{"id":11109,"date":"2026-06-02T07:51:38","date_gmt":"2026-06-02T07:51:38","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=11109"},"modified":"2026-06-02T07:51:42","modified_gmt":"2026-06-02T07:51:42","slug":"amk-yakin-ph-mampu-beri-saingan-sengit-di-johor","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/amk-yakin-ph-mampu-beri-saingan-sengit-di-johor\/","title":{"rendered":"AMK yakin PH mampu beri saingan sengit di Johor"},"content":{"rendered":"<p>Pakatan Harapan (PH) dilihat berpotensi mencipta kejutan pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor akan datang susulan prestasi memberangsangkan gabungan itu di negeri berkenaan sejak Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15).<\/p>\n<p>Ketua Penerangan Angkatan Muda Keadilan (AMK), Danish Hairudin berkata, keyakinan itu bersandarkan kepada pencapaian ekonomi dan pembangunan Johor yang semakin pesat hasil kerjasama erat antara kerajaan negeri dan Kerajaan Persekutuan.<\/p>\n<p>Menurut beliau, keputusan PRU-15 yang menyaksikan PH memenangi 14 kerusi Parlimen di Johor berbanding sembilan kerusi dimenangi Barisan Nasional (bn) membuktikan rakyat kini lebih cenderung membuat penilaian berdasarkan prestasi kerajaan serta hala tuju pembangunan negeri.<\/p>\n<p>\u201cJohor muncul sebagai negeri penerima pelaburan tertinggi di Malaysia bukan secara kebetulan. Ia hasil kerjasama strategik antara kerajaan negeri dan Kerajaan Persekutuan yang berjaya menarik pelaburan global bernilai lebih RM110 bilion,\u201d katanya menerusi hantaran di Facebook pada Selasa.<\/p>\n<p>Johor sebelum ini menjadi antara negeri terawal memperkenalkan pelbagai inisiatif pembangunan berskala besar termasuk Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ) yang dijangka menjadi pemangkin pertumbuhan ekonomi baharu di selatan tanah air.<\/p>\n<p>Selain itu, projek Rapid Transit System (RTS) Link yang sedang dibangunkan bagi menghubungkan Johor Bahru dan Singapura turut dilihat mampu menyelesaikan isu kesesakan di Tambak Johor yang sekian lama membelenggu rakyat kedua-dua negara.<\/p>\n<p>Danish berkata, kejayaan pembangunan Johor ketika ini memberi manfaat langsung kepada rakyat termasuk peluang pekerjaan baharu, peningkatan gaji serta pertumbuhan industri berteknologi tinggi seperti pusat data dan ekonomi digital.<\/p>\n<p>Katanya, keyakinan pelabur asing terhadap dasar ekonomi kerajaan turut membantu memperkukuh kedudukan Johor sebagai hab pelaburan utama negara.<\/p>\n<p>\u201cJika bukan kerana kestabilan kerajaan dan kerjasama erat antara kerajaan negeri dengan Persekutuan, sukar untuk Johor muncul sebagai destinasi utama pelaburan antarabangsa,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Beliau turut menegaskan pelbagai projek pembangunan termasuk usaha menaik taraf infrastruktur sempadan dan projek tebatan banjir juga bergantung kepada sokongan serta kelulusan Kerajaan Persekutuan.<\/p>\n<p>PRN Johor dijangka menjadi antara tumpuan utama landskap politik negara memandangkan negeri itu mempunyai kedudukan strategik dalam ekonomi negara selain sering dianggap kubu tradisi BN.<\/p>\n<p>Bagaimanapun, keputusan PRU-15 menunjukkan perubahan corak sokongan pengundi apabila PH berjaya menambah penguasaan kerusi Parlimen di negeri berkenaan, sekali gus memberi isyarat persaingan lebih sengit pada pilihan raya akan datang.<\/p>\n<p>Danish berkata, rakyat Johor diyakini akan membuat pilihan berdasarkan kemampuan sesebuah kerajaan membawa pembangunan serta menyelesaikan isu harian rakyat.<\/p>\n<p>\u201cRakyat boleh menilai sendiri siapa yang benar-benar membawa pembangunan, pelaburan dan peluang ekonomi kepada Johor,\u201d katanya.<\/p>\n<p>&nbsp;<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Pakatan Harapan (PH) dilihat berpotensi mencipta kejutan pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor akan datang susulan prestasi memberangsangkan gabungan itu di negeri berkenaan sejak Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15). Ketua Penerangan Angkatan Muda Keadilan (AMK), Danish Hairudin berkata, keyakinan itu bersandarkan kepada pencapaian ekonomi dan pembangunan Johor yang semakin pesat hasil kerjasama erat antara kerajaan [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":8262,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[2],"tags":[164,378,952,630,727,633,9,103,146],"authors":[],"class_list":["post-11109","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-politik","tag-amk","tag-bn","tag-danish-hairudin","tag-johor","tag-pakatan-harapan","tag-pilihan-raya","tag-pkr","tag-prn","tag-umno"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/11109","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=11109"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/11109\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":11110,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/11109\/revisions\/11110"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/8262"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=11109"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=11109"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=11109"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=11109"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}