{"id":11338,"date":"2026-06-08T10:24:16","date_gmt":"2026-06-08T10:24:16","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=11338"},"modified":"2026-06-08T10:24:16","modified_gmt":"2026-06-08T10:24:16","slug":"mcmc-arah-tindakan-segera-baiki-liputan-telekomunikasi-di-kampung-tinagat","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/mcmc-arah-tindakan-segera-baiki-liputan-telekomunikasi-di-kampung-tinagat\/","title":{"rendered":"MCMC arah tindakan segera baiki liputan telekomunikasi di Kampung Tinagat"},"content":{"rendered":"<p>Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) mengarahkan tindakan segera diambil bagi meningkatkan kualiti liputan telekomunikasi di Kampung Tinagat selepas menerima aduan daripada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Apas, Nizam Abu Bakar Titingan, serta penduduk setempat berhubung masalah perkhidmatan komunikasi yang tidak memuaskan.<\/p>\n<p>Dalam satu kenyataan, MCMC memaklumkan pihaknya telah mengadakan lawatan ke kampung berkenaan baru-baru ini bagi menilai tahap perkhidmatan selular yang sering menjadi rungutan pengguna.<\/p>\n<p>Menurut MCMC, sesi pengujian kualiti liputan dan prestasi perkhidmatan komunikasi dijalankan di tiga lokasi yang dikenal pasti di kawasan tersebut dengan penyertaan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Kampung Tinagat.<\/p>\n<p>\u201cHasil pengujian Wireless Broadband Access Service (WBAS) mendapati dua daripada tiga lokasi ujian gagal memenuhi standard mandatori yang ditetapkan MCMC,\u201d menurut kenyataan itu.<\/p>\n<p>Susulan dapatan berkenaan, MCMC memaklumkan keputusan ujian telah disampaikan kepada penyedia perkhidmatan yang terlibat pada 29 Mei lalu untuk tindakan lanjut.<\/p>\n<p>\u201cPenyedia perkhidmatan diberikan tempoh tujuh hari bekerja untuk mengemukakan maklum balas serta pelan tindakan bagi menangani isu yang dikenal pasti,\u201d katanya.<\/p>\n<p>MCMC turut memberi amaran notis di bawah Seksyen 51(2) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 akan dikeluarkan kepada mana-mana penyedia perkhidmatan yang gagal memberikan maklum balas dalam tempoh ditetapkan.<\/p>\n<p>Bagi mempercepatkan usaha penambahbaikan, MCMC mengarahkan CelcomDigi meningkatkan liputan rangkaian di kawasan berkenaan serta mengemukakan pelan tindakan jangka pendek dan jangka panjang bagi mengatasi masalah yang dihadapi penduduk.<\/p>\n<p>Pada masa sama, Maxis turut diarahkan menjalankan kerja-kerja penyelenggaraan di tapak menara telekomunikasi Kampung Tinagat bagi memastikan prestasi rangkaian dapat dipertingkatkan.<\/p>\n<p>MCMC menegaskan pihaknya akan terus memantau pelaksanaan langkah penambahbaikan yang diambil oleh penyedia perkhidmatan telekomunikasi sehingga isu berkenaan diselesaikan sepenuhnya.<\/p>\n<p>\u201cKami akan terus memantau pelaksanaan langkah penambahbaikan oleh penyedia perkhidmatan bagi memastikan isu yang dibangkitkan dapat diselesaikan dengan berkesan dan penduduk menikmati perkhidmatan komunikasi yang lebih berkualiti,\u201d menurut kenyataan itu.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) mengarahkan tindakan segera diambil bagi meningkatkan kualiti liputan telekomunikasi di Kampung Tinagat selepas menerima aduan daripada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Apas, Nizam Abu Bakar Titingan, serta penduduk setempat berhubung masalah perkhidmatan komunikasi yang tidak memuaskan. Dalam satu kenyataan, MCMC memaklumkan pihaknya telah mengadakan lawatan ke kampung berkenaan baru-baru [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":11339,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[3],"tags":[356,4104,4103,4106,16,4105,463],"authors":[],"class_list":["post-11338","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-isu-semasa","tag-adun","tag-apas","tag-kampung-tinagat","tag-liputan","tag-mcmc","tag-nizam-abu-bakar-titingan","tag-telekomunikasi"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/11338","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=11338"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/11338\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":11340,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/11338\/revisions\/11340"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/11339"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=11338"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=11338"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=11338"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=11338"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}