{"id":11247,"date":"2026-06-06T09:51:34","date_gmt":"2026-06-06T09:51:34","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=11247"},"modified":"2026-06-06T09:51:34","modified_gmt":"2026-06-06T09:51:34","slug":"agc-teliti-dua-kertas-siasatan-libatkan-azam-baki","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/agc-teliti-dua-kertas-siasatan-libatkan-azam-baki\/","title":{"rendered":"AGC teliti dua kertas siasatan libatkan Azam Baki"},"content":{"rendered":"<p>Pejabat Peguam Negara (AGC) mengesahkan masih meneliti dua kertas siasatan yang dikemukakan Polis Diraja Malaysia (PDRM) membabitkan bekas ketua pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Azam Baki.<\/p>\n<p>Peguam Negara, Mohd Dusuki Mokhtar berkata kedua-dua kertas siasatan itu diterima pada Khamis lalu dan sehingga kini belum ada sebarang keputusan dibuat mengenainya.<\/p>\n<p>\u201cKedua-dua kertas siasatan terbabit kita terima Khamis lalu dan AGC masih meneliti kertas-kertas siasatan tersebut. Belum ada apa-apa keputusan dibuat setakat ini mengenainya,\u201d katanya dipetik laporan BH.<\/p>\n<p>Menurut beliau, AGC memerlukan sedikit masa untuk membuat penelitian menyeluruh sebelum menentukan tindakan lanjut yang bersesuaian.<\/p>\n<p>\u201cSedikit masa diperlukan untuk penelitian dibuat bagi apa jua penentuan mengenai kedudukan siasatan berkenaan. Sebaik penelitian selesai dijalankan, AGC akan membuat keputusan yang bersesuaian berdasarkan hasil penelitian itu. Beri ruang kepada kami untuk meneliti perkara ini secara menyeluruh,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Dua kertas siasatan berkenaan membabitkan dakwaan ugutan jenayah terhadap seorang ahli perniagaan, Albert Tei, serta penerbitan artikel oleh portal Bloombergyang didakwa mengandungi kenyataan berunsur fitnah.<\/p>\n<p>Sementara itu, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, M Kumar, sebelum ini mengesahkan kedua-dua kertas siasatan berkenaan telah dirujuk kepada AGC pada Khamis bagi mendapatkan arahan dan nasihat lanjut.<\/p>\n<p>Media sebelum ini melaporkan polis telah merakam percakapan Azam pada 3 Jun lalu mengikut Seksyen 112 Kanun Tatacara Jenayah bagi membantu siasatan terhadap dua kes berasingan.<\/p>\n<p>Salah satu siasatan tertumpu kepada artikel yang diterbitkan Bloomberg yang didakwa mengandungi kenyataan berunsur fitnah berkaitan isu pemilikan saham dalam Velocity Capital Partner Berhad yang dikaitkan dengan Azam.<\/p>\n<p>Selain itu, polis turut menyiasat dakwaan penyalahgunaan kuasa dan ugutan jenayah terhadap Tei yang dilaporkan sebelum ini.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Pejabat Peguam Negara (AGC) mengesahkan masih meneliti dua kertas siasatan yang dikemukakan Polis Diraja Malaysia (PDRM) membabitkan bekas ketua pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Azam Baki. Peguam Negara, Mohd Dusuki Mokhtar berkata kedua-dua kertas siasatan itu diterima pada Khamis lalu dan sehingga kini belum ada sebarang keputusan dibuat mengenainya. \u201cKedua-dua kertas siasatan terbabit kita [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":3532,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[3],"tags":[406,115,997,2384,3216,342,477,21],"authors":[],"class_list":["post-11247","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-isu-semasa","tag-agc","tag-azam-baki","tag-bloomberg","tag-kertas-siasatan","tag-mohd-dusuki-moktar","tag-peguam-negara","tag-saham","tag-sprm"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/11247","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=11247"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/11247\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":11248,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/11247\/revisions\/11248"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/3532"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=11247"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=11247"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=11247"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=11247"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}