{"id":11127,"date":"2026-06-03T07:24:23","date_gmt":"2026-06-03T07:24:23","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=11127"},"modified":"2026-06-03T07:26:32","modified_gmt":"2026-06-03T07:26:32","slug":"amk-melaka-desak-penjelasan-ketua-menteri-berhubung-isu-bubar-dun","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/amk-melaka-desak-penjelasan-ketua-menteri-berhubung-isu-bubar-dun\/","title":{"rendered":"AMK Melaka desak penjelasan Ketua Menteri berhubung isu bubar DUN"},"content":{"rendered":"<p>Angkatan Muda Keadilan (AMK) Melaka menggesa Ketua Menteri Melaka, Ab Rauf Yusoh, tampil menjelaskan kepada rakyat mengenai tarikh sebenar pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka bagi mengelakkan sebarang spekulasi politik.<\/p>\n<p>Ketua AMK Melaka, Hakimin Mokhtar berkata, perkembangan politik di Johor yang menyaksikan DUN negeri itu dibubarkan lebih awal berkuat kuasa 1 Jun lalu wajar dijadikan perhatian kerana situasi sama berkemungkinan berlaku di Melaka.<\/p>\n<p>Menurut beliau, alasan pembubaran awal DUN Johor bagi mendapatkan mandat baharu demi kestabilan kerajaan negeri menimbulkan persoalan kerana penggal pentadbiran negeri itu sepatutnya hanya berakhir pada April 2027.<\/p>\n<p>\u201cTiada krisis, tiada keruntuhan kerajaan. Hanya kitaran masa yang menguntungkan BN semata-mata.<\/p>\n<p>\u201cIni jelas mendedahkan bahawa pembubaran awal ini adalah manuver taktikal, bukannya demi kepentingan perkhidmatan awam,\u201d katanya dalam kenyataan hari ini.<\/p>\n<p>Untuk rekod, Melaka pernah berdepan krisis politik pada 2021 selepas empat Ahli Dewan Undangan Negeri menarik sokongan terhadap kerajaan negeri ketika itu sehingga membawa kepada pembubaran DUN dan Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka.<\/p>\n<p>Dalam PRN tersebut, Barisan Nasional (BN) berjaya memperoleh kemenangan besar dan membentuk kerajaan negeri baharu.<\/p>\n<p>Hakimin berkata, tempoh pentadbiran Kerajaan Negeri Melaka dijangka berakhir pada 30 November 2026, namun PRN boleh diadakan lebih awal sekiranya DUN dibubarkan.<\/p>\n<p>Katanya, rakyat tidak seharusnya dijadikan mangsa percaturan politik yang hanya mengutamakan kepentingan parti tertentu.<\/p>\n<p>\u201cJika BN Melaka mengikut acuan yang sama, rakyat Melaka juga akan berdepan pilihan raya yang ditentukan masa dan strateginya oleh BN, bukan berdasarkan keperluan sebenar rakyat,\u201d ujarnya.<\/p>\n<p>Beliau turut mendakwa negara dijangka berdepan beberapa pilihan raya penting dalam tempoh 18 bulan akan datang yang boleh memberi kesan kepada ekonomi dan perbelanjaan awam.<\/p>\n<p>\u201cSetiap kali pilihan raya diadakan secara berasingan dan mengikut kepentingan parti, kos ditanggung oleh pembayar cukai, tumpuan terhadap ekonomi terganggu dan rakyat terpaksa berulang kali dieksploitasi sebagai pengesah mandat,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Sehubungan itu, AMK Melaka mahu kerajaan negeri lebih telus dan memberi penjelasan awal kepada rakyat sekiranya terdapat perancangan untuk membubarkan DUN dalam masa terdekat.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Angkatan Muda Keadilan (AMK) Melaka menggesa Ketua Menteri Melaka, Ab Rauf Yusoh, tampil menjelaskan kepada rakyat mengenai tarikh sebenar pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka bagi mengelakkan sebarang spekulasi politik. Ketua AMK Melaka, Hakimin Mokhtar berkata, perkembangan politik di Johor yang menyaksikan DUN negeri itu dibubarkan lebih awal berkuat kuasa 1 Jun lalu wajar dijadikan [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":11128,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[1],"tags":[2680,164,549,409,4070,1572,192,103],"authors":[],"class_list":["post-11127","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-uncategorized","tag-ab-rauf-yusoh","tag-amk","tag-bubar","tag-dun","tag-hakimin-mokhtar","tag-ketua-menteri","tag-melaka","tag-prn"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/11127","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=11127"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/11127\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":11129,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/11127\/revisions\/11129"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/11128"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=11127"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=11127"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=11127"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=11127"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}