{"id":11220,"date":"2026-06-06T03:54:40","date_gmt":"2026-06-06T03:54:40","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=11220"},"modified":"2026-06-06T03:54:40","modified_gmt":"2026-06-06T03:54:40","slug":"melaka-belum-sedia-bubar-dun-fokus-selesai-urusan-rakyat-ab-rauf","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/melaka-belum-sedia-bubar-dun-fokus-selesai-urusan-rakyat-ab-rauf\/","title":{"rendered":"Melaka belum sedia bubar DUN, fokus selesai urusan rakyat: Ab Rauf"},"content":{"rendered":"<p>Kerajaan Melaka belum bercadang membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) pada masa terdekat meskipun Johor dan Negeri Sembilan telah mengambil langkah tersebut bagi membuka laluan kepada Pilihan Raya Negeri (PRN).<\/p>\n<p>Ketua Menterinya, Ab Rauf Yusoh berkata kerajaan negeri masih mempunyai beberapa urusan pentadbiran serta agenda kebajikan rakyat yang perlu diselesaikan sebelum sebarang keputusan mengenai pembubaran DUN dibuat.<\/p>\n<p>Menurut beliau, pentadbiran negeri akan terus berjalan seperti biasa sehingga satu tarikh yang sesuai diputuskan dan diumumkan secara rasmi.<\/p>\n<p>\u201cKita akan terus menjalankan urusan kerajaan bagi menyantuni hal ehwal rakyat sehingga satu tarikh yang akan diumumkan secara rasmi.<\/p>\n<p>\u201cKita juga akan menghantar jentera untuk membantu pilihan raya di kedua-dua negeri itu dan selepas keputusan pilihan raya tersebut barulah kita fikirkan waktu yang sesuai,\u201d katanya selepas menghadiri majlis doa selamat sempena kepulangannya daripada menunaikan ibadah haji di kediamannya di Kampung Pulau, Masjid Tanah, pada malam Sabtu.<\/p>\n<p>Mengulas lanjut, Ab Rauf berkata tempoh hayat DUN Melaka hanya akan berakhir pada 30 Disember 2026, sekali gus memberi ruang kepada kerajaan negeri untuk menentukan masa paling sesuai bagi mengadakan pilihan raya.<\/p>\n<p>\u201cNamun suasana dan keadaan di Johor tidak sama dengan Melaka, begitu juga keadaan di Negeri Sembilan yang tidak memerlukan Melaka membubarkan DUN dalam keadaan segera.<\/p>\n<p>\u201cSehingga hari ini saya belum mendapat ilham bila lagi nak dibubarkan DUN Melaka,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Beliau turut menegaskan tiada sebarang tekanan daripada mana-mana pihak yang mendesak supaya pilihan raya negeri diadakan lebih awal.<\/p>\n<p>\u201cSaya tidak tertekan dengan mana-mana pihak yang mendesak supaya Melaka membubarkan DUN kerana saya mempunyai perkiraan dan aturan yang perlu diselesaikan mengikut pentadbiran kerajaan.<\/p>\n<p>\u201cKita tak nak melihat mengikut muzik yang dimainkan oleh orang lain. Kita tak akan menari mengikut muzik mereka. Rentak mereka, rentak mereka. Rentak Melaka, rentak Melaka,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Ditanya mengenai kemungkinan Melaka mengadakan pilihan raya serentak dengan negeri lain, beliau tidak menolak perkara tersebut namun enggan membuat sebarang spekulasi.<\/p>\n<p>\u201cPolitik ini seni seribu satu kemungkinan. Apa pun, tunggu dan lihat,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Melaka sebelum ini mengadakan Pilihan Raya Negeri pada November 2021 selepas kerajaan negeri ketika itu tumbang susulan penarikan sokongan empat Ahli Dewan Undangan Negeri.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Kerajaan Melaka belum bercadang membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) pada masa terdekat meskipun Johor dan Negeri Sembilan telah mengambil langkah tersebut bagi membuka laluan kepada Pilihan Raya Negeri (PRN). Ketua Menterinya, Ab Rauf Yusoh berkata kerajaan negeri masih mempunyai beberapa urusan pentadbiran serta agenda kebajikan rakyat yang perlu diselesaikan sebelum sebarang keputusan mengenai pembubaran DUN [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":10524,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[2],"tags":[2680,549,409,192,103],"authors":[],"class_list":["post-11220","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-politik","tag-ab-rauf-yusoh","tag-bubar","tag-dun","tag-melaka","tag-prn"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/11220","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=11220"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/11220\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":11221,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/11220\/revisions\/11221"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/10524"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=11220"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=11220"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=11220"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=11220"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}