{"id":11200,"date":"2026-06-05T07:24:27","date_gmt":"2026-06-05T07:24:27","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=11200"},"modified":"2026-06-05T07:24:27","modified_gmt":"2026-06-05T07:24:27","slug":"bubar-dun-negeri-sembilan-jalan-terbaik-tamatkan-ketidaktentuan-anwar","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/bubar-dun-negeri-sembilan-jalan-terbaik-tamatkan-ketidaktentuan-anwar\/","title":{"rendered":"Bubar DUN Negeri Sembilan jalan terbaik tamatkan ketidaktentuan: Anwar"},"content":{"rendered":"<p>Anwar Ibrahim menyifatkan pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Negeri Sembilan bagi memberi laluan kepada Pilihan Raya Negeri (PRN) sebagai langkah terbaik untuk meredakan ketidaktentuan yang timbul susulan krisis pertikaian takhta di negeri itu.<\/p>\n<p>Menurut Perdana Menteri, kerajaan Persekutuan memandang serius perkembangan yang melibatkan aspek adat dan perlembagaan Negeri Sembilan kerana ia berpotensi menjejaskan kedudukan Institusi Raja jika tidak ditangani dengan baik.<\/p>\n<p>\u201cInstitusi Raja ini mesti ada peraturannya, kaedahnya dan kemuliaannya. Kalau digugat sebegini rupa, ia tidak baik.<\/p>\n<p>\u201cSaya tidak menafikan hak sesiapa untuk menggunakan saluran undang-undang dan perlembagaan negeri, tetapi apa-apa tindakan yang melibatkan kedudukan Raja mempunyai implikasi besar kepada negara dan keamanan,\u201d katanya selepas menunaikan solat Jumaat di Masjid Meranti hari ini.<\/p>\n<p>Krisis berkenaan kembali menjadi perhatian selepas Tunku Nadzaruddin Tuanku Ja\u2019afar dimasyhurkan sebagai Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan dalam satu majlis yang berlangsung di sebuah resort di Melaka hari ini.<\/p>\n<p>Pemasyhuran itu diisytiharkan oleh Undang Luak Jelebu, Maarof Mat Rashad, yang mewakili Undang Yang Empat.<\/p>\n<p>Perkembangan tersebut menghangatkan lagi pertikaian berkaitan kedudukan Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan yang ketika ini disandang oleh Tuanku Muhriz Tuanku Munawir.<\/p>\n<p>Mengulas perkara itu, Anwar berkata kerajaan Persekutuan tetap mengiktiraf Tuanku Muhriz sebagai Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan berdasarkan susur galur dan kedudukan semasa mengikut perlembagaan negeri.<\/p>\n<p>\u201cBagi kita, kita tetap pertahankan kedudukan, kemuliaan dan kedaulatan Raja. Kita masih bekerja dan mengiktiraf kedudukan Tuanku Muhriz sebagai Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan.<\/p>\n<p>\u201cJika ada pandangan lain, ia perlu dibuat mengikut jalur yang sah tanpa menimbulkan keresahan rakyat atau mempersulit urusan kerajaan negeri,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Beliau turut melahirkan kebimbangan terhadap beberapa tindakan yang diambil dalam krisis tersebut, termasuk pengisytiharan yang dibuat di sebuah hotel, yang menurutnya boleh menjejaskan imej institusi berkenaan.<\/p>\n<p>\u201cKita sebagai Kerajaan Persekutuan walaupun tidak terlibat secara langsung, mempunyai tanggungjawab untuk memberi nasihat. Sistem Raja bukan sekadar nama, tetapi melibatkan kemuliaan serta peraturan yang perlu dihormati,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Sehubungan itu, Anwar menyatakan sokongan terhadap cadangan Menteri Besar Negeri Sembilan, Aminuddin Harun supaya pilihan raya diadakan bagi menamatkan ketidaktentuan politik dan pentadbiran yang berlaku.<\/p>\n<p>\u201cSaya menyokong penuh kenyataan Menteri Besar bahawa dalam keadaan simpang-siur dan ketidaktentuan ini, jalan terbaik ialah mengadakan pilihan raya.<\/p>\n<p>\u201cKita tetap bersama Tuanku Muhriz, manakala mana-mana pihak lain boleh meneruskan proses mengikut saluran yang dibenarkan undang-undang,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Negeri Sembilan mengamalkan sistem pemerintahan unik yang berasaskan Adat Perpatih, di mana Yang di-Pertuan Besar dipilih oleh Undang Yang Empat daripada kerabat diraja yang layak.<\/p>\n<p>Sebarang pertikaian berkaitan pelantikan atau kedudukan pemerintah negeri lazimnya melibatkan tafsiran adat serta peruntukan perlembagaan negeri.<\/p>\n<p>Dalam perkembangan lain, Anwar berkata Pakatan Harapan (PH) kini memberi tumpuan kepada persiapan menghadapi PRN di Johor dan Negeri Sembilan, sambil terus menekankan usaha menangani isu ekonomi dan kebajikan rakyat.<\/p>\n<p>\u201cKita akan buat sedaya upaya. Fokus utama tetap kepada ekonomi dan masalah rakyat, tetapi apabila pilihan raya perlu diadakan, kita akan hadapinya,\u201d katanya.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Anwar Ibrahim menyifatkan pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Negeri Sembilan bagi memberi laluan kepada Pilihan Raya Negeri (PRN) sebagai langkah terbaik untuk meredakan ketidaktentuan yang timbul susulan krisis pertikaian takhta di negeri itu. Menurut Perdana Menteri, kerajaan Persekutuan memandang serius perkembangan yang melibatkan aspek adat dan perlembagaan Negeri Sembilan kerana ia berpotensi menjejaskan kedudukan Institusi [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":9125,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[2],"tags":[3686,13,549,409,1154,633,18,103],"authors":[],"class_list":["post-11200","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-politik","tag-aminuddin-harun","tag-anwar","tag-bubar","tag-dun","tag-negeri-sembilan","tag-pilihan-raya","tag-pmx","tag-prn"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/11200","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=11200"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/11200\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":11201,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/11200\/revisions\/11201"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/9125"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=11200"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=11200"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=11200"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=11200"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}