{"id":11106,"date":"2026-06-02T07:48:30","date_gmt":"2026-06-02T07:48:30","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=11106"},"modified":"2026-06-02T07:48:30","modified_gmt":"2026-06-02T07:48:30","slug":"tak-bincang-bubar-dun-negeri-sembilan-sekadar-pertemuan-biasa-dengan-aminuddin","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/tak-bincang-bubar-dun-negeri-sembilan-sekadar-pertemuan-biasa-dengan-aminuddin\/","title":{"rendered":"Tak bincang bubar DUN Negeri Sembilan, sekadar pertemuan biasa dengan Aminuddin"},"content":{"rendered":"<p>Pakatan Harapan (PH) Negeri Sembilan mula memperkemaskan persiapan menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) menerusi mesyuarat pimpinan yang berlangsung di Kediaman Rasmi Menteri Besar Negeri Sembilan hari ini.<\/p>\n<p>Mesyuarat yang dipengerusikan Pengerusi PH Negeri Sembilan, Aminuddin Harun itu diadakan susulan perkembangan politik semasa termasuk pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor baru-baru ini yang mencetuskan spekulasi mengenai kemungkinan PRN di beberapa negeri lain.<\/p>\n<p>Setiausaha DAP Negeri Sembilan, Cha Kee Chin berkata pertemuan itu bukan mesyuarat khas atau tergempar seperti yang didakwa sesetengah pihak, sebaliknya merupakan mesyuarat biasa pimpinan PH negeri.<\/p>\n<p>\u201cIa adalah mesyuarat biasa, bukan mesyuarat khas. Ia dinamakan tergempar kerana notis diberikan dalam tempoh singkat selepas pembubaran DUN Johor petang semalam,\u201d katanya menerusi hantaran di Facebook hari ini.<\/p>\n<p>Menurut Ahli Parlimen Rasah itu, mesyuarat berlangsung dalam suasana harmoni dan memberi fokus kepada kesiapsiagaan jentera pilihan raya PH bagi menghadapi kemungkinan PRN pada masa terdekat.<\/p>\n<p>\u201cKami membincangkan kesiapsiagaan jentera pilihan raya PH untuk PRN yang bakal menjelang,\u201d katanya lagi.<\/p>\n<p>Terdahulu, beberapa pemimpin PH Negeri Sembilan dilihat hadir ke mesyuarat berkenaan termasuk Naib Pengerusi DAP Negeri Sembilan, J. Arul Kumar.<\/p>\n<p>Sebelum ini, timbul dakwaan satu mesyuarat khas diadakan bagi membincangkan pembubaran DUN Negeri Sembilan.<\/p>\n<p>Untuk rekod, Negeri Sembilan antara enam negeri yang tidak membubarkan DUN serentak ketika Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) pada November 2022.<\/p>\n<p>Ketika itu, kerajaan negeri pimpinan PH memilih untuk menamatkan penggal pentadbiran sehingga tamat tempoh sebelum mengadakan pilihan raya negeri secara berasingan.<\/p>\n<p>Pada PRN lalu, PH berjaya mengekalkan pentadbiran Negeri Sembilan dengan majoriti selesa menerusi kerjasama bersama Barisan Nasional (BN), sekali gus memperkukuhkan pengaruh gabungan itu di negeri berkenaan.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Pakatan Harapan (PH) Negeri Sembilan mula memperkemaskan persiapan menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) menerusi mesyuarat pimpinan yang berlangsung di Kediaman Rasmi Menteri Besar Negeri Sembilan hari ini. Mesyuarat yang dipengerusikan Pengerusi PH Negeri Sembilan, Aminuddin Harun itu diadakan susulan perkembangan politik semasa termasuk pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor baru-baru ini yang mencetuskan spekulasi mengenai [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":11107,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[2],"tags":[3686,409,408,1154,727,633,103],"authors":[],"class_list":["post-11106","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-politik","tag-aminuddin-harun","tag-dun","tag-menteri-besar","tag-negeri-sembilan","tag-pakatan-harapan","tag-pilihan-raya","tag-prn"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/11106","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=11106"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/11106\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":11108,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/11106\/revisions\/11108"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/11107"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=11106"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=11106"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=11106"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=11106"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}