{"id":11291,"date":"2026-06-07T13:51:56","date_gmt":"2026-06-07T13:51:56","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=11291"},"modified":"2026-06-07T13:51:56","modified_gmt":"2026-06-07T13:51:56","slug":"loke-sindir-onn-hafiz-presiden-umno-setiap-minggu-duduk-sebelah-dalam-mesyuarat","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/loke-sindir-onn-hafiz-presiden-umno-setiap-minggu-duduk-sebelah-dalam-mesyuarat\/","title":{"rendered":"Loke sindir Onn Hafiz: Presiden UMNO setiap minggu duduk sebelah dalam mesyuarat"},"content":{"rendered":"<p>Anthony Loke menyindir pemimpin UMNO yang terus menolak sebarang kerjasama politik dengan DAP walaupun parti itu merupakan sebahagian daripada Kerajaan Perpaduan di peringkat Persekutuan.<\/p>\n<p>Menerusi hantaran di Facebook, Setiausaha Agung DAP itu berkata terdapat pemimpin UMNO yang enggan \u201cduduk semeja\u201d dengan DAP, sedangkan Presiden UMNO, Ahmad Zahid Hamidi menghadiri mesyuarat Jemaah Menteri bersama pemimpin DAP setiap minggu.<\/p>\n<p>\u201cAnda tak nak duduk semeja dengan DAP&#8230; hebat! Teruskan keangkuhan kamu. Tapi, presiden anda tiap-tiap minggu duduk sebelah dengan Setiausaha Agung DAP ya\u2026 harap maklum\u2026 terima kasih,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Walaupun tidak menamakan mana-mana individu, kenyataan itu dipercayai ditujukan kepada Menteri Besar Johor, Onn Hafiz Ghazi, yang sebelum ini menegaskan Barisan Nasional (BN) Johor tidak akan bekerjasama dengan DAP sekiranya diberikan mandat membentuk kerajaan negeri selepas Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor nanti.<\/p>\n<p>Ketika melancarkan jentera PRN Johor ke-16 di Johor Bahru hari ini, Onn Hafiz berkata pendirian tersebut selari dengan keputusan 26 bahagian UMNO Johor serta parti-parti komponen BN negeri yang mahu bertanding secara solo di semua 56 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN).<\/p>\n<p>Menurut beliau, pendirian itu turut telah disampaikan kepada Ahmad Zahid selaku Pengerusi BN.<\/p>\n<p>Malah, Onn Hafiz menegaskan beliau sanggup melepaskan jawatan Menteri Besar daripada bekerjasama dengan DAP dalam pentadbiran kerajaan negeri.<\/p>\n<p>Isu hubungan antara UMNO dan DAP terus menjadi perdebatan dalam kalangan ahli kedua-dua parti sejak pembentukan Kerajaan Perpaduan selepas Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) pada 2022.<\/p>\n<p>Walaupun UMNO dan DAP kini berada dalam gabungan kerajaan di peringkat Persekutuan bersama parti-parti lain, masih terdapat pemimpin dan akar umbi UMNO di beberapa negeri yang menolak sebarang bentuk kerjasama politik dengan DAP.<\/p>\n<p>Kenyataan balas Loke itu dilihat mencerminkan ketegangan yang masih wujud antara sebahagian pemimpin UMNO dan DAP menjelang persiapan menghadapi PRN Johor, meskipun kedua-dua parti kini berkongsi pentas dalam pentadbiran kerajaan pusat.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Anthony Loke menyindir pemimpin UMNO yang terus menolak sebarang kerjasama politik dengan DAP walaupun parti itu merupakan sebahagian daripada Kerajaan Perpaduan di peringkat Persekutuan. Menerusi hantaran di Facebook, Setiausaha Agung DAP itu berkata terdapat pemimpin UMNO yang enggan \u201cduduk semeja\u201d dengan DAP, sedangkan Presiden UMNO, Ahmad Zahid Hamidi menghadiri mesyuarat Jemaah Menteri bersama pemimpin DAP [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":11292,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[2],"tags":[508,63,630,235,408,3847,727,103],"authors":[],"class_list":["post-11291","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-politik","tag-anthony-loke","tag-dap","tag-johor","tag-kabinet","tag-menteri-besar","tag-onn-hafiz-ghazi","tag-pakatan-harapan","tag-prn"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/11291","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=11291"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/11291\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":11293,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/11291\/revisions\/11293"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/11292"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=11291"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=11291"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=11291"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=11291"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}