{"id":11306,"date":"2026-06-08T06:05:25","date_gmt":"2026-06-08T06:05:25","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=11306"},"modified":"2026-06-08T06:05:25","modified_gmt":"2026-06-08T06:05:25","slug":"parti-amanah-persoal-sikap-umno-johor-terhadap-dap","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/parti-amanah-persoal-sikap-umno-johor-terhadap-dap\/","title":{"rendered":"Parti Amanah persoal sikap UMNO Johor terhadap DAP"},"content":{"rendered":"<p>Parti Amanah mempersoalkan pendirian UMNO Johor yang menolak kerjasama dengan DAP walaupun kedua-dua parti berada dalam Kerajaan Perpaduan di peringkat Persekutuan.<\/p>\n<p>Naib Presiden Amanah Mahfuz Omar berkata, langkah Menteri Besar Johor, Onn Hafiz Ghazi yang mengkritik DAP secara terbuka dan membuat pendirian enggan bekerjasama selepas Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor menimbulkan kekeliruan dalam kalangan rakyat.<\/p>\n<p>Mahfuz berkata, rakyat sukar memahami mengapa pemimpin UMNO boleh bekerjasama dengan DAP di Putrajaya, namun pada masa sama menolak hubungan politik yang sama di Johor.<\/p>\n<p>\u201cKalau benar begitu jijik untuk duduk semeja dengan DAP di Johor, mengapa pemimpin UMNO masih terus duduk semeja bersama pemimpin DAP dalam Kabinet Persekutuan setiap minggu?<\/p>\n<p>\u201cBukankah Presiden UMNO merupakan Timbalan Perdana Menteri dalam kerajaan yang turut dianggotai DAP? Bukankah Kerajaan Perpaduan hari ini dipimpin oleh Anwar Ibrahim dengan penyertaan Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN)?\u201d katanya dalam satu kenyataan hari ini.<\/p>\n<p>Beliau berkata, keadaan itu menunjukkan percanggahan pendirian yang sukar diterima rakyat apabila kerajaan di Putrajaya menekankan agenda perpaduan dan kestabilan, tetapi di Johor masih wujud naratif permusuhan terhadap rakan dalam kerajaan.<\/p>\n<p>Menurutnya, pendekatan sedemikian menggambarkan UMNO masih berdepan krisis dalaman dan tekanan untuk kembali kepada politik lama yang berasaskan sentimen kaum serta ketakutan bagi meraih sokongan pengundi Melayu.<\/p>\n<p>\u201cPolitik dua wajah seperti ini bukan tanda kekuatan, sebaliknya menunjukkan krisis dalaman yang masih gagal diselesaikan dalam UMNO sendiri,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Mahfuz turut berpandangan keutamaan rakyat, khususnya generasi muda, kini jauh berbeza berbanding naratif politik yang sering dimainkan sebelum ini.<\/p>\n<p>Katanya, golongan muda lebih menumpukan perhatian kepada isu peluang pekerjaan, perumahan mampu milik, pendidikan, pelaburan dan kos sara hidup berbanding pertelingkahan politik antara parti.<\/p>\n<p>\u201cAnak muda tidak lagi mahu politik yang asyik mencari musuh. Mereka mahu jawapan terhadap cabaran kehidupan yang sedang dihadapi.<\/p>\n<p>\u201cJohor mempunyai potensi besar sebagai hab teknologi, kecerdasan buatan (AI), logistik, ekonomi digital dan pelaburan antarabangsa. Namun negeri ini tidak akan bergerak maju jika politiknya terus terperangkap dalam propaganda lama,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Beliau juga menyifatkan pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor ketika dunia berdepan ketidaktentuan ekonomi dan tekanan geopolitik sebagai sesuatu yang mengecewakan.<\/p>\n<p>Menurutnya, ketika kerajaan sedang berusaha memperkukuh ekonomi negara dan menjaga kebajikan rakyat, Johor sekali lagi dibawa ke medan persaingan politik menerusi pilihan raya negeri.<\/p>\n<p>\u201cPRN Johor kali ini bukan sekadar soal siapa paling kuat menjerit di pentas politik. Ia adalah pertarungan antara politik masa depan dengan politik lama yang masih hidup atas sentimen dan ketakutan,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Pada Ahad, media melaporkan Onn Hafiz menolak kemungkinan kerjasama antara BN, khususnya UMNO, dengan DAP di Johor dan menegaskan beliau sanggup melepaskan jawatan Menteri Besar sekiranya keadaan itu berlaku selepas PRN.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Parti Amanah mempersoalkan pendirian UMNO Johor yang menolak kerjasama dengan DAP walaupun kedua-dua parti berada dalam Kerajaan Perpaduan di peringkat Persekutuan. Naib Presiden Amanah Mahfuz Omar berkata, langkah Menteri Besar Johor, Onn Hafiz Ghazi yang mengkritik DAP secara terbuka dan membuat pendirian enggan bekerjasama selepas Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor menimbulkan kekeliruan dalam kalangan rakyat. [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":1211,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[2],"tags":[275,63,1845,630,824,753,3847,103],"authors":[],"class_list":["post-11306","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-politik","tag-amanah","tag-dap","tag-hubungan","tag-johor","tag-kerjasama","tag-mahfuz","tag-onn-hafiz-ghazi","tag-prn"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/11306","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=11306"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/11306\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":11307,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/11306\/revisions\/11307"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/1211"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=11306"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=11306"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=11306"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=11306"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}