{"id":11145,"date":"2026-06-04T05:49:25","date_gmt":"2026-06-04T05:49:25","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=11145"},"modified":"2026-06-04T05:49:25","modified_gmt":"2026-06-04T05:49:25","slug":"tiada-rakyat-mahu-umno-kembali-dominasi-politik-negara-dap","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/tiada-rakyat-mahu-umno-kembali-dominasi-politik-negara-dap\/","title":{"rendered":"Tiada rakyat mahu UMNO kembali dominasi politik negara: DAP"},"content":{"rendered":"<p>DAP menegaskan rakyat Malaysia tidak mahu kembali kepada era politik yang menyaksikan satu parti mendominasi negara, sambil mengingatkan bahawa landskap politik pasca-2018 telah berubah dan memerlukan kerjasama antara pelbagai parti untuk membentuk kerajaan.<\/p>\n<p>Pengarah Strategik DAP, Liew Chin Tong berkata masih terdapat segelintir pemimpin UMNO yang percaya parti itu mampu mengembalikan kegemilangan lama dengan bertanding secara bersendirian dalam pilihan raya dan mengemukakan calon Perdana Menteri sendiri.<\/p>\n<p>\u201cSemoga para pemimpin UMNO dan Barisan Nasional (BN) sedar bahawa tiada rakyat Malaysia yang waras mahu kembali kepada era satu parti dengan UMNO sebagai parti dominan yang menentukan segala-galanya untuk rakyat. Zaman sudah berubah,\u201d katanya dalam satu kenyataan.<\/p>\n<p>Beliau mengulas desakan beberapa pemimpin UMNO, khususnya di Johor, yang mahu BN bertanding secara solo dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang sebagai langkah mengukuhkan semula kedudukan parti itu.<\/p>\n<p>Menurut Liew, UMNO Johor dilihat mahu menggunakan PRN sebagai platform untuk mengembalikan pengaruhnya seperti sebelum Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) pada 2018 yang menyaksikan berakhirnya dominasi panjang BN di peringkat Persekutuan.<\/p>\n<p>Katanya, walaupun BN mempunyai kelebihan di Johor dan bercadang bertanding di semua 56 kerusi Dewan Undangan Negeri, kemenangan di peringkat negeri tidak semestinya diterjemahkan kepada kejayaan dalam pilihan raya umum.<\/p>\n<p>\u201cDaripada 26 kerusi Parlimen Johor pada PRU 2022, BN hanya memenangi sembilan kerusi berbanding Pakatan Harapan (PH) yang memperoleh 15 kerusi.<\/p>\n<p>\u201cIni membuktikan kemenangan dalam pilihan raya negeri bukan jaminan untuk menguasai pilihan raya umum,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Liew yang juga Ahli Parlimen Iskandar Puteri berkata, realiti politik semasa menunjukkan tiada lagi satu parti yang mampu mendominasi secara bersendirian seperti dahulu.<\/p>\n<p>Sebaliknya, semua parti perlu bekerjasama dan bertolak ansur bagi membentuk kerajaan yang stabil.<\/p>\n<p>Pada PRU-15 menyaksikan tiada gabungan memperoleh majoriti mudah untuk membentuk kerajaan.<\/p>\n<p>Keputusan itu membawa kepada pembentukan Kerajaan Perpaduan hasil kerjasama antara PH dan BN selepas campur tangan Yang di-Pertuan Agong ketika itu bagi memastikan kestabilan politik negara.<\/p>\n<p>Chin Tong berkata, kerjasama antara PH dan BN telah membuktikan kedua-dua gabungan mampu mentadbir bersama serta menghadapi pilihan raya sebagai satu pasukan.<\/p>\n<p>\u201cJika kerjasama ini diteruskan, PRU akan datang berpotensi menyaksikan pertandingan satu lawan satu antara PH-BN dan Perikatan Nasional (PN), yang memberi kelebihan kepada kedua-dua gabungan,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Beliau turut mendakwa terdapat pihak dalam BN yang terus mendesak supaya gabungan itu bertanding secara solo walaupun langkah tersebut berisiko mencetuskan pertandingan tiga penjuru yang boleh menjejaskan peluang kemenangan BN dan PH.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>DAP menegaskan rakyat Malaysia tidak mahu kembali kepada era politik yang menyaksikan satu parti mendominasi negara, sambil mengingatkan bahawa landskap politik pasca-2018 telah berubah dan memerlukan kerjasama antara pelbagai parti untuk membentuk kerajaan. Pengarah Strategik DAP, Liew Chin Tong berkata masih terdapat segelintir pemimpin UMNO yang percaya parti itu mampu mengembalikan kegemilangan lama dengan bertanding [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":9886,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[2],"tags":[378,63,630,2266,4072,633,103,146],"authors":[],"class_list":["post-11145","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-politik","tag-bn","tag-dap","tag-johor","tag-liew-chin-tong","tag-pengarah-strategik-dap","tag-pilihan-raya","tag-prn","tag-umno"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/11145","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=11145"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/11145\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":11146,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/11145\/revisions\/11146"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/9886"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=11145"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=11145"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=11145"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=11145"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}