{"id":11272,"date":"2026-06-07T07:26:00","date_gmt":"2026-06-07T07:26:00","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=11272"},"modified":"2026-06-07T07:26:32","modified_gmt":"2026-06-07T07:26:32","slug":"rakyat-johor-perlu-tolak-parti-kancil-bawa-politik-dendam-amk","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/rakyat-johor-perlu-tolak-parti-kancil-bawa-politik-dendam-amk\/","title":{"rendered":"Rakyat Johor perlu tolak Parti Kancil bawa politik dendam: AMK"},"content":{"rendered":"<p>Angkatan Muda Keadilan (AMK) Selangor menggesa pengundi Johor supaya tidak memberi ruang kepada Parti Kancil dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor akan datang kerana mendakwa parti itu hanya membawa politik fitnah dan perpecahan.<\/p>\n<p>Ketua AMK Selangor, Muhammad Iman Haziq Mohammad Hamizi berkata rakyat Johor perlu menjadi benteng pertama bagi menghalang pengaruh parti baharu itu daripada berkembang ke negeri-negeri lain menjelang Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.<\/p>\n<p>\u201cParti Kancil pastinya membawa naratif yang sama, sarat dengan fitnah dan adu domba semata-mata demi kepentingan politik dendam peribadi.<\/p>\n<p>\u201cJusteru, rakyat Johor yang rasional tidak akan mengundi Parti Kancil kerana tahu ia tidak akan membawa apa-apa kebaikan dan kesenangan kepada rakyat Johor,\u201d katanya dalam satu kenyataan hari ini.<\/p>\n<p>Kenyataan itu dibuat susulan pengumuman Rafizi Ramli dan Nik Nazmi Nik Ahmad yang mengesahkan Parti Bersama akan menyertai PRN Johor serta memulakan siri jelajah politik dikenali sebagai \u201cJelajah Kancil\u201d ke seluruh Semenanjung Malaysia.<\/p>\n<p>Parti Bersama ditubuhkan selepas kedua-dua pemimpin berkenaan meninggalkan PKR berikutan perbezaan pendirian politik dan hala tuju parti.<\/p>\n<p>Kehadiran parti baharu itu dijangka menambah saingan dalam landskap politik negara menjelang pilihan raya akan datang.<\/p>\n<p>Menurut pemerhati politik, Parti Bersama dijangka memberi tumpuan kepada beberapa kawasan yang mempunyai kaitan dengan bekas pemimpin PKR di Johor.<\/p>\n<p>Tiga Ahli Parlimen yang dipercayai mempunyai hubungan rapat dengan parti itu ialah Ahli Parlimen Johor Bahru, Akmal Nasrullah Nasir; Ahli Parlimen Ledang, Syed Ibrahim Syed Noh; dan Ahli Parlimen Batu Pahat, Onn Abu Bakar.<\/p>\n<p>Antara kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang disebut-sebut berpotensi menjadi sasaran Parti Bersama ialah Stulang dan Larkin di Johor Bahru.<\/p>\n<p>Stulang mempunyai komposisi pengundi majoriti bukan Melayu, manakala Larkin yang sebelum ini dikenali sebagai Tanjung Puteri dianggap sebagai antara kubu tradisi UMNO.<\/p>\n<p>Selain itu, beberapa lagi kerusi yang dikatakan berada dalam radar parti berkenaan termasuk Tangkak di Ledang, Buloh Kasap dan Jementah di Segamat, Bukit Batu di Kulai, Layang-Layang di Simpang Renggam serta Kempas di Pulai.<\/p>\n<p>PRN Johor dijangka menjadi medan ujian penting buat Parti Bersama untuk mengukur tahap sokongan rakyat terhadap platform politik baharunya, selain menjadi petunjuk awal kepada kekuatan parti itu sebelum menghadapi pilihan raya di peringkat nasional.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Angkatan Muda Keadilan (AMK) Selangor menggesa pengundi Johor supaya tidak memberi ruang kepada Parti Kancil dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor akan datang kerana mendakwa parti itu hanya membawa politik fitnah dan perpecahan. Ketua AMK Selangor, Muhammad Iman Haziq Mohammad Hamizi berkata rakyat Johor perlu menjadi benteng pertama bagi menghalang pengaruh parti baharu itu daripada [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":11274,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[2],"tags":[164,630,2814,4023,9,103,8],"authors":[],"class_list":["post-11272","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-politik","tag-amk","tag-johor","tag-muhammad-iman-haziq","tag-parti-bersama","tag-pkr","tag-prn","tag-rafizi"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/11272","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=11272"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/11272\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":11273,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/11272\/revisions\/11273"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/11274"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=11272"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=11272"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=11272"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=11272"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}