{"id":11139,"date":"2026-06-04T05:32:46","date_gmt":"2026-06-04T05:32:46","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=11139"},"modified":"2026-06-04T05:32:46","modified_gmt":"2026-06-04T05:32:46","slug":"kerajaan-perlis-kekal-bersama-pn-fokus-tamatkan-penggal-pentadbiran-abu-bakar","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/kerajaan-perlis-kekal-bersama-pn-fokus-tamatkan-penggal-pentadbiran-abu-bakar\/","title":{"rendered":"Kerajaan Perlis kekal bersama PN, fokus tamatkan penggal pentadbiran: Abu Bakar"},"content":{"rendered":"<p>Kerajaan Perlis akan terus kekal bersama Perikatan Nasional (PN) dan memberi tumpuan kepada pentadbiran negeri sehingga tamat penggal semasa, meskipun timbul pelbagai spekulasi mengenai hubungan antara parti-parti dalam gabungan tersebut.<\/p>\n<p>Menteri Besar Abu Bakar Hamzah berkata, mandat yang diberikan rakyat pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) adalah kepada PN sebagai sebuah gabungan politik dan bukannya kepada mana-mana parti komponen secara berasingan.<\/p>\n<p>\u201cKita akan terus berdiri di bawah penyatuan PN. Biar apa yang berlaku antara PAS, Bersatu dan komponen lain, kita akan kekal tenang bersama PN kerana kita mendapat mandat rakyat melalui PN.<\/p>\n<p>\u201cBukan kita mendapat mandat daripada Bersatu atau PAS secara berasingan, sebaliknya rakyat memilih PN untuk mentadbir negeri ini,\u201d katanya selepas Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Perlis hari ini.<\/p>\n<p>Menurut Abu Bakar, kerajaan negeri akan meneruskan pentadbiran sehingga penghujung penggal DUN Perlis ke-15 selaras dengan titah Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail yang mahu kestabilan pentadbiran dikekalkan demi memastikan agenda pembangunan dan kebajikan rakyat berjalan lancar.<\/p>\n<p>Katanya, DUN Perlis yang dipilih pada PRU-15 pada 2022 hanya akan tamat tempoh pada Disember 2027, sekali gus memberi ruang kepada kerajaan negeri untuk melaksanakan amanah yang diberikan rakyat.<\/p>\n<p>\u201cTitah Tuanku jelas bahawa pentadbiran ini perlu diteruskan sehingga tamat tempoh. Jadi kita masih mempunyai masa sehingga Disember 2027 untuk melaksanakan amanah yang diberikan rakyat.<\/p>\n<p>\u201cSaya tidak akan membuat apa juga spekulasi atau keputusan yang boleh merugikan rakyat,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Beliau turut menegaskan keutamaan kerajaan negeri ketika ini adalah memastikan kestabilan politik dan pentadbiran terus terpelihara, selain mengelakkan sebarang tindakan tergesa-gesa yang boleh menjejaskan kepentingan rakyat.<\/p>\n<p>Mengulas kemungkinan perubahan dalam struktur PN sekiranya berlaku perkembangan baharu melibatkan PAS dan Bersatu pada masa hadapan, Abu Bakar berkata kerajaan negeri akan meneliti perkara itu apabila keputusan rasmi dibuat di peringkat kepimpinan tertinggi gabungan tersebut.<\/p>\n<p>\u201cKita tunggu dahulu apa juga keputusan yang dibuat di peringkat tertinggi. Bagi saya, saya kekal tenang bersama PN dan fokus untuk menghabiskan tempoh pentadbiran ini.<\/p>\n<p>\u201cSaya yakin kepimpinan tertinggi akan membuat keputusan terbaik kerana matlamat kita adalah untuk memenangi pilihan raya. Jika kita berpecah atau bercakaran, kita yang akan rugi,\u201d katanya.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Kerajaan Perlis akan terus kekal bersama Perikatan Nasional (PN) dan memberi tumpuan kepada pentadbiran negeri sehingga tamat penggal semasa, meskipun timbul pelbagai spekulasi mengenai hubungan antara parti-parti dalam gabungan tersebut. Menteri Besar Abu Bakar Hamzah berkata, mandat yang diberikan rakyat pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) adalah kepada PN sebagai sebuah gabungan politik dan bukannya [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":6299,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[2],"tags":[2787,73,2892,408,126,541,2177,103],"authors":[],"class_list":["post-11139","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-politik","tag-abu-bakar-hamzah","tag-bersatu","tag-kerajaan-negeri","tag-menteri-besar","tag-pas","tag-perikatan-nasional","tag-perlis","tag-prn"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/11139","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=11139"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/11139\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":11140,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/11139\/revisions\/11140"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/6299"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=11139"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=11139"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=11139"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=11139"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}