{"id":11112,"date":"2026-06-03T04:19:15","date_gmt":"2026-06-03T04:19:15","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=11112"},"modified":"2026-06-03T04:19:15","modified_gmt":"2026-06-03T04:19:15","slug":"raja-perlis-bertitah-mahu-mb-kekal-hingga-akhir-penggal","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/raja-perlis-bertitah-mahu-mb-kekal-hingga-akhir-penggal\/","title":{"rendered":"Raja Perlis bertitah mahu MB kekal hingga akhir penggal"},"content":{"rendered":"<p>Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail mahu Menteri Besar Perlis, Abu Bakar Hamzah terus diberi ruang memimpin kerajaan negeri sehingga tamat penggal Dewan Undangan Negeri (DUN) Perlis ke-15 tanpa gangguan politik.<\/p>\n<p>Baginda bertitah, kestabilan pentadbiran amat penting bagi memastikan segala perancangan pembangunan negeri dapat dilaksanakan dengan lancar demi kepentingan rakyat.<\/p>\n<p>\u201cBeta berharap agar Menteri Besar diberikan ruang untuk terus memimpin sehingga ke akhir penggal Dewan Undangan Negeri yang ke-15 tanpa sebarang kacau ganggu yang akan merencatkan segala perancangan yang telah dirangka,\u201d titah baginda.<\/p>\n<p>Titah itu dibacakan Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail ketika merasmikan Persidangan Keempat DUN Perlis ke-15 di Kompleks Seri Putra, pada Rabu.<\/p>\n<p>Pada masa sama, baginda turut mengingatkan semua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) supaya mengenepikan perbezaan politik dan memberi kerjasama penuh kepada kerajaan negeri demi kestabilan pentadbiran.<\/p>\n<p>Menurut baginda, sebarang perbezaan pandangan atau pertelagahan perlu diselesaikan secara harmoni dan berhemah kerana kestabilan politik memainkan peranan besar dalam meningkatkan keyakinan pelabur terhadap Perlis.<\/p>\n<p>\u201cKestabilan politik merupakan satu kriteria yang sangat penting yang akan memberi kesan kepada keyakinan pelabur untuk melabur di negeri ini,\u201d titah baginda lagi.<\/p>\n<p>Baginda turut menegaskan setiap dasar dan keputusan kerajaan perlu berteraskan kepentingan rakyat serta memastikan pembangunan yang seimbang meliputi aspek ekonomi, sosial dan kesejahteraan hidup.<\/p>\n<p>Selain itu, Tuanku Syed Sirajuddin mengingatkan kemajuan negeri bukan hanya bergantung kepada kerajaan semata-mata, sebaliknya memerlukan usaha rakyat untuk meningkatkan ilmu pengetahuan, kemahiran dan daya saing ekonomi.<\/p>\n<p>Baginda juga mahu sidang DUN dimanfaatkan sebagai medan membincangkan idea bernas untuk pembangunan negeri dan bukannya platform pertelagahan politik.<\/p>\n<p>\u201cBerhujah dan berbahaslah dengan penuh kebijaksanaan tanpa terpengaruh dengan desakan emosi. Sentiasalah beringat bahawa generasi muda sedang memerhatikan setiap gelagat Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian,\u201d titah baginda.<\/p>\n<p>Sidang DUN Perlis kali ini mendapat perhatian susulan desas-desus kemungkinan berlaku usul undi tidak percaya terhadap Abu Bakar membabitkan beberapa wakil rakyat PAS.<\/p>\n<p>Abu Bakar dilantik sebagai Menteri Besar Perlis selepas Pilihan Raya Umum ke-15 apabila Perikatan Nasional berjaya membentuk kerajaan negeri dengan majoriti besar di DUN Perlis.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail mahu Menteri Besar Perlis, Abu Bakar Hamzah terus diberi ruang memimpin kerajaan negeri sehingga tamat penggal Dewan Undangan Negeri (DUN) Perlis ke-15 tanpa gangguan politik. Baginda bertitah, kestabilan pentadbiran amat penting bagi memastikan segala perancangan pembangunan negeri dapat dilaksanakan dengan lancar demi kepentingan rakyat. \u201cBeta berharap agar Menteri Besar [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":6311,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[2],"tags":[2787,409,408,2789,222,2790],"authors":[],"class_list":["post-11112","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-politik","tag-abu-bakar-hamzah","tag-dun","tag-menteri-besar","tag-raja-perlis","tag-sidang","tag-tuanku-syed-sirajuddin-jamalullail"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/11112","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=11112"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/11112\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":11113,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/11112\/revisions\/11113"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/6311"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=11112"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=11112"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=11112"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=11112"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}