{"id":11136,"date":"2026-06-04T05:29:18","date_gmt":"2026-06-04T05:29:18","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=11136"},"modified":"2026-06-04T05:29:18","modified_gmt":"2026-06-04T05:29:18","slug":"annuar-musa-cadang-formula-bahagi-kerusi-umno-pas-bermula-di-johor","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/annuar-musa-cadang-formula-bahagi-kerusi-umno-pas-bermula-di-johor\/","title":{"rendered":"Annuar Musa cadang formula bahagi kerusi UMNO-PAS, bermula di Johor"},"content":{"rendered":"<p>Pemimpin PAS, Annuar Musa mencadangkan satu formula pembahagian kerusi antara PAS dan UMNO sebagai langkah menghidupkan semula kerjasama politik Melayu-Islam menerusi gagasan Muafakat Nasional 2.0.<\/p>\n<p>Annuar yang juga Ahli Jawatankuasa PAS Pusat berkata cadangan yang dikemukakan Timbalan Presiden, Tuan Ibrahim Tuan Man, supaya parti-parti Melayu-Islam kembali bermuafakat wajar disambut secara positif demi memperkukuh kedudukan politik orang Melayu dan Islam di negara ini.<\/p>\n<p>Menurut beliau, perbezaan nama bukan isu utama sekiranya terdapat kesepakatan antara kedua-dua parti untuk bekerjasama.<\/p>\n<p>\u201cPada saya, nama tidak penting. Jika ada persetujuan UMNO dan PAS, gunalah nama Rumah Bangsa atau Musyawarah Nasional yang pernah diutarakan UMNO,\u201d katanya menerusi hantaran di media sosial.<\/p>\n<p>Annuar yang juga Ketua Penerangan Perikatan Nasional (PN) berkata Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor boleh dijadikan medan permulaan bagi menguji formula kerjasama tersebut.<\/p>\n<p>Beliau mencadangkan supaya pembahagian kerusi dibuat mengikut kekuatan parti di sesebuah negeri.<\/p>\n<p>Katanya, Johor yang dianggap kubu kuat UMNO boleh menyaksikan parti itu bertanding sehingga 90 peratus kerusi majoriti Melayu, manakala baki kerusi diberikan kepada PAS.<\/p>\n<p>Sebaliknya di Kelantan yang menjadi kubu tradisi PAS, beliau mencadangkan antara 10 hingga 20 peratus kerusi diperuntukkan kepada UMNO, manakala PAS bertanding di sebahagian besar kerusi lain.<\/p>\n<p>\u201cKelantan sebagai kubu PAS perlu beri 10 peratus hingga 20 peratus kepada UMNO dan PAS ambil 80 peratus hingga 90 peratus.<\/p>\n<p>\u201cJika perlu boleh dipertimbangkan PRN serentak Kelantan dan Johor,\u201d katanya sambil menjelaskan cadangan itu merupakan pandangan peribadinya.<\/p>\n<p>Beliau turut menegaskan pemimpin Melayu-Islam perlu berani meneroka ruang persefahaman berdasarkan matlamat bersama serta mengetepikan perbezaan dan sejarah lampau.<\/p>\n<p>\u201cSekiranya UMNO menolak tawaran Timbalan Presiden PAS itu dan memilih untuk terus bekerjasama dengan DAP dan PKR seperti sekarang, PAS perlu mengambil tanggungjawab membentuk muafakat besar tanpa UMNO menuju PRU ke-16. Barangkali di sini boleh dibentuk Muafakat Nasional 2.0,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Semalam, Tuan Ibrahim menggesa parti-parti Melayu-Islam, khususnya UMNO, menjayakan Muafakat Nasional 2.0 menjelang PRN Johor yang dijangka berlangsung dalam tempoh terdekat.<\/p>\n<p>Menurut beliau, perubahan landskap politik hanya dapat dicapai melalui persefahaman dan toleransi antara parti-parti utama yang berteraskan Melayu-Islam.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Pemimpin PAS, Annuar Musa mencadangkan satu formula pembahagian kerusi antara PAS dan UMNO sebagai langkah menghidupkan semula kerjasama politik Melayu-Islam menerusi gagasan Muafakat Nasional 2.0. Annuar yang juga Ahli Jawatankuasa PAS Pusat berkata cadangan yang dikemukakan Timbalan Presiden, Tuan Ibrahim Tuan Man, supaya parti-parti Melayu-Islam kembali bermuafakat wajar disambut secara positif demi memperkukuh kedudukan politik [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":5873,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[2],"tags":[433,630,1737,126,633,103,146],"authors":[],"class_list":["post-11136","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-politik","tag-annuar-musa","tag-johor","tag-muafakat-nasional","tag-pas","tag-pilihan-raya","tag-prn","tag-umno"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/11136","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=11136"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/11136\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":11137,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/11136\/revisions\/11137"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/5873"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=11136"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=11136"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=11136"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=11136"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}