{"id":11116,"date":"2026-06-03T04:26:50","date_gmt":"2026-06-03T04:26:50","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=11116"},"modified":"2026-06-03T04:26:50","modified_gmt":"2026-06-03T04:26:50","slug":"senarai-calon-bn-johor-yang-tular-adalah-palsu-onn-hafiz","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/senarai-calon-bn-johor-yang-tular-adalah-palsu-onn-hafiz\/","title":{"rendered":"Senarai calon BN Johor yang tular adalah palsu: Onn Hafiz"},"content":{"rendered":"<p>Menteri Besar Johor, Onn Hafiz Ghazi menafikan senarai calon Barisan Nasional (BN) bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor ke-16 yang tular di media sosial dan aplikasi WhatsApp sejak semalam.<\/p>\n<p>Beliau berkata senarai berkenaan adalah palsu dan tidak pernah dikeluarkan menerusi saluran rasmi parti.<\/p>\n<p>Menurut Onn Hafiz, semua pihak termasuk parti politik, pemimpin dan penyokong perlu mengamalkan politik matang serta bertanggungjawab sepanjang musim pilihan raya bagi mengelakkan kekeliruan dalam kalangan rakyat.<\/p>\n<p>\u201cMarilah kita berpolitik secara matang, berakhlak dan bertanggungjawab. Jangan benarkan berita palsu memudaratkan keharmonian, kestabilan serta proses demokrasi di negeri Johor yang kita cintai,\u201d katanya menerusi kenyataan di Facebook hari ini.<\/p>\n<p>Beliau turut mengingatkan orang ramai supaya tidak mudah mempercayai atau menyebarkan maklumat yang belum disahkan, terutama dalam suasana politik yang semakin hangat menjelang PRN.<\/p>\n<p>Katanya, rakyat perlu mengamalkan sikap tabayyun dengan menyemak fakta daripada sumber rasmi sebelum menerima sesuatu berita.<\/p>\n<p>\u201cDalam bahang pilihan raya, pelbagai bentuk fitnah, khabar angin, provokasi dan berita palsu boleh dimainkan pihak tertentu bagi menimbulkan kekeliruan dalam kalangan rakyat,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Terdahulu, media sosial dibanjiri satu senarai yang didakwa memaparkan calon BN bagi semua 56 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor, termasuk nama Onn Hafiz sendiri sebagai calon di DUN Machap.<\/p>\n<p>Johor memasuki fasa pilihan raya selepas DUN negeri itu dibubarkan pada 1 Jun lalu bagi memberi laluan kepada PRN Johor ke-16.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Menteri Besar Johor, Onn Hafiz Ghazi menafikan senarai calon Barisan Nasional (BN) bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor ke-16 yang tular di media sosial dan aplikasi WhatsApp sejak semalam. Beliau berkata senarai berkenaan adalah palsu dan tidak pernah dikeluarkan menerusi saluran rasmi parti. Menurut Onn Hafiz, semua pihak termasuk parti politik, pemimpin dan penyokong perlu [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":10004,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[2],"tags":[378,630,408,3847,103,4068,146],"authors":[],"class_list":["post-11116","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-politik","tag-bn","tag-johor","tag-menteri-besar","tag-onn-hafiz-ghazi","tag-prn","tag-senarai-calon","tag-umno"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/11116","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=11116"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/11116\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":11117,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/11116\/revisions\/11117"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/10004"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=11116"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=11116"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=11116"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=11116"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}