{"id":11328,"date":"2026-06-08T08:13:15","date_gmt":"2026-06-08T08:13:15","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=11328"},"modified":"2026-06-08T08:13:15","modified_gmt":"2026-06-08T08:13:15","slug":"pmx-akan-kongsi-visi-malaysia-hadapi-ketidaktentuan-global-semasa-forum-nikkei-di-tokyo","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/pmx-akan-kongsi-visi-malaysia-hadapi-ketidaktentuan-global-semasa-forum-nikkei-di-tokyo\/","title":{"rendered":"PMX akan kongsi visi Malaysia hadapi ketidaktentuan global semasa Forum Nikkei di Tokyo"},"content":{"rendered":"<p>Perdana Menteri Anwar Ibrahim dijadual menyampaikan ucaptama pada Persidangan Antarabangsa Nikkei ke-31 di Jepun, yang dilihat sebagai platform penting untuk Malaysia mengetengahkan pandangan dan peranannya dalam menghadapi cabaran geopolitik global yang semakin kompleks.<\/p>\n<p>Duta Besar Malaysia ke Jepun, Shahril Effendi Abd Ghany berkata, ucapan bertajuk \u201cNavigating Strategic Uncertainty\u201d itu akan memberi tumpuan kepada peranan Malaysia dalam mengharungi ketidaktentuan geopolitik dunia selain meneroka peluang baharu bagi memacu kemakmuran serantau.<\/p>\n<p>Menurut beliau, penyertaan Anwar dalam forum berprestij itu mencerminkan komitmen Malaysia yang konsisten dalam memainkan peranan aktif melibatkan isu serantau dan antarabangsa.<\/p>\n<p>\u201cKehadiran Perdana Menteri melalui penyampaian ucaptama beliau akan menyerlahkan pengaruh Malaysia di persada antarabangsa yang sentiasa berperanan aktif dalam isu-isu serantau dan global.<\/p>\n<p>\u201cDalam masa yang sama, ia akan memperkukuhkan profil dan imej negara sebagai sebuah negara yang progresif dan berdaya tahan serta komited terhadap kerjasama serantau dan global,\u201d katanya pada sidang media sempena lawatan rasmi Perdana Menteri di Kedutaan Besar Malaysia di Tokyo, hari ini.<\/p>\n<p>Shahril berkata, forum anjuran Nikkei itu menghimpunkan pemimpin kerajaan, tokoh korporat serta pakar dari seluruh dunia bagi membincangkan hala tuju ekonomi dan geopolitik Asia pada masa depan.<\/p>\n<p>Selain menghadiri forum tersebut, Anwar turut dijadual menyampaikan syarahan khas di Universiti Tokyo bertajuk \u201cHumanity in a Human-Machine Civilisation\u201d, yang menyentuh cabaran mengekalkan nilai kemanusiaan dalam era perkembangan teknologi dan kecerdasan buatan (AI).<\/p>\n<p>\u201cUcapan khas itu akan menyentuh mengenai kepentingan dalam mengimbangi nilai-nilai kemanusiaan dalam pembangunan ekonomi negara, terutama dalam era di mana AI berkembang dengan pesat.<\/p>\n<p>\u201cIa juga selaras dengan konsep Malaysia MADANI yang diperkenalkan oleh Perdana Menteri,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Presiden Universiti Tokyo, Profesor Teruo Fujii turut dijadual mengadakan kunjungan hormat ke atas Anwar sebelum syarahan khas tersebut berlangsung.<\/p>\n<p>Anwar kini berada di Jepun bagi lawatan rasmi selama tiga hari sehingga 10 Jun.<\/p>\n<p>Lawatan itu turut merangkumi sesi meja bulat bersama tokoh perniagaan dan ketua industri Jepun serta beberapa pertemuan dengan syarikat utama negara itu.<\/p>\n<p>Melalui sesi berkenaan, Malaysia akan mempromosikan kelebihannya sebagai destinasi pelaburan strategik dan rakan dagang yang berdaya saing bagi menarik lebih banyak pelaburan berkualiti dari Jepun.<\/p>\n<p>Jepun kekal sebagai antara rakan ekonomi utama Malaysia dengan hubungan diplomatik yang telah terjalin sejak 1957.<\/p>\n<p>Beberapa tahun kebelakangan ini, kedua-dua negara terus memperkukuh kerjasama dalam sektor perdagangan, pelaburan, teknologi tinggi, peralihan tenaga dan pembangunan modal insan, sejajar dengan usaha Malaysia mempercepatkan pertumbuhan ekonomi berteraskan inovasi dan teknologi.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Perdana Menteri Anwar Ibrahim dijadual menyampaikan ucaptama pada Persidangan Antarabangsa Nikkei ke-31 di Jepun, yang dilihat sebagai platform penting untuk Malaysia mengetengahkan pandangan dan peranannya dalam menghadapi cabaran geopolitik global yang semakin kompleks. Duta Besar Malaysia ke Jepun, Shahril Effendi Abd Ghany berkata, ucapan bertajuk \u201cNavigating Strategic Uncertainty\u201d itu akan memberi tumpuan kepada peranan Malaysia [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":4571,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[3],"tags":[13,4100,3333,1763,361,48,18,4101],"authors":[],"class_list":["post-11328","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-isu-semasa","tag-anwar","tag-forum-nikkei","tag-geopolitik","tag-global","tag-jepun","tag-lawatan","tag-pmx","tag-syarahan"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/11328","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=11328"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/11328\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":11329,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/11328\/revisions\/11329"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/4571"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=11328"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=11328"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=11328"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=11328"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}