{"id":11142,"date":"2026-06-04T05:44:48","date_gmt":"2026-06-04T05:44:48","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=11142"},"modified":"2026-06-04T05:44:48","modified_gmt":"2026-06-04T05:44:48","slug":"mca-johor-nafikan-senarai-calon-prn-tular","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/mca-johor-nafikan-senarai-calon-prn-tular\/","title":{"rendered":"MCA Johor nafikan senarai calon PRN tular"},"content":{"rendered":"<p>MCA Johor menafikan penglibatannya dalam penyebaran satu surat yang mengandungi senarai nama calon parti itu bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor yang tular di media sosial hari ini.<\/p>\n<p>Timbalan Pengerusi Perhubungan MCA Johor, Ling Tian Soon berkata dokumen berkenaan adalah palsu dan dipercayai dicipta oleh pihak tidak bertanggungjawab bagi menimbulkan kekeliruan menjelang pilihan raya.<\/p>\n<p>\u201cSaya menafikan sekeras-kerasnya mengenai senarai tersebut. MCA tidak pernah mengeluarkan surat itu dan ia dipercayai merupakan ciptaan pihak yang tidak bertanggungjawab,\u201d katanya selepas menghadiri Sambutan Hari Jururawat Peringkat Negeri Johor 2026 di Iskandar Puteri hari ini.<\/p>\n<p>Menurut beliau, penyebaran dokumen tidak sah seperti itu bukan perkara luar biasa ketika suasana politik semakin hangat menjelang pilihan raya.<\/p>\n<p>\u201cBiasalah, apabila tiba musim pilihan raya pelbagai spekulasi dan dokumen palsu akan ditularkan,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Mengulas persiapan parti menghadapi PRN Johor, Ling berkata MCA Johor telah mengenal pasti calon-calon yang berpotensi lebih awal dan senarai cadangan berkenaan telah diserahkan kepada kepimpinan Barisan Nasional (BN) untuk proses penilaian serta pertimbangan lanjut.<\/p>\n<p>Beliau menjelaskan cadangan tersebut melibatkan 15 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang pernah ditandingi MCA pada pilihan raya lalu.<\/p>\n<p>Terdahulu, media sosial dibanjiri dengan satu senarai yang didakwa memaparkan calon MCA yang bakal bertanding pada PRN Johor akan datang.<\/p>\n<p>Antara nama yang disebut dalam senarai itu ialah Presiden MCA, Wee Ka Siong, yang didakwa akan bertanding di DUN Skudai.<\/p>\n<p>Bagaimanapun, MCA Johor menegaskan sebarang keputusan berhubung calon pilihan raya hanya akan diumumkan menerusi saluran rasmi parti dan BN selepas melalui proses saringan yang ditetapkan.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>MCA Johor menafikan penglibatannya dalam penyebaran satu surat yang mengandungi senarai nama calon parti itu bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor yang tular di media sosial hari ini. Timbalan Pengerusi Perhubungan MCA Johor, Ling Tian Soon berkata dokumen berkenaan adalah palsu dan dipercayai dicipta oleh pihak tidak bertanggungjawab bagi menimbulkan kekeliruan menjelang pilihan raya. \u201cSaya [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":11143,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[2],"tags":[136,630,261,180,103,2358,56],"authors":[],"class_list":["post-11142","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-politik","tag-calon","tag-johor","tag-ling-tian-soon","tag-mca","tag-prn","tag-senarai","tag-tular"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/11142","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=11142"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/11142\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":11144,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/11142\/revisions\/11144"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/11143"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=11142"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=11142"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=11142"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=11142"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}