{"id":11284,"date":"2026-06-07T10:06:51","date_gmt":"2026-06-07T10:06:51","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=11284"},"modified":"2026-06-07T10:06:51","modified_gmt":"2026-06-07T10:06:51","slug":"bersatu-sedia-terus-kukuhkan-hubungan-dengan-pas-muhyiddin","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/bersatu-sedia-terus-kukuhkan-hubungan-dengan-pas-muhyiddin\/","title":{"rendered":"Bersatu sedia terus kukuhkan hubungan dengan PAS: Muhyiddin"},"content":{"rendered":"<p>Bersatu menegaskan komitmennya untuk terus memelihara hubungan baik dengan PAS dalam Perikatan Nasional (PN) meskipun timbul pelbagai spekulasi mengenai hala tuju kerjasama kedua-dua parti itu kebelakangan ini.<\/p>\n<p>Presidennya, Muhyiddin Yassin berkata telah menerima surat daripada Setiausaha Agung PAS Takiyuddin Hassan, yang menyentuh mengenai hubungan antara kedua-dua parti serta beberapa cadangan bagi memperkukuhkan gabungan PN.<\/p>\n<p>Menurutnya, semua cadangan yang dikemukakan akan diteliti sebelum dibawa ke Mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu untuk pertimbangan lanjut.<\/p>\n<p>\u201cSaya telah menerima surat daripada Setiausaha Agung PAS bertarikh 6 Jun 2026 mengenai hubungan Bersatu dan PAS serta cadangan-cadangan untuk memperkukuhkan PN.<\/p>\n<p>\u201cSaya akan memberikan perhatian yang sewajarnya terhadap cadangan-cadangan tersebut dan membawa perkara ini ke mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu untuk diteliti,\u201d katanya dalam satu kenyataan hari ini.<\/p>\n<p>Muhyiddin turut menegaskan Bersatu tetap beriltizam untuk meneruskan hubungan yang baik dengan PAS sebagai rakan dalam PN.<\/p>\n<p>\u201cBersatu mengulangi tekad dan iltizam kami untuk terus memelihara hubungan baik dengan PAS dalam PN,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Kenyataan itu hadir ketika perhatian tertumpu kepada perbincangan dalaman PAS berhubung masa depan kerjasama politik dalam PN.<\/p>\n<p>Sebelum ini, Presiden PAS, Abdul Hadi Awang memaklumkan Majlis Syura Ulama PAS telah bermuzakarah mengenai isu berkenaan dan menyerahkan perkara itu kepada Jawatankuasa Kerja PAS Pusat untuk membuat keputusan yang sesuai.<\/p>\n<p>Beliau berkata, perbincangan lanjut mengenai isu tersebut bersama beberapa perkara lain dijadualkan berlangsung pada Isnin.<\/p>\n<p>Perkembangan itu mencetuskan spekulasi mengenai hubungan antara PAS dan Bersatu susulan konflik dalaman yang melanda Bersatu sejak beberapa bulan kebelakangan ini.<\/p>\n<p>Majlis Syura Ulama PAS sebelum ini turut menyatakan kebimbangan terhadap krisis dalaman Bersatu yang dilihat boleh menjejaskan kekuatan, kestabilan dan keyakinan rakyat terhadap hala tuju PN dalam membawa agenda penyatuan ummah.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Bersatu menegaskan komitmennya untuk terus memelihara hubungan baik dengan PAS dalam Perikatan Nasional (PN) meskipun timbul pelbagai spekulasi mengenai hala tuju kerjasama kedua-dua parti itu kebelakangan ini. Presidennya, Muhyiddin Yassin berkata telah menerima surat daripada Setiausaha Agung PAS Takiyuddin Hassan, yang menyentuh mengenai hubungan antara kedua-dua parti serta beberapa cadangan bagi memperkukuhkan gabungan PN. Menurutnya, [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":3241,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[2],"tags":[901,73,824,1590,126,541],"authors":[],"class_list":["post-11284","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-politik","tag-abdul-hadi-awang","tag-bersatu","tag-kerjasama","tag-muhyiddin-yassin","tag-pas","tag-perikatan-nasional"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/11284","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=11284"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/11284\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":11285,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/11284\/revisions\/11285"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/3241"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=11284"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=11284"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=11284"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=11284"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}