{"id":11164,"date":"2026-06-04T14:55:16","date_gmt":"2026-06-04T14:55:16","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=11164"},"modified":"2026-06-04T14:55:16","modified_gmt":"2026-06-04T14:55:16","slug":"pemuda-pas-rayu-umno-johor-pertimbang-hasrat-bertanding-solo-mahu-bekerjasama","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/pemuda-pas-rayu-umno-johor-pertimbang-hasrat-bertanding-solo-mahu-bekerjasama\/","title":{"rendered":"Pemuda PAS rayu UMNO Johor pertimbang hasrat bertanding solo, mahu bekerjasama"},"content":{"rendered":"<p>Pemuda PAS Malaysia merayu UMNO Johor agar mengkaji semula keputusan untuk bertanding secara solo pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor yang bakal berlangsung susulan pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor pada 1 Jun lalu.<\/p>\n<p>Pengarah Pilihan Raya Dewan Pemuda PAS Malaysia, Tengku Muhammad Fakhruddin Tengku Muhammad Fauzi berkata kerjasama politik antara PAS dan UMNO menerusi Muafakat Nasional (MN) berpotensi meningkatkan peluang kemenangan kedua-dua parti di negeri itu berdasarkan analisis keputusan pilihan raya sebelum ini.<\/p>\n<p>Menurut beliau, pengumuman Barisan Nasional (BN) akan bertanding di kesemua 56 kerusi DUN Johor wajar dinilai semula memandangkan landskap politik semasa memerlukan pendekatan yang lebih strategik.<\/p>\n<p>\u201cMelalui analisis yang dibuat, jika dua parti Melayu-Islam terbesar melakukan permuafakatan politik, sebanyak 11 kerusi Parlimen dan tujuh kerusi DUN di Johor berpotensi dimenangi.<\/p>\n<p>\u201cApalah kiranya jika BN mempertimbangkan semula keputusan bertanding solo dan berunding dengan PAS, parti yang berkongsi ideologi yang sama,\u201d katanya dalam satu kenyataan.<\/p>\n<p>Beliau berkata, pengalaman Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) dan PRN Johor sebelum ini menunjukkan pertembungan melibatkan tiga gabungan utama telah menyebabkan undi Melayu-Islam berpecah, sekali gus memberi kelebihan kepada pihak lawan.<\/p>\n<p>Menurutnya, PAS dan UMNO masing-masing mempunyai kekuatan serta pengaruh tersendiri di kawasan tertentu, namun pertandingan tiga penjuru boleh menjejaskan peluang kedua-dua parti untuk meraih kemenangan.<\/p>\n<p>\u201cJika PAS masuk bertanding di kawasan kubu UMNO dan berlaku pertandingan tiga penjuru atau lebih, ada beberapa kemungkinan sama ada UMNO menang, PAS menang atau PH menang.<\/p>\n<p>\u201cDisebabkan PAS dan UMNO berkongsi segmen pengundi yang sama, pertembungan tiga penjuru menguntungkan PH yang didominasi DAP,\u201d katanya.<\/p>\n<p>MN merupakan kerjasama politik yang dimeterai antara PAS dan UMNO pada 2019 selepas Pilihan Raya Umum ke-14.<\/p>\n<p>Kerjasama itu ketika itu dilihat berjaya menyatukan sokongan pengundi Melayu-Islam dan mencatat beberapa kemenangan dalam pilihan raya kecil.<\/p>\n<p>Namun, hubungan kedua-dua parti mula renggang selepas berlakunya perubahan landskap politik negara serta pembentukan pelbagai gabungan baharu.<\/p>\n<p>Mengulas perkara itu, Tengku Fakhruddin berkata MN masih relevan sebagai platform penyatuan politik Melayu-Islam dan mampu menyumbang kepada kestabilan politik negara.<\/p>\n<p>\u201cAdapun jika PAS dan UMNO menjayakan Muafakat Nasional, ia satu formula paling mujarab untuk pilihan raya dan kebaikan agama, bangsa serta tanah air. Titik mula Muafakat Nasional di Johor adalah sinar kesejahteraan Malaysia untuk hari mendatang,\u201d katanya.<\/p>\n<p>PRN Johor kali ini dijangka menjadi medan penting untuk menguji kekuatan parti-parti politik utama serta menilai kemungkinan kebangkitan semula kerjasama antara PAS dan UMNO selepas beberapa tahun hubungan kedua-duanya berada dalam keadaan tidak menentu.<\/p>\n<p>Setakat ini, UMNO Johor kekal dengan pendirian untuk bertanding secara bersendirian menerusi BN.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Pemuda PAS Malaysia merayu UMNO Johor agar mengkaji semula keputusan untuk bertanding secara solo pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor yang bakal berlangsung susulan pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor pada 1 Jun lalu. Pengarah Pilihan Raya Dewan Pemuda PAS Malaysia, Tengku Muhammad Fakhruddin Tengku Muhammad Fauzi berkata kerjasama politik antara PAS dan UMNO menerusi [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":11165,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[2],"tags":[630,126,171,103,4080,3372,4081,146],"authors":[],"class_list":["post-11164","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-politik","tag-johor","tag-pas","tag-pemuda","tag-prn","tag-rayu","tag-solo","tag-tengku-muhammad-fakhruddin-tengku-muhammad-fauzi","tag-umno"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/11164","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=11164"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/11164\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":11166,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/11164\/revisions\/11166"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/11165"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=11164"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=11164"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=11164"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=11164"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}