{"id":11214,"date":"2026-06-05T11:36:37","date_gmt":"2026-06-05T11:36:37","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=11214"},"modified":"2026-06-05T11:36:37","modified_gmt":"2026-06-05T11:36:37","slug":"rundingan-kerjasama-bn-ph-di-negeri-sembilan-masih-terbuka-zahid","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/rundingan-kerjasama-bn-ph-di-negeri-sembilan-masih-terbuka-zahid\/","title":{"rendered":"Rundingan kerjasama BN-PH di Negeri Sembilan masih terbuka: Zahid"},"content":{"rendered":"<p>Barisan Nasional (BN) menegaskan pintu rundingan dengan Pakatan Harapan (PH) di Negeri Sembilan masih terbuka meskipun gabungan itu sebelum ini menyatakan hasrat untuk bertanding secara solo pada Pilihan Raya Negeri (PRN).<\/p>\n<p>Pengerusi BN, Ahmad Zahid Hamidi berkata masih terlalu awal untuk membuat kesimpulan kerjasama antara kedua-dua gabungan dalam Kerajaan Perpaduan di negeri itu tidak dapat diteruskan.<\/p>\n<p>Menurut beliau, BN bersedia menghadapi PRN Negeri Sembilan walau apa juga keputusan yang dibuat oleh pentadbiran kerajaan negeri dan parti-parti komponen dalam PH.<\/p>\n<p>\u201cKita bersedia menghadapi pilihan raya di Negeri Sembilan ini biarpun itu adalah keputusan daripada pentadbiran kerajaan negeri melalui parti-parti komponen dalam PH.<\/p>\n<p>\u201cTentunya kita sangat terbuka bukan sahaja untuk terus mengekalkan Kerajaan Perpaduan di Negeri Sembilan, namun terlalu awal untuk kita tidak mengadakan perundingan bagi menentukan bahawa Kerajaan Perpaduan akan dikekalkan,\u201d katanya selepas menghadiri program Walkabout Karnival Hari TVET Negara 2026 hari ini.<\/p>\n<p>Kenyataan itu dibuat susulan perkembangan terkini politik Negeri Sembilan apabila Menteri Besar, Aminuddin Harun mengumumkan pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) berkuat kuasa hari ini bagi memberi laluan kepada PRN ke-16.<\/p>\n<p>Menurut Aminuddin, pembubaran tersebut dilakukan selepas mendapat perkenan Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir dalam satu majlis menghadap di Istana Besar Seri Menanti semalam.<\/p>\n<p>Sebelum ini, PH dilaporkan telah menyelesaikan pembahagian kerusi dan berhasrat bertanding di kesemua 36 kerusi DUN Negeri Sembilan, sekali gus mencetuskan spekulasi bahawa gabungan itu akan bergerak tanpa kerjasama rasmi dengan BN dalam pilihan raya negeri berkenaan.<\/p>\n<p>Negeri Sembilan menjadi negeri kedua membubarkan DUN bagi memberi laluan kepada pilihan raya negeri selepas Johor yang mengambil langkah sama pada Isnin lalu.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Barisan Nasional (BN) menegaskan pintu rundingan dengan Pakatan Harapan (PH) di Negeri Sembilan masih terbuka meskipun gabungan itu sebelum ini menyatakan hasrat untuk bertanding secara solo pada Pilihan Raya Negeri (PRN). Pengerusi BN, Ahmad Zahid Hamidi berkata masih terlalu awal untuk membuat kesimpulan kerjasama antara kedua-dua gabungan dalam Kerajaan Perpaduan di negeri itu tidak dapat [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":11208,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[2],"tags":[147,1037,1136,285,1154,727,103],"authors":[],"class_list":["post-11214","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-politik","tag-ahmad-zahid-hamidi","tag-barisan-nasional","tag-kerajaan-perpaduan","tag-madani","tag-negeri-sembilan","tag-pakatan-harapan","tag-prn"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/11214","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=11214"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/11214\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":11215,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/11214\/revisions\/11215"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/11208"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=11214"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=11214"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=11214"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=11214"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}