{"id":11369,"date":"2026-06-09T07:22:17","date_gmt":"2026-06-09T07:22:17","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=11369"},"modified":"2026-06-09T07:22:17","modified_gmt":"2026-06-09T07:22:17","slug":"bersatu-kecewa-pas-tamatkan-kerjasama-tetap-kekal-dalam-pn-muhyiddin","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/bersatu-kecewa-pas-tamatkan-kerjasama-tetap-kekal-dalam-pn-muhyiddin\/","title":{"rendered":"Bersatu kecewa PAS tamatkan kerjasama, tetap kekal dalam PN: Muhyiddin"},"content":{"rendered":"<p>Bersatu melahirkan rasa kecewa terhadap keputusan PAS yang menamatkan kerjasama politik antara kedua-dua parti, namun menegaskan akan terus kekal sebagai parti komponen dalam Perikatan Nasional (PN).<\/p>\n<p>Presiden Bersatu, Muhyiddin Yassin berkata keputusan memutuskan hubungan politik itu dibuat oleh PAS dan bukan atas kehendak partinya.<\/p>\n<p>\u201cKerjasama yang dibina bersama PAS sebelum ini diasaskan atas semangat serta persefahaman yang luhur demi perjuangan bersama.<\/p>\n<p>\u201cKeputusan menghentikan kerjasama politik dan memutuskan hubungan dengan Bersatu adalah atas kehendak PAS,\u201d katanya dalam satu kenyataan hari ini.<\/p>\n<p>Muhyiddin berkata, sebagai parti pengasas PN, Bersatu akan terus komited memperkukuhkan gabungan itu dan meneruskan perjuangan yang berteraskan kepentingan rakyat.<\/p>\n<p>Menurut beliau, parti itu akan terus memperkasa agenda prihatin rakyat yang menjadi tunjang perjuangan PN sejak penubuhannya.<\/p>\n<p>\u201cBersatu akan terus mendokong hasrat rakyat yang mahukan perubahan serta kepimpinan yang benar-benar mewakili aspirasi seluruh warga Malaysia,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Beliau turut menyeru seluruh pimpinan dan ahli parti supaya tidak terjejas dengan perkembangan terbaru itu, sebaliknya memberi tumpuan kepada usaha memperkukuhkan PN sebagai alternatif kepada kerajaan sedia ada.<\/p>\n<p>\u201cSetiap lapisan pimpinan dan ahli mesti terus meletakkan kepentingan rakyat sebagai fokus utama malah lebih bersemangat dengan ujian terbaru ini.<\/p>\n<p>\u201cSaya yakin rakyat yang mendukung cita-cita PN akan terus istiqamah bersama-sama kita,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Muhyiddin yang juga bekas Pengerusi PN berkata, setiap cabaran yang dihadapi mempunyai hikmah tersendiri dan berharap seluruh anggota parti terus bersatu menghadapi situasi semasa.<\/p>\n<p>Semalam, PAS mengumumkan penamatan kerjasama politik dengan Bersatu berkuat kuasa serta-merta selepas diputuskan dalam Mesyuarat Khas Jawatankuasa Kerja PAS Pusat.<\/p>\n<p>Menurut kenyataan Presiden PAS, Abdul Hadi Awang keputusan itu dibuat selepas parti berkenaan meneliti pelbagai laporan, kajian dan penilaian semasa mengenai hubungan antara kedua-dua parti.<\/p>\n<p>Penamatan hubungan politik itu menandakan berakhirnya satu lagi episod kerjasama antara PAS dan Bersatu yang sebelum ini menjadi tonggak utama PN sejak gabungan berkenaan ditubuhkan pada 2020.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Bersatu melahirkan rasa kecewa terhadap keputusan PAS yang menamatkan kerjasama politik antara kedua-dua parti, namun menegaskan akan terus kekal sebagai parti komponen dalam Perikatan Nasional (PN). Presiden Bersatu, Muhyiddin Yassin berkata keputusan memutuskan hubungan politik itu dibuat oleh PAS dan bukan atas kehendak partinya. \u201cKerjasama yang dibina bersama PAS sebelum ini diasaskan atas semangat serta [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":3241,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[2],"tags":[73,1590,126,541,2784,146],"authors":[],"class_list":["post-11369","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-politik","tag-bersatu","tag-muhyiddin-yassin","tag-pas","tag-perikatan-nasional","tag-putus-hubungan","tag-umno"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/11369","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=11369"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/11369\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":11370,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/11369\/revisions\/11370"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/3241"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=11369"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=11369"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=11369"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=11369"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}