{"id":11180,"date":"2026-06-05T03:26:08","date_gmt":"2026-06-05T03:26:08","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=11180"},"modified":"2026-06-05T03:26:08","modified_gmt":"2026-06-05T03:26:08","slug":"hassan-mahu-berundur-dari-politik-tak-bertanding-lagi","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/hassan-mahu-berundur-dari-politik-tak-bertanding-lagi\/","title":{"rendered":"Hassan mahu berundur dari politik, tak bertanding lagi"},"content":{"rendered":"<p>Ahli Parlimen Pasir Gudang, Hassan Abdul Karim menyatakan hasrat untuk tidak bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor akan datang mahupun mempertahankan kerusi Parlimennya pada Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU-16), kerana merasakan sudah tiba masanya untuk memberi laluan kepada generasi baharu memimpin negara.<\/p>\n<p>Veteran PKR itu berkata faktor usia menjadi sebab utama beliau memilih untuk berundur daripada arena politik pilihan raya selepas lebih tiga dekad terlibat secara aktif dalam perjuangan politik.<\/p>\n<p>\u201cSaya sudah tua, sudah masuk generasi dinosaur. Sekarang sudah tidak cantik lagi jika umur saya 75 tahun masih mahu bertanding DUN. Buat malu sahaja,\u201d katanya dipetik laporan BH.<\/p>\n<p>Menurut Hassan, kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Parlimen sewajarnya diberikan kepada pemimpin muda yang mempunyai pendidikan tinggi, idea segar serta mampu membawa aspirasi baharu kepada rakyat.<\/p>\n<p>Beliau turut menyebut beberapa nama pemimpin yang disifatkannya sebagai mewakili generasi baharu politik negara, termasuk Rafizi Ramli, Khairy Jamaluddin, Nik Nazmi Nik Ahmad, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dan Nurul Izzah Anwar.<\/p>\n<p>Kenyataan Hassan dibuat selepas Menteri Besar Johor mengumumkan pembubaran DUN Johor pada Isnin lalu bagi memberi laluan kepada PRN-16.<\/p>\n<p>Hassan bukanlah nama asing dalam politik Johor.<\/p>\n<p>Beliau pernah bertanding di kawasan Pasir Gudang pada 1986 ketika kawasan itu masih berstatus DUN sebelum dinaik taraf menjadi kawasan Parlimen.<\/p>\n<p>Bagaimanapun, beliau tewas kepada calon Barisan Nasional pada pilihan raya tersebut.<\/p>\n<p>Sepanjang penglibatannya dalam politik, Hassan dikenali sebagai seorang pemimpin yang lantang menyuarakan pandangan, termasuk mengkritik dasar dan keputusan Kerajaan MADANI walaupun berasal daripada parti komponen kerajaan.<\/p>\n<p>Beliau berkata keputusan untuk tidak bertanding pada masa depan juga selaras dengan pendiriannya bahawa pemimpin veteran perlu memberi peluang kepada pelapis muda untuk mengambil alih tanggungjawab kepimpinan negara.<\/p>\n<p>\u201cBagi kerusi Parlimen pun saya sudah umum akan berundur apabila Parlimen dibubarkan nanti. Saya tidak akan bertanding kerusi Pasir Gudang dalam PRU-16,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Hassan turut mengajak rakan-rakan seperjuangannya yang seusia dengannya supaya mempertimbangkan langkah yang sama demi memastikan proses peralihan kepimpinan dapat dilakukan dengan lebih teratur.<\/p>\n<p>\u201cUsia hayat lelaki Malaysia ialah 74 tahun. Lazimnya pada usia Jurassic Park itu, rumah kata pergi, kubur kata mari. Mereka semua ini elok bersama-sama saya berundur dari pentas politik pilihan raya. Berilah peluang kepada generasi muda pula,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Beliau menegaskan masa depan politik negara memerlukan lebih ramai pemimpin muda yang berwibawa untuk meneruskan agenda pembangunan dan pembaharuan demi kepentingan rakyat.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Ahli Parlimen Pasir Gudang, Hassan Abdul Karim menyatakan hasrat untuk tidak bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor akan datang mahupun mempertahankan kerusi Parlimennya pada Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU-16), kerana merasakan sudah tiba masanya untuk memberi laluan kepada generasi baharu memimpin negara. Veteran PKR itu berkata faktor usia menjadi sebab utama beliau memilih untuk [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":1821,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[2],"tags":[3885,1118,309,1821,633,9,103],"authors":[],"class_list":["post-11180","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-politik","tag-bersara","tag-hassan-karim","tag-parlimen","tag-pasir-gudang","tag-pilihan-raya","tag-pkr","tag-prn"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/11180","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=11180"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/11180\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":11181,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/11180\/revisions\/11181"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/1821"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=11180"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=11180"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=11180"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=11180"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}