{"id":11361,"date":"2026-06-09T04:25:08","date_gmt":"2026-06-09T04:25:08","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=11361"},"modified":"2026-06-09T04:25:08","modified_gmt":"2026-06-09T04:25:08","slug":"umno-kena-hati-hati-dengan-pas-jangan-masuk-lubang-biawak-lagi-puad","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/umno-kena-hati-hati-dengan-pas-jangan-masuk-lubang-biawak-lagi-puad\/","title":{"rendered":"UMNO kena hati-hati dengan PAS, jangan masuk \u2018lubang biawak\u2019 lagi: Puad"},"content":{"rendered":"<p>UMNO perlu lebih berhati-hati sebelum mempertimbangkan sebarang bentuk kerjasama politik baharu susulan keputusan PAS menamatkan hubungan politiknya dengan Bersatu, kata Mohd Puad Zarkashi.<\/p>\n<p>Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) itu berkata, pengalaman lalu membuktikan UMNO tidak boleh terburu-buru membuat keputusan, terutama selepas kegagalan Muafakat Nasional (MN) yang pernah dianggap sebagai platform penyatuan orang Melayu dan Islam.<\/p>\n<p>Menurutnya, perkara itu akan dibangkitkan dalam mesyuarat MKT UMNO yang berlangsung malam ini bagi memastikan parti itu tidak mengulangi kesilapan yang sama.<\/p>\n<p>\u201cSaya akan minta supaya pemimpin UMNO lebih berhati-hati agar jangan masuk lubang biawak kali kedua setelah gagalnya MN 1.0,\u201d katanya dipetik laporan portal Awani.<\/p>\n<p>Kenyataan itu hadir ketika landskap politik pembangkang kembali berubah susulan pengumuman PAS yang secara rasmi menamatkan kerjasama politik dengan Bersatu.<\/p>\n<p>Presiden PAS, Abdul Hadi Awang sebelum ini berkata parti itu akan meneroka bentuk persefahaman politik dan kerjasama pilihan raya baharu demi agenda penyatuan ummah menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) dan Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU-16).<\/p>\n<p>Mengulas perkara tersebut, Puad berkata beliau masih sangsi agenda penyatuan ummah boleh dicapai hanya melalui kerjasama politik antara parti-parti tertentu.<\/p>\n<p>Bagaimanapun, beliau tidak menolak kemungkinan kerjasama taktikal sekiranya ia mampu memberi kelebihan kepada parti dalam menghadapi pilihan raya.<\/p>\n<p>\u201cJika ia bersifat taktikal dan boleh membantu kemenangan dalam pilihan raya, perkara itu boleh dipertimbangkan. Tetapi UMNO perlu menilai dengan teliti segala implikasi yang mungkin timbul,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Beliau turut mencadangkan Johor dijadikan medan ujian bagi menilai keberkesanan sebarang bentuk kerjasama politik baharu sebelum diperluaskan ke peringkat nasional.<\/p>\n<p>Perkembangan itu berlaku selepas Presiden UMNO, Ahmad Zahid Hamidi mengesahkan beberapa pemimpin UMNO dan PAS telah mengadakan pertemuan baru-baru ini bagi membincangkan kemungkinan bentuk kerjasama yang boleh diterokai pada masa depan.<\/p>\n<p>Namun, Ahmad Zahid menegaskan pertemuan tersebut tidak melibatkan usaha menghidupkan semula Muafakat Nasional atau dikenali sebagai MN 2.0.<\/p>\n<p>Muafakat Nasional diwujudkan pada September 2019 hasil kerjasama antara UMNO dan PAS selepas kekalahan Barisan Nasional dalam PRU-14.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>UMNO perlu lebih berhati-hati sebelum mempertimbangkan sebarang bentuk kerjasama politik baharu susulan keputusan PAS menamatkan hubungan politiknya dengan Bersatu, kata Mohd Puad Zarkashi. Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) itu berkata, pengalaman lalu membuktikan UMNO tidak boleh terburu-buru membuat keputusan, terutama selepas kegagalan Muafakat Nasional (MN) yang pernah dianggap sebagai platform penyatuan orang Melayu dan Islam. [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":11362,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[2],"tags":[4109,2833,4108,1737,126,146],"authors":[],"class_list":["post-11361","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-politik","tag-biawak","tag-mkt","tag-mohd-puad-zarkashi","tag-muafakat-nasional","tag-pas","tag-umno"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/11361","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=11361"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/11361\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":11363,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/11361\/revisions\/11363"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/11362"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=11361"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=11361"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=11361"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=11361"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}