{"id":11236,"date":"2026-06-06T08:09:39","date_gmt":"2026-06-06T08:09:39","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=11236"},"modified":"2026-06-06T08:09:39","modified_gmt":"2026-06-06T08:09:39","slug":"polis-gagalkan-cubaan-seludup-dadah-rm57-juta-di-muar","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/polis-gagalkan-cubaan-seludup-dadah-rm57-juta-di-muar\/","title":{"rendered":"Polis gagalkan cubaan seludup dadah RM57 juta di Muar"},"content":{"rendered":"<p>Polis berjaya menumpaskan satu cubaan menyeludup dadah bernilai lebih RM57 juta ke negara jiran selepas menahan dua individu dalam satu operasi khas di kawasan Parit Amat Laut, awal pagi semalam.<\/p>\n<p>Serbuan yang dijalankan kira-kira pukul 12.30 tengah malam itu membabitkan kerjasama Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah Dua Johor dan Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Muar menerusi Op Taring Landai-Intra\/Inter Agensi.<\/p>\n<p>Komander PPM Wilayah Dua Johor, Noor Azman Jamal berkata, operasi berkenaan dilancarkan hasil maklumat risikan yang mengesan aktiviti penyeludupan dadah di kawasan berkenaan.<\/p>\n<p>\u201cSetibanya di lokasi kejadian, pihak polis mengesan sebuah bot dan beberapa kenderaan dalam keadaan mencurigakan. Pemerhatian awal mendapati beberapa individu sedang memunggah bungkusan yang disyaki mengandungi dadah ke dalam bot yang dipercayai untuk diseludup ke negara jiran,\u201d katanya dalam kenyataan hari ini.<\/p>\n<p>Menurut beliau, pihak polis kemudian menyerbu lokasi tersebut dan berjaya menahan dua suspek warga tempatan terdiri daripada seorang lelaki berusia 63 tahun dan seorang wanita berusia 43 tahun yang dipercayai berperanan sebagai penghantar dadah.<\/p>\n<p>Hasil pemeriksaan lanjut menemui sejumlah guni dan plastik hitam yang disembunyikan di dalam bot serta bonet beberapa kenderaan.<\/p>\n<p>Rampasan itu membabitkan 517 bungkusan plastik bertanda \u201cGuanyinwang\u201d yang disyaki mengandungi syabu seberat 549 kilogram, selain 191,268 biji pil ekstasi dan 4,000 katrij cecair vape jenis Yakuza.<\/p>\n<p>Keseluruhan dadah yang dirampas dianggarkan bernilai RM57.15 juta.<\/p>\n<p>Selain itu, polis turut menyita tujuh buah kereta bernilai RM204,487 serta sebuah sampan fiber bersama dua enjin Yamaha Enduro 85 kuasa kuda bernilai RM70,000.<\/p>\n<p>Nilai keseluruhan rampasan termasuk dadah dianggarkan melebihi RM57.42 juta.<\/p>\n<p>Semua suspek dan barang rampasan dibawa ke IPD Muar untuk siasatan lanjut. Kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952, Seksyen 130V(1) Kanun Keseksaan dan Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.<\/p>\n<p>Noor Azman berkata, pihaknya akan terus memperhebat operasi membanteras kegiatan penyeludupan dadah yang menggunakan laluan perairan negara.<\/p>\n<p>\u201cMasyarakat diseru menyalurkan maklumat kepada polis bagi membantu usaha membanteras sindiket dadah serta memastikan keselamatan dan ketenteraman awam terus terpelihara,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Pantai barat Johor, termasuk kawasan perairan Muar dan Batu Pahat, sejak sekian lama dikenal pasti sebagai antara laluan yang sering digunakan sindiket untuk menyeludup dadah ke negara jiran kerana kedudukannya yang strategik serta mempunyai banyak laluan keluar masuk melalui sungai dan pesisir pantai.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Polis berjaya menumpaskan satu cubaan menyeludup dadah bernilai lebih RM57 juta ke negara jiran selepas menahan dua individu dalam satu operasi khas di kawasan Parit Amat Laut, awal pagi semalam. Serbuan yang dijalankan kira-kira pukul 12.30 tengah malam itu membabitkan kerjasama Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah Dua Johor dan Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":394,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[3],"tags":[511,2219,4091,94,1581],"authors":[],"class_list":["post-11236","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-isu-semasa","tag-dadah","tag-muar","tag-parit-amat-laut","tag-polis","tag-seludup"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/11236","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=11236"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/11236\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":11237,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/11236\/revisions\/11237"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/394"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=11236"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=11236"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=11236"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=11236"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}