{"id":11297,"date":"2026-06-08T05:53:42","date_gmt":"2026-06-08T05:53:42","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=11297"},"modified":"2026-06-08T05:53:42","modified_gmt":"2026-06-08T05:53:42","slug":"jangan-nafikan-hak-mana-mana-kaum-dalam-proses-demokrasi-pmx","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/jangan-nafikan-hak-mana-mana-kaum-dalam-proses-demokrasi-pmx\/","title":{"rendered":"Jangan nafikan hak mana-mana kaum dalam proses demokrasi: PMX"},"content":{"rendered":"<p>Anwar Ibrahim mengingatkan semua pihak supaya tidak menafikan hak mana-mana kaum untuk terlibat dalam proses demokrasi negara, sambil menegaskan bahawa Malaysia dibina atas asas masyarakat majmuk yang perlu terus dipertahankan.<\/p>\n<p>Menurut Perdana Menteri, sikap menolak penyertaan mana-mana kaum atau parti politik dalam pilihan raya adalah tindakan yang angkuh dan bertentangan dengan semangat demokrasi yang diamalkan negara.<\/p>\n<p>\u201cKita mesti menghormati pilihan rakyat. Dalam sistem dan amalan demokrasi, agak angkuh atau sombong untuk kita membuat keputusan dengan menafikan hak mana-mana kaum atau parti yang mungkin bertanding dan bersama dalam pilihan raya,\u201d katanya ketika berucap pada Majlis Perhimpunan Bulanan Kementerian Komunikasi di Putrajaya hari ini.<\/p>\n<p>Anwar berkata, walaupun persaingan politik dan perbezaan pandangan merupakan perkara biasa dalam sistem demokrasi, realiti kepelbagaian kaum dan budaya yang menjadi asas pembentukan Malaysia tidak boleh dipersoalkan.<\/p>\n<p>Beliau menegaskan kerajaan MADANI kekal berpegang kepada prinsip yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan, selain menolak sebarang bentuk politik kebencian berasaskan kaum.<\/p>\n<p>Terdahulu, suasana majlis bertukar ceria apabila Anwar secara berseloroh mengusik Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil, yang duduk bersebelahan timbalannya, Teo Nie Ching.<\/p>\n<p>\u201cTeo Nie Ching duduk sebelah (Fahmi), boleh ke? Nanti jadi isu,\u201d katanya, dipercayai merujuk kepada polemik politik berkaitan isu kaum yang hangat dimainkan menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.<\/p>\n<p>Dalam ucapannya, Anwar turut menjelaskan prinsip menghormati kepelbagaian kaum bukan sahaja selaras dengan Perlembagaan, malah bertepatan dengan ajaran Islam yang mengiktiraf kewujudan pelbagai bangsa dan keturunan sebagai satu ketetapan yang perlu dihormati.<\/p>\n<p>\u201cKita tidak pilih untuk jadi Melayu, Cina atau India. Kita tidak pilih warna kulit kita. Yang membezakan manusia bukan keturunannya, kekayaannya, pangkat dan darjatnya, suku kaum atau warna kulitnya, tetapi nilai kebaikan dan ketakwaannya,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Beliau turut menggesa masyarakat supaya melihat perbezaan kaum dan budaya sebagai peluang untuk saling mengenali serta memahami antara satu sama lain, bukannya sekadar bertoleransi.<\/p>\n<p>Menurutnya, pendekatan itu penting bagi membentuk masyarakat yang lebih matang dan bersatu padu ketika negara berdepan pelbagai cabaran politik serta perdebatan awam yang semakin sengit.<\/p>\n<p>Anwar turut mengakui beliau sering berdepan kritikan dan tuduhan kononnya terlalu cenderung kepada kaum tertentu apabila mempertahankan prinsip keadilan dan kesaksamaan.<\/p>\n<p>Bagaimanapun, beliau menegaskanadasar kerajaan sentiasa berpaksikan nilai kemanusiaan sejagat dan keadilan untuk semua rakyat tanpa mengira latar belakang kaum.<\/p>\n<p>\u201cSebab itu dalam negara MADANI ini kita tekankan soal nilai. Nilai yang dipaparkan, ditonjolkan dan dididik kepada anak-anak sejak awal. Kita tidak mahu rakyat membenci mana-mana kaum hanya kerana perbezaan,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Kenyataan itu dibuat ketika isu hubungan antara kaum dan kerjasama politik terus menjadi antara tema utama kempen PRN Johor, dengan beberapa pihak menjadikan sentimen perkauman sebagai bahan perdebatan dalam usaha meraih sokongan pengundi.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Anwar Ibrahim mengingatkan semua pihak supaya tidak menafikan hak mana-mana kaum untuk terlibat dalam proses demokrasi negara, sambil menegaskan bahawa Malaysia dibina atas asas masyarakat majmuk yang perlu terus dipertahankan. Menurut Perdana Menteri, sikap menolak penyertaan mana-mana kaum atau parti politik dalam pilihan raya adalah tindakan yang angkuh dan bertentangan dengan semangat demokrasi yang diamalkan [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":11298,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[3],"tags":[13,630,690,285,16,1410,633,18,103],"authors":[],"class_list":["post-11297","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-isu-semasa","tag-anwar","tag-johor","tag-kementerian-komunikasi","tag-madani","tag-mcmc","tag-perkauman","tag-pilihan-raya","tag-pmx","tag-prn"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/11297","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=11297"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/11297\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":11299,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/11297\/revisions\/11299"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/11298"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=11297"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=11297"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=11297"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=11297"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}