{"id":11114,"date":"2026-06-03T04:22:09","date_gmt":"2026-06-03T04:22:09","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=11114"},"modified":"2026-06-03T04:22:09","modified_gmt":"2026-06-03T04:22:09","slug":"aminuddin-menghadap-tuanku-muhriz-spekulasi-bubar-dun-terus-hangat","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/aminuddin-menghadap-tuanku-muhriz-spekulasi-bubar-dun-terus-hangat\/","title":{"rendered":"Aminuddin menghadap Tuanku Muhriz, spekulasi bubar DUN terus hangat"},"content":{"rendered":"<p>Kehadiran Menteri Besar Negeri Sembilan, Aminuddin Harun ke Istana Hinggap pada Rabu terus mencetuskan spekulasi mengenai kemungkinan pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) pada masa terdekat.<\/p>\n<p>Aminuddin tiba di pekarangan istana kira-kira jam 9.05 pagi sebelum meninggalkan lokasi hampir dua jam kemudian pada jam 10.47 pagi.<\/p>\n<p>Turut mengiringinya ialah Ketua Polis Negeri Sembilan, Alzafny Ahmad.<\/p>\n<p>Ketika ditemui pemberita, Aminuddin hanya memberikan reaksi ringkas sambil menyifatkan pertemuan itu sebagai rutin mingguan biasa.<\/p>\n<p>\u201cBiasa-biasa hari Rabu,\u201d katanya ringkas dipetik laporan media.<\/p>\n<p>Setiap minggu, Aminuddin sememangnya dijadual menghadap Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir sebelum mempengerusikan Mesyuarat Majlis Kerajaan Negeri di Wisma Negeri.<\/p>\n<p>Namun, pertemuan kali ini mendapat perhatian luar biasa susulan desas-desus bahawa DUN Negeri Sembilan mungkin dibubarkan bagi memberi laluan kepada Pilihan Raya Negeri (PRN).<\/p>\n<p>Spekulasi tersebut mula bertiup sejak Selasa apabila beberapa Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pakatan Harapan (PH) serta pemimpin parti dilihat hadir ke Kediaman Rasmi Menteri Besar seawal jam 9.30 pagi.<\/p>\n<p>Kehadiran mereka dipercayai berkaitan dengan mesyuarat khas mengenai persiapan menghadapi pembubaran DUN.<\/p>\n<p>Bagaimanapun, Setiausaha DAP Negeri Sembilan, Cha Kee Chin menafikan mesyuarat itu berkaitan pembubaran DUN.<\/p>\n<p>Menurutnya, pertemuan berkenaan lebih tertumpu kepada kesiapsiagaan jentera pilihan raya PH menjelang PRN yang dijangka berlangsung tidak lama lagi.<\/p>\n<p>\u201cMesyuarat berlangsung dalam suasana harmoni dengan semangat keluarga PH Negeri Sembilan. Kami membincangkan kesiapsiagaan jentera pilihan raya PH untuk PRN yang bakal menjelang,\u201d katanya menerusi hantaran di Facebook.<\/p>\n<p>Untuk rekod, penggal DUN Negeri Sembilan dijadual tamat pada tahun ini dan negeri itu antara enam negeri yang dijangka mengadakan PRN secara berasingan daripada Pilihan Raya Umum ke-15 sebelum ini.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Kehadiran Menteri Besar Negeri Sembilan, Aminuddin Harun ke Istana Hinggap pada Rabu terus mencetuskan spekulasi mengenai kemungkinan pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) pada masa terdekat. Aminuddin tiba di pekarangan istana kira-kira jam 9.05 pagi sebelum meninggalkan lokasi hampir dua jam kemudian pada jam 10.47 pagi. Turut mengiringinya ialah Ketua Polis Negeri Sembilan, Alzafny Ahmad. Ketika [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":9361,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[2],"tags":[3686,549,409,1154,103,3684],"authors":[],"class_list":["post-11114","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-politik","tag-aminuddin-harun","tag-bubar","tag-dun","tag-negeri-sembilan","tag-prn","tag-tuanku-muhriz-tuanku-munawir"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/11114","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=11114"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/11114\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":11115,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/11114\/revisions\/11115"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/9361"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=11114"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=11114"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=11114"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=11114"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}