{"id":11275,"date":"2026-06-07T07:34:48","date_gmt":"2026-06-07T07:34:48","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=11275"},"modified":"2026-06-07T07:34:48","modified_gmt":"2026-06-07T07:34:48","slug":"hubungan-dengan-bersatu-pas-akan-buat-keputusan-esok-hadi","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/hubungan-dengan-bersatu-pas-akan-buat-keputusan-esok-hadi\/","title":{"rendered":"Hubungan dengan Bersatu, PAS akan buat keputusan esok: Hadi"},"content":{"rendered":"<p>PAS dijangka membuat keputusan penting mengenai kerjasamanya dengan Parti Bersatu dalam mesyuarat Jawatankuasa PAS Pusat yang akan berlangsung di ibu negara malam esok.<\/p>\n<p>Presiden PAS, Abdul Hadi Awang mengesahkan perkara itu ketika ditemui pemberita selepas majlis pelancaran bukunya, \u2018Perang Iran-Israel\u2019, sempena Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) 2026 di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur, hari ini.<\/p>\n<p>\u201cEsok, insya-Allah. Kita mesyuarat malam di Kuala Lumpur,\u201d katanya ringkas.<\/p>\n<p>Sebelum ini, Abdul Hadi memaklumkan PAS sedang menilai semula hubungan dengan Bersatu susulan kebimbangan yang dibangkitkan oleh Majlis Syura Ulamak PAS terhadap krisis dan konflik dalaman yang melanda parti itu.<\/p>\n<p>Menurut beliau, situasi berkenaan dilihat boleh menjejaskan kekuatan serta kestabilan Perikatan Nasional (PN), selain menghakis keyakinan rakyat terhadap gabungan pembangkang tersebut.<\/p>\n<p>Isu kerjasama antara PAS dan Bersatu menjadi perhatian selepas beberapa perkembangan dalaman Bersatu mencetuskan spekulasi mengenai masa depan hubungan kedua-dua parti yang merupakan tonggak utama PN sejak Pilihan Raya Umum ke-15.<\/p>\n<p>Dalam perkembangan lain, Abdul Hadi berkata cadangan untuk menghidupkan semula Muafakat Nasional (MN) masih berada di peringkat perbincangan dan belum dimuktamadkan.<\/p>\n<p>Mengulas laporan bahawa Barisan Nasional (BN) didakwa mempelawa Parti Rakyat India Malaysia (MIPP) meninggalkan PN dan menyertai BN menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor, beliau menyifatkan landskap politik negara sebagai sesuatu yang sentiasa berubah.<\/p>\n<p>\u201cDia boleh berubah, dia tak cakap boleh berubah. Kita akan kaji,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Terdahulu, media melaporkan isu tersebut dibangkitkan dalam pertemuan antara Pengerusi BN, Ahmad Zahid Hamidi dan Presiden MIPP, P. Punithan pada awal minggu lalu.<\/p>\n<p>Difahamkan, antara perkara yang dibincangkan termasuk tawaran agihan kerusi serta beberapa kelebihan lain bagi menarik penyertaan MIPP ke dalam BN menjelang PRN Johor yang dijangka menjadi medan ujian penting bagi parti-parti politik dalam mengukur sokongan pengundi.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>PAS dijangka membuat keputusan penting mengenai kerjasamanya dengan Parti Bersatu dalam mesyuarat Jawatankuasa PAS Pusat yang akan berlangsung di ibu negara malam esok. Presiden PAS, Abdul Hadi Awang mengesahkan perkara itu ketika ditemui pemberita selepas majlis pelancaran bukunya, \u2018Perang Iran-Israel\u2019, sempena Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) 2026 di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur, hari [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":873,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[2],"tags":[901,73,378,1845,824,126,541,103,146],"authors":[],"class_list":["post-11275","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-politik","tag-abdul-hadi-awang","tag-bersatu","tag-bn","tag-hubungan","tag-kerjasama","tag-pas","tag-perikatan-nasional","tag-prn","tag-umno"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/11275","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=11275"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/11275\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":11276,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/11275\/revisions\/11276"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/873"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=11275"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=11275"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=11275"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=11275"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}