{"id":11202,"date":"2026-06-05T08:05:53","date_gmt":"2026-06-05T08:05:53","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=11202"},"modified":"2026-06-05T08:05:53","modified_gmt":"2026-06-05T08:05:53","slug":"tuanku-muhriz-masih-sah-sebagai-yang-di-pertuan-besar-pmx","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/tuanku-muhriz-masih-sah-sebagai-yang-di-pertuan-besar-pmx\/","title":{"rendered":"Tuanku Muhriz masih sah sebagai Yang di-Pertuan Besar: PMX"},"content":{"rendered":"<p>Kerajaan Persekutuan menegaskan bahawa Tuanku Muhriz Tuanku Munawir kekal diiktiraf sebagai Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, meskipun wujud usaha untuk memasyhurkan Tunku Nadzaruddin Tuanku Ja\u2019afar sebagai pemerintah baharu negeri itu.<\/p>\n<p>Perdana Menteri Anwar Ibrahim, berkata pendirian rasmi kerajaan dibuat berdasarkan peruntukan undang-undang dan Perlembagaan yang sah, sambil mengingatkan semua pihak agar sebarang pertikaian berkaitan institusi diraja diselesaikan menerusi saluran perundangan yang betul.<\/p>\n<p>\u201cKrisis di Negeri Sembilan tentunya sedikit menggusarkan kerana institusi Raja ada peraturan, kaedah dan cara kemuliaannya.<\/p>\n<p>\u201cJika digugat begini rupa, ia mesej yang sangat tidak baik,\u201d katanya ketika ditemui selepas menunaikan solat Jumaat di Masjid Meranti hari ini.<\/p>\n<p>Menurut beliau, sesiapa sahaja mempunyai hak untuk mengemukakan pandangan atau cabaran melalui saluran undang-undang dan Perlembagaan negeri, namun tindakan sedemikian perlu disokong dengan hujah yang kukuh memandangkan implikasinya amat besar terhadap kestabilan negara.<\/p>\n<p>\u201cSaya tidak menafikan hak sesiapa ikut saluran undang-undang dan Perlembagaan negeri tetapi hujah harus kuat.<\/p>\n<p>\u201cSebab ini kita pandang berat dan saya sudah memberi pandangan ini kepada pihak berkenaan,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Anwar turut menegaskan kerajaan akan terus mempertahankan kedudukan, kemuliaan dan kedaulatan institusi Raja-Raja Melayu yang menjadi sebahagian daripada asas sistem pemerintahan negara.<\/p>\n<p>\u201cKita sebagai Kerajaan Persekutuan, walaupun tidak terbabit secara langsung, harus memberikan nasihat.<\/p>\n<p>\u201cSistem raja ini bukan hanya namanya, tetapi kemuliaannya, beberapa kaedah dan peraturannya. Sebab ini kita tetap pertahankan kedudukan, kemuliaan dan kedaulatan raja,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Terdahulu, media melaporkan Tunku Nadzaruddin dimasyhurkan sebagai Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan dalam satu majlis di sebuah resort di Melaka.<\/p>\n<p>Pemasyhuran itu diumumkan oleh Undang Luak Jelebu, Maarof Mat Rashad, yang mendakwa mewakili Undang Yang Empat.<\/p>\n<p>Krisis yang berlarutan ini mendapat perhatian ramai kerana Negeri Sembilan mempunyai sistem pemilihan Yang di-Pertuan Besar yang unik berasaskan adat Perpatih, di mana pemilihan pemerintah negeri melibatkan peranan Undang Yang Empat.<\/p>\n<p>Sebarang pertikaian berkaitan institusi tersebut dilihat berpotensi memberi kesan kepada kestabilan politik dan keharmonian negeri jika tidak ditangani mengikut peruntukan Perlembagaan dan adat yang ditetapkan.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Kerajaan Persekutuan menegaskan bahawa Tuanku Muhriz Tuanku Munawir kekal diiktiraf sebagai Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, meskipun wujud usaha untuk memasyhurkan Tunku Nadzaruddin Tuanku Ja\u2019afar sebagai pemerintah baharu negeri itu. Perdana Menteri Anwar Ibrahim, berkata pendirian rasmi kerajaan dibuat berdasarkan peruntukan undang-undang dan Perlembagaan yang sah, sambil mengingatkan semua pihak agar sebarang pertikaian berkaitan institusi [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":9462,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[3],"tags":[13,197,18,103,3684,4088],"authors":[],"class_list":["post-11202","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-isu-semasa","tag-anwar","tag-perdana-menteri","tag-pmx","tag-prn","tag-tuanku-muhriz-tuanku-munawir","tag-yang-di-pertuan-besar"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/11202","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=11202"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/11202\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":11203,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/11202\/revisions\/11203"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/9462"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=11202"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=11202"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=11202"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=11202"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}