{"id":11172,"date":"2026-06-05T02:58:14","date_gmt":"2026-06-05T02:58:14","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=11172"},"modified":"2026-06-05T02:58:14","modified_gmt":"2026-06-05T02:58:14","slug":"dap-tangguh-konvensyen-kebangsaan-fokus-prn-johor-dan-negeri-sembilan","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/dap-tangguh-konvensyen-kebangsaan-fokus-prn-johor-dan-negeri-sembilan\/","title":{"rendered":"DAP tangguh konvensyen kebangsaan, fokus PRN Johor dan Negeri Sembilan"},"content":{"rendered":"<p>DAP memutuskan untuk menangguhkan Konvensyen Kebangsaan parti itu yang sebelum ini dijadualkan berlangsung pada 12 Julai kepada 16 Ogos bagi memberi tumpuan kepada persiapan menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor dan Negeri Sembilan.<\/p>\n<p>Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke berkata keputusan tersebut dibuat dalam mesyuarat Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC) parti yang berlangsung malam tadi selepas mengambil kira pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor dan Negeri Sembilan.<\/p>\n<p>Menurut beliau, tumpuan utama parti ketika ini adalah memastikan jentera pilihan raya bersedia sepenuhnya bagi menghadapi kedua-dua PRN berkenaan.<\/p>\n<p>\u201cDAP juga akan mempertahankan semua kerusi yang disandang di Johor dan Negeri Sembilan, selain bertanding di beberapa kerusi tambahan di Johor, tertakluk kepada keputusan rundingan secara muktamad dengan parti-parti komponen Pakatan Harapan menjelang hujung minggu ini,\u201d katanya dalam satu kenyataan hari ini.<\/p>\n<p>Loke berkata proses pemilihan calon yang akan mewakili DAP dalam kedua-dua pilihan raya negeri itu akan ditentukan oleh jawatankuasa pemilihan calon parti.<\/p>\n<p>Jawatankuasa tersebut turut dianggotai Pengerusi DAP Kebangsaan Gobind Singh Deo, Timbalan Pengerusi Kebangsaan Nga Kor Ming, Ketua Wanita Kebangsaan Teo Nie Ching dan Ketua Parlimen DAP Chong Chieng Jen.<\/p>\n<p>Beliau yang juga Menteri Pengangkutan menegaskan DAP akan menggerakkan seluruh kekuatan parti bagi memastikan kemenangan Pakatan Harapan dalam kedua-dua negeri tersebut.<\/p>\n<p>\u201cKami akan berkempen bersungguh-sungguh dalam kedua-dua PRN ini bagi memastikan kemenangan Pakatan Harapan,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Pembubaran DUN Johor dan Negeri Sembilan membuka laluan kepada pilihan raya negeri yang dijangka menjadi medan penting mengukur sokongan rakyat terhadap kerajaan perpaduan selepas beberapa siri pilihan raya kecil dan pilihan raya negeri sebelum ini.<\/p>\n<p>Pada 1 Jun lalu, Menteri Besar Johor, Onn Hafiz Ghazi mengumumkan pembubaran DUN Johor yang mempunyai 56 kerusi selepas mendapat perkenan Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail.<\/p>\n<p>Langkah itu diikuti Negeri Sembilan apabila Menteri Besarnya, Aminuddin Harun, mengumumkan pembubaran rasmi DUN negeri berkenaan yang mempunyai 36 kerusi selepas mendapat perkenan Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>DAP memutuskan untuk menangguhkan Konvensyen Kebangsaan parti itu yang sebelum ini dijadualkan berlangsung pada 12 Julai kepada 16 Ogos bagi memberi tumpuan kepada persiapan menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor dan Negeri Sembilan. Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke berkata keputusan tersebut dibuat dalam mesyuarat Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC) parti yang berlangsung malam tadi selepas mengambil [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":7806,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[2],"tags":[508,63,630,2356,1154,103,1111],"authors":[],"class_list":["post-11172","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-politik","tag-anthony-loke","tag-dap","tag-johor","tag-konvensyen","tag-negeri-sembilan","tag-prn","tag-tangguh"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/11172","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=11172"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/11172\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":11173,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/11172\/revisions\/11173"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/7806"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=11172"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=11172"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=11172"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=11172"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}