Rafizi Ramli supaya membawa Parti Bersama yang ditubuhkannya bertanding Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor sekiranya benar parti baharu itu mendapat sokongan rakyat seperti didakwa. Exco AMK, Dzul Hilmi Zainol berkata PRN Johor menjadi medan terbaik untuk Rafizi menguji sendiri sejauh mana penerimaan rakyat terhadap gagasan politik baharu yang sering dibawanya [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":11013,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[2],"tags":[164,3843,4066,4067,4023,9,103,8],"authors":[],"class_list":["post-11103","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-politik","tag-amk","tag-dun-johor","tag-dzul-hilmi-zainol","tag-kancil","tag-parti-bersama","tag-pkr","tag-prn","tag-rafizi"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/11103","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=11103"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/11103\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":11104,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/11103\/revisions\/11104"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/11013"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=11103"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=11103"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=11103"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=11103"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}