{"id":11266,"date":"2026-06-07T07:10:12","date_gmt":"2026-06-07T07:10:12","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=11266"},"modified":"2026-06-07T07:10:12","modified_gmt":"2026-06-07T07:10:12","slug":"pendedahan-kepada-ai-perlu-diperluas-ke-universiti-dan-masyarakat-pmx","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/pendedahan-kepada-ai-perlu-diperluas-ke-universiti-dan-masyarakat-pmx\/","title":{"rendered":"Pendedahan kepada AI perlu diperluas ke universiti dan masyarakat: PMX"},"content":{"rendered":"<p>Pendedahan kepada teknologi kecerdasan buatan (AI) perlu diperluaskan ke semua peringkat masyarakat termasuk institusi pengajian tinggi bagi memastikan Malaysia tidak ketinggalan dalam arus perubahan teknologi global.<\/p>\n<p>Perdana Menteri Anwar Ibrahim berkata, kerajaan telah memulakan pelbagai inisiatif untuk memperkenalkan AI kepada rakyat melalui sistem pendidikan dan program komuniti yang lebih menyeluruh.<\/p>\n<p>Menurut beliau, usaha memperkukuhkan penguasaan AI kini bukan sahaja dilaksanakan di sekolah, malah turut diperluaskan ke universiti di seluruh negara.<\/p>\n<p>\u201cKita minta semua universiti ada jabatan AI termasuk di Universiti AIMST ini. Semua pelajar harus diberikan pendedahan tentang AI,\u201d katanya ketika menjawab soalan pelajar dalam program Temu Anwar di Universiti AIMST di Sungai Petani hari ini.<\/p>\n<p>Beliau berkata, institusi pengajian tinggi awam dan swasta perlu memainkan peranan lebih aktif dalam memperkukuhkan bidang tersebut sebagai persediaan menghadapi perkembangan teknologi masa depan yang semakin pesat.<\/p>\n<p>Anwar turut menjelaskan kerajaan telah melaksanakan program AI Untuk Rakyat di bawah Kementerian Digital bagi meningkatkan kefahaman masyarakat mengenai teknologi berkenaan.<\/p>\n<p>\u201cKalau tidak, kita akan mewujudkan jurang yang lebih besar antara kawasan yang kaya dengan rakyat yang kurang mendapat akses kepada teknologi ini,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Bagaimanapun, beliau mengingatkan kemajuan teknologi AI perlu diseimbangkan dengan nilai kemanusiaan, etika dan prinsip keadilan supaya manfaatnya dapat dinikmati secara menyeluruh tanpa menjejaskan aspek sosial.<\/p>\n<p>Dalam lawatan itu, Anwar turut menyampaikan geran tahunan kerajaan sebanyak RM25 juta kepada Universiti AIMST.<\/p>\n<p>Beliau kemudian mengumumkan tambahan peruntukan RM1 juta bagi membantu pelajar daripada keluarga kurang berkemampuan di universiti berkenaan.<\/p>\n<p>Menurutnya, kerajaan komited memastikan pelajar daripada golongan miskin tidak tercicir daripada melanjutkan pengajian hanya kerana kekangan kewangan.<\/p>\n<p>\u201cPendidikan adalah antara bidang paling penting dalam membentuk masa depan negara dan profesion pendidik merupakan kerjaya yang sangat mulia,\u201d katanya.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Pendedahan kepada teknologi kecerdasan buatan (AI) perlu diperluaskan ke semua peringkat masyarakat termasuk institusi pengajian tinggi bagi memastikan Malaysia tidak ketinggalan dalam arus perubahan teknologi global. Perdana Menteri Anwar Ibrahim berkata, kerajaan telah memulakan pelbagai inisiatif untuk memperkenalkan AI kepada rakyat melalui sistem pendidikan dan program komuniti yang lebih menyeluruh. Menurut beliau, usaha memperkukuhkan penguasaan [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":11267,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[3],"tags":[250,13,331,18,19,4093],"authors":[],"class_list":["post-11266","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-isu-semasa","tag-ai","tag-anwar","tag-kecerdasan-buatan","tag-pmx","tag-teknologi","tag-universiti-aimst"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/11266","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=11266"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/11266\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":11268,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/11266\/revisions\/11268"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/11267"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=11266"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=11266"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=11266"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=11266"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}