{"id":11225,"date":"2026-06-06T04:09:27","date_gmt":"2026-06-06T04:09:27","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=11225"},"modified":"2026-06-06T04:09:27","modified_gmt":"2026-06-06T04:09:27","slug":"gerakan-dakwa-pas-bertindak-sendiri-cadang-tubuh-pn-tiada-perbincangan","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/gerakan-dakwa-pas-bertindak-sendiri-cadang-tubuh-pn-tiada-perbincangan\/","title":{"rendered":"Gerakan dakwa PAS bertindak sendiri cadang tubuh PN+, tiada perbincangan"},"content":{"rendered":"<p>Gerakan mendakwa PAS tidak pernah membincangkan cadangan penubuhan Perikatan Nasional Plus (PN+) dengan parti-parti komponen dalam gabungan itu, sebaliknya perkara berkenaan hanya diketahui menerusi laporan media.<\/p>\n<p>Timbalan Presiden Gerakan, Oh Tong Keong berkata cadangan yang dikaitkan dengan PAS itu tidak pernah dibangkitkan dalam mana-mana mesyuarat Perikatan Nasional (PN) sebelum ini.<\/p>\n<p>Malah, beliau memaklumkan gabungan berkenaan sudah lama tidak mengadakan mesyuarat rasmi.<\/p>\n<p>\u201cSetakat ini belum ada tarikh ditetapkan untuk mesyuarat PN. Kali terakhir kami berbincang mengenai isu berkaitan pilihan raya serta khabar angin mengenai usaha mengambil alih sebuah parti politik sedia ada. Namun, soal PN+ tidak pernah dibangkitkan langsung,\u201d katanya dipetik laporan BH.<\/p>\n<p>Beliau mengulas kenyataan Timbalan Pengerusi PN, Tuan Ibrahim Tuan Man yang berkata PAS sedang berusaha merealisasikan pembentukan PN+ melalui penggabungan beberapa komponen dan gerakan politik baharu.<\/p>\n<p>Menurut Tong Keong, Gerakan tidak dimaklumkan mengenai sebarang perancangan tersebut dan berpendapat cadangan itu dibuat tanpa perbincangan bersama rakan-rakan dalam gabungan.<\/p>\n<p>Isu PN+ timbul ketika hubungan antara PAS dan Bersatu dilihat kembali tegang susulan beberapa perkembangan dalaman yang melibatkan kedua-dua parti.<\/p>\n<p>Sebelum ini, Majlis Syura Ulama PAS menyuarakan kebimbangan terhadap konflik dalaman Bersatu yang dikatakan boleh menjejaskan kekuatan, kestabilan serta keyakinan rakyat terhadap hala tuju PN.<\/p>\n<p>Majlis itu turut menyerahkan mandat kepada Jawatankuasa Kerja PAS Pusat untuk mengambil tindakan yang difikirkan sesuai berdasarkan kepentingan dan perjuangan parti.<\/p>\n<p>Mengulas kemungkinan Gerakan meninggalkan PN sekiranya Bersatu tidak lagi bersama gabungan itu, Tong Keong berkata tiada keputusan dibuat setakat ini.<\/p>\n<p>\u201cKita akan menilai semua perkembangan secara menyeluruh selepas keputusan muktamad dicapai oleh PN. Pandangan dan sentimen pengundi, khususnya di Pulau Pinang, juga akan diambil kira,\u201d katanya.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Gerakan mendakwa PAS tidak pernah membincangkan cadangan penubuhan Perikatan Nasional Plus (PN+) dengan parti-parti komponen dalam gabungan itu, sebaliknya perkara berkenaan hanya diketahui menerusi laporan media. Timbalan Presiden Gerakan, Oh Tong Keong berkata cadangan yang dikaitkan dengan PAS itu tidak pernah dibangkitkan dalam mana-mana mesyuarat Perikatan Nasional (PN) sebelum ini. Malah, beliau memaklumkan gabungan berkenaan [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":3753,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[2],"tags":[73,289,288,126,541,951,2661],"authors":[],"class_list":["post-11225","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-politik","tag-bersatu","tag-gerakan","tag-oh-tong-keong","tag-pas","tag-perikatan-nasional","tag-pn","tag-tuan-ibrahim-tuan-man"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/11225","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=11225"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/11225\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":11226,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/11225\/revisions\/11226"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/3753"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=11225"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=11225"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=11225"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=11225"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}