{"id":11240,"date":"2026-06-06T08:20:17","date_gmt":"2026-06-06T08:20:17","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=11240"},"modified":"2026-06-06T08:20:17","modified_gmt":"2026-06-06T08:20:17","slug":"kerajaan-pulau-pinang-sokong-pru-16-tidak-diawalkan-fokus-isu-ekonomi-negara","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/kerajaan-pulau-pinang-sokong-pru-16-tidak-diawalkan-fokus-isu-ekonomi-negara\/","title":{"rendered":"Kerajaan Pulau Pinang sokong PRU-16 tidak diawalkan, fokus isu ekonomi negara"},"content":{"rendered":"<p>Kerajaan Pulau Pinang menyokong pendirian Perdana Menteri bahawa Pilihan Raya Umum Ke-16 (PRU-16) tidak perlu diadakan pada masa terdekat, sebaliknya memberi keutamaan kepada usaha memperkukuh ekonomi dan menangani cabaran semasa yang dihadapi negara.<\/p>\n<p>Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow berkata negara berdepan situasi yang mencabar susulan ketidaktentuan ekonomi global dan perkembangan geopolitik yang memberi kesan langsung kepada rakyat serta sektor perniagaan.<\/p>\n<p>Menurut beliau, perubahan landskap geopolitik dunia sejak tahun lalu, termasuk isu kenaikan tarif perdagangan dan konflik berterusan di Asia Barat, telah menjejaskan kestabilan ekonomi serta menyebabkan peningkatan kos tenaga yang turut dirasai Malaysia.<\/p>\n<p>\u201cKita faham bahawa negara kita kini dalam satu fasa yang amat mencabar ekoran perubahan geopolitik dunia yang sudah mula sejak tahun lepas khususnya dengan isu kenaikan tarif.<\/p>\n<p>\u201cKemudian, perang di Asia Barat memburukkan lagi keadaan dari segi sumber dan harga tenaga yang turut membawa impak besar kepada negara kita,\u201d katanya selepas menghadiri program Perayaan Warisan George Town 2026 di George Town hari ini.<\/p>\n<p>Kon Yeow berkata dalam keadaan semasa, kerajaan perlu menumpukan sepenuh perhatian kepada pembangunan negara dan usaha menangani pelbagai isu yang memberi kesan kepada kesejahteraan rakyat.<\/p>\n<p>\u201cJusteru, dalam suasana ini, saya percaya bahawa Perdana Menteri ingin menumpukan perhatian kepada pembangunan negara, menangani isu-isu berkaitan dan memantapkan keadaan,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Beliau turut berpandangan tiada keperluan untuk mengadakan pilihan raya mengejut memandangkan tempoh pentadbiran kerajaan Persekutuan dan beberapa kerajaan negeri masih berbaki.<\/p>\n<p>\u201cPada peringkat ini, saya melihat mungkin tidak perlu ada pilihan raya mengejut diadakan dan menggunakan masa yang masih ada untuk menumpukan perhatian kepada isu negara serta pembangunan negara,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Tambah beliau, Pulau Pinang akan terus menyelaraskan pendiriannya dengan keputusan yang dibuat di peringkat Persekutuan demi kepentingan rakyat dan negara.<\/p>\n<p>\u201cDi Pulau Pinang kita memang selari dengan hasrat ini. Saya pun pernah cakap, kita akan ikut apa yang diputuskan, apa yang terbaik sekali untuk negeri dan untuk negara,\u201d katanya.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Kerajaan Pulau Pinang menyokong pendirian Perdana Menteri bahawa Pilihan Raya Umum Ke-16 (PRU-16) tidak perlu diadakan pada masa terdekat, sebaliknya memberi keutamaan kepada usaha memperkukuh ekonomi dan menangani cabaran semasa yang dihadapi negara. Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow berkata negara berdepan situasi yang mencabar susulan ketidaktentuan ekonomi global dan perkembangan geopolitik yang memberi [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":3476,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[2],"tags":[226,63,68,1572,585,633,548,67],"authors":[],"class_list":["post-11240","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-politik","tag-chow-kon-yeow","tag-dap","tag-ekonomi","tag-ketua-menteri","tag-krisis","tag-pilihan-raya","tag-pru","tag-pulau-pinang"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/11240","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=11240"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/11240\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":11241,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/11240\/revisions\/11241"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/3476"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=11240"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=11240"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=11240"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=11240"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}