{"id":11154,"date":"2026-06-04T08:17:55","date_gmt":"2026-06-04T08:17:55","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=11154"},"modified":"2026-06-04T08:17:55","modified_gmt":"2026-06-04T08:17:55","slug":"lapan-individu-dikompaun-rm200000-sebar-berita-palsu-krisis-bekalan-global","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/lapan-individu-dikompaun-rm200000-sebar-berita-palsu-krisis-bekalan-global\/","title":{"rendered":"Lapan individu dikompaun RM200,000 sebar berita palsu krisis bekalan global"},"content":{"rendered":"<p>Lapan individu dikenakan kompaun keseluruhan RM200,000 kerana menyebarkan hantaran palsu berkaitan krisis bekalan global, termasuk dakwaan tidak benar mengenai harga bahan api dan situasi di Selat Hormuz.<\/p>\n<p>Timbalan Menteri Komunikasi, Teo Nie Ching berkata setiap individu dikenakan kompaun RM25,000, manakala lima lagi kes telah dibawa ke mahkamah untuk tindakan lanjut.<\/p>\n<p>Menurut beliau, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) mengenal pasti lebih 600 hantaran palsu berkaitan isu tersebut sehingga 6 Mei lalu, sekali gus menunjukkan tahap penyebaran maklumat tidak sahih yang membimbangkan.<\/p>\n<p>\u201cAngka ini menggambarkan betapa seriusnya ancaman maklumat palsu dalam landskap media semasa.<\/p>\n<p>\u201cDi sinilah pentingnya fungsi media untuk terus menjadi benteng utama dalam menangkis penyebaran berita palsu serta sebarang bentuk manipulasi fakta,\u201d katanya ketika berucap pada Majlis Bersama Rakan Strategik sempena Hari Wartawan Nasional (HAWANA) 2026 di Kuala Lumpur, hari ini.<\/p>\n<p>Krisis bekalan global menjadi antara isu yang mendapat perhatian meluas sejak ketegangan geopolitik di Timur Tengah dan gangguan rantaian bekalan antarabangsa mencetuskan kebimbangan terhadap bekalan tenaga serta kenaikan kos sara hidup.<\/p>\n<p>Situasi itu turut membuka ruang kepada penyebaran pelbagai maklumat tidak tepat di media sosial yang berpotensi mencetuskan panik dalam kalangan masyarakat.<\/p>\n<p>Sehubungan itu, Nie Ching menegaskan media arus perdana perlu memainkan peranan lebih besar dalam memastikan masyarakat menerima maklumat yang tepat dan berasaskan fakta.<\/p>\n<p>\u201cDi tengah-tengah lambakan maklumat digital, media arus perdana mesti berfungsi sebagai ejen yang menapis dan menjernihkan kekeruhan maklumat, bukannya menambah kebisingan atau kekeliruan dalam masyarakat,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Dalam perkembangan berkaitan, beliau berkata Majlis Media Malaysia (MMM) kini melaksanakan Mekanisme Aduan Fasa 2 yang berkuat kuasa sejak 8 April lalu bagi memperkukuh tadbir urus kendiri industri media.<\/p>\n<p>Melalui mekanisme baharu itu, semua aduan perlu dikemukakan menerusi platform rasmi MMM dan tidak lagi melalui e-mel bagi memastikan proses pengurusan aduan lebih tersusun, telus dan profesional.<\/p>\n<p>Menurutnya lagi, sehingga 31 Mei lalu, MMM menerima 13 aduan melibatkan isu ketepatan laporan, penggunaan imej tanpa kebenaran serta kesan kandungan terhadap keharmonian sosial.<\/p>\n<p>Daripada jumlah itu, 11 aduan telah diselesaikan manakala dua lagi masih dalam proses semakan.<\/p>\n<p>Sementara itu, beliau berkata seramai 768 pengamal media telah menerima manfaat menerusi Tabung Kasih@HAWANA sejak inisiatif itu diperkenalkan pada 2023.<\/p>\n<p>Setakat ini, jumlah sumbangan yang disalurkan menerusi tabung berkenaan mencecah RM2.24 juta.<\/p>\n<p>Nie Ching berkata bantuan tersebut mencerminkan komitmen berterusan kerajaan dalam menjaga kebajikan pengamal media yang banyak menyumbang kepada penyampaian maklumat tepat dan sahih kepada masyarakat.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Lapan individu dikenakan kompaun keseluruhan RM200,000 kerana menyebarkan hantaran palsu berkaitan krisis bekalan global, termasuk dakwaan tidak benar mengenai harga bahan api dan situasi di Selat Hormuz. Timbalan Menteri Komunikasi, Teo Nie Ching berkata setiap individu dikenakan kompaun RM25,000, manakala lima lagi kes telah dibawa ke mahkamah untuk tindakan lanjut. Menurut beliau, Suruhanjaya Komunikasi dan [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":4510,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[3],"tags":[943,2718,344,838,184,16,36,33],"authors":[],"class_list":["post-11154","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-isu-semasa","tag-akta-komunikasi","tag-berita","tag-hawana","tag-kompaun","tag-komunikasi","tag-mcmc","tag-palsu","tag-teo-nie-ching"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/11154","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=11154"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/11154\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":11155,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/11154\/revisions\/11155"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/4510"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=11154"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=11154"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=11154"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=11154"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}