{"id":11359,"date":"2026-06-09T04:16:16","date_gmt":"2026-06-09T04:16:16","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=11359"},"modified":"2026-06-09T04:16:16","modified_gmt":"2026-06-09T04:16:16","slug":"samsuri-gagal-selaku-pengerusi-pn-sehingga-bawa-perpecahan-tun-faisal","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/samsuri-gagal-selaku-pengerusi-pn-sehingga-bawa-perpecahan-tun-faisal\/","title":{"rendered":"Samsuri gagal selaku Pengerusi PN sehingga bawa perpecahan: Tun Faisal"},"content":{"rendered":"<p>Bersatu mendakwa Ahmad Samsuri Mokhtar gagal menjalankan tanggungjawab sebagai Pengerusi Perikatan Nasional (PN), sekali gus mendesak agar jawatan tertinggi gabungan itu dikembalikan kepada Muhyiddin Yassin bagi memulihkan semula kekuatan dan kesatuan pembangkang.<\/p>\n<p>Ketua Penerangan Bersatu, Tun Faisal Ismail Aziz berkata, sepanjang 103 hari memegang jawatan Pengerusi PN, Ahmad Samsuri gagal menangani pelbagai konflik dalaman yang akhirnya membawa kepada kemerosotan hubungan antara PAS dan Bersatu.<\/p>\n<p>Menurutnya, pelbagai pertikaian yang timbul dalam PN sejak kebelakangan ini tidak berjaya diselesaikan melalui saluran dalaman gabungan berkenaan.<\/p>\n<p>\u201cSejak 103 hari memegang jawatan, Ahmad Samsuri gagal menyelesaikan kemelut dalaman yang menyerlahkan kelemahan kepimpinan dalam PN.<\/p>\n<p>\u201cSebagai Naib Presiden PAS, beliau berdepan kekangan untuk membuat keputusan secara muktamad kerana perlu merujuk kepada Presiden PAS dan Majlis Syura terlebih dahulu,\u201d katanya dalam satu kenyataan.<\/p>\n<p>Tun Faisal berkata, keadaan itu menyebabkan banyak isu penting yang melibatkan PN gagal ditangani dengan berkesan, termasuk beberapa perkembangan politik yang mencetuskan ketegangan dalam kalangan parti komponen.<\/p>\n<p>Beliau turut mendakwa Ahmad Samsuri kurang tampil memberikan penjelasan berhubung beberapa isu penting termasuk perkembangan politik di Negeri Sembilan, isu rakyat serta kemelut dalaman PN yang semakin meruncing.<\/p>\n<p>Katanya, pemimpin Bersatu, Parti Gerakan dan Parti Rakyat India Malaysia (MIPP) juga pernah berusaha mendapatkan penjelasan daripada Ahmad Samsuri berhubung beberapa kenyataan terbuka Presiden PAS, Abdul Hadi Awang, namun tidak menerima maklum balas sewajarnya.<\/p>\n<p>\u201cKeadaan ini akhirnya menimbulkan persoalan mengenai keberkesanan kepimpinan beliau sebagai Pengerusi PN dalam memastikan gabungan itu dapat berfungsi dengan baik, membuat keputusan secara berkesan dan menangani konflik yang timbul dalam kalangan parti-parti anggotanya,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Sementara itu, Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu, Dr. Afif Bahardin berpendapat jawatan Pengerusi PN wajar dikembalikan kepada Muhyiddin susulan keputusan PAS menamatkan kerjasama politik dengan Bersatu yang disifatkannya sebagai titik perubahan besar dalam perjalanan gabungan tersebut.<\/p>\n<p>Menurut beliau, PN ketika ini memerlukan pemimpin yang mampu menyatukan semula parti-parti komponen serta mengembalikan keyakinan penyokong terhadap gabungan berkenaan.<\/p>\n<p>\u201cSudah tiba masanya Muhyiddin kembali memimpin PN sebagai Pengerusi. Sejak penubuhan PN, beliau bukan sekadar pengasas, malah menjadi titik pertemuan yang berjaya menghimpunkan pelbagai aliran pemikiran politik dalam satu wadah perjuangan,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Afif berkata, PN memerlukan kepimpinan yang mampu menarik sokongan lebih luas daripada pelbagai lapisan masyarakat termasuk pengundi Melayu moderat, golongan profesional muda dan pengundi atas pagar yang mahukan kestabilan politik.<\/p>\n<p>Beliau turut menyifatkan Muhyiddin sebagai tokoh yang mempunyai kredibiliti untuk mengembalikan agenda penyatuan Melayu secara inklusif tanpa mengetepikan kepentingan kaum lain.<\/p>\n<p>PAS semalam mengumumkan penamatan kerjasama politik dengan Bersatu selepas keputusan itu dipersetujui dalam mesyuarat Jawatankuasa Kerja PAS Pusat.<\/p>\n<p>Perkembangan tersebut mencetuskan persoalan mengenai masa depan PN, termasuk kedudukan Ahmad Samsuri sebagai Pengerusi gabungan itu, ketika tekanan daripada pemimpin Bersatu semakin meningkat agar kepimpinan tertinggi PN disusun semula.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Bersatu mendakwa Ahmad Samsuri Mokhtar gagal menjalankan tanggungjawab sebagai Pengerusi Perikatan Nasional (PN), sekali gus mendesak agar jawatan tertinggi gabungan itu dikembalikan kepada Muhyiddin Yassin bagi memulihkan semula kekuatan dan kesatuan pembangkang. Ketua Penerangan Bersatu, Tun Faisal Ismail Aziz berkata, sepanjang 103 hari memegang jawatan Pengerusi PN, Ahmad Samsuri gagal menangani pelbagai konflik dalaman yang [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":3080,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[2],"tags":[2857,73,126,249,541,951,2999],"authors":[],"class_list":["post-11359","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-politik","tag-ahmad-samsuri-mokhtar","tag-bersatu","tag-pas","tag-pengerusi","tag-perikatan-nasional","tag-pn","tag-tun-faisal-ismail-aziz"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/11359","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=11359"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/11359\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":11360,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/11359\/revisions\/11360"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/3080"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=11359"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=11359"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=11359"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=11359"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}